BAB 12 (PERANG)

89 7 0
                                    

Keesokan harinya,

     Zack bersama yang lain menaiki truk. Kelihatan di situ, semuanya ada 15 buah truk. Selain itu, ada juga yang menaiki kereta dan ada juga yang menaiki motosikal.

    Semestinya, Zack dan rakannya berada di dalam kereta mewah sambil memegang senapang. Setelah beberapa minit, mereka tiba di Kaste Tower. Pengawal di depan pintu terus ditembak mati. Mereka semua ketawa dengan kuat. Zack menjerit "Keluarlah Syam!! ". Syam hanya menjeling geram. Mereka semua mula memasuki Kaste Tower. Peperangan kini bermula.
-------------------------------------------------------------
Di dalam Kaste Tower,

    "Aku ada terima tiga panggilan tadi. Kes pembunuhan yang berlaku di sekitar sini!", kata Aziz..

    "Aku pun ada terima satu panggilan juga.. daripada kawasan sekitar sini juga. Kes pembunuhan kejam telah berlaku!", kata Amoi yang baru sahaja meletakkan gagang telefon..

    "Sial!! Jadi ini ke yang dimaksudkan dengan kertas segi empat haritu? Tak guna kau Zack!!", menjerit Syam.     

    "Mereka dah sampai Syam", kata Azam dengan nada yang sedikit tinggi. "Jom, kita turun. Hati-hati, serang hendap jer diorang tu. Jangan cuba nak jadi hero. Mati kang", balas Syam panjang lebar. Mereka membentuk posisi.

     "Untuk kes pembunuhan tadi, hantarkan empat orang anggota. Korang lalu lah pintu belakang. Kita perlulah menjaga nama baik polis dan menghantar orang untuk melakukan penyiasatan walaupun kita sudah tahu siapa dalang sebenarnya", kata Syam lagi lalu mereka pun mula bergerak.
               
     Dari situ, kelihatan Remy sedang berada di depan sekali. Menembak semua yang ada di depannya. Lima orang terjatuh. Mati? Dia pun tidak tahu. Yang penting, mereka sudah pun tersungkur rebah. Kelihatan darah yang sangat banyak mengalir.

    Mudah kerjanya dengan merempuh mereka semua. Dengan ini, satu demi satu pasukan Syam telah berjaya pun ditumpaskan.

    Kemudian, Syam pula menggunakan mk-12 dan 4x scope untuk menyerang kepala semua penjahat. Azam pula sibuk menembak semua yang berada di bawah bangunan.

    Tiba-tiba, Faiz melihat Syam dari bangunan sebelah. Dia menembak Syam menggunakan sniper dan peluru tersebut telah terkena pada bahagian tangannya. Terpelanting mk-12 yang dipegang Syam.

   Dengan laju, salah seorang sniper dari pihak polis menembak Faiz yang berada di bangunan sebelah. ZUFF!! Meluncur laju peluru tersebut dan tertembak ke kepala Faiz. Apalagi, tergolek Faiz di anak tangga. Seluruh kepalanya kini telah berlumuran darah. Mungkin kepalanya sudah pun pecah.

    Tangan Syam juga sedikit cedera. Tetapi, tidak mengapa. Baginya, ini hanyalah sedikit walaupun agak sukar baginya untuk menggerakkan tangan tersebut.
-------------------------------------------------------------
Di bawah Kaste Tower,
              
     Aku melihat segala kejadian yang berlaku di atas. Aku dan Bob hanya berada di dalam kereta dan masih tidak bergerak. Aku melihat mereka semua sudah pun berjuang untukku. Faiz sudah pun terlantar. Senang cerita mati sudah. Tinggal Remy sahaja yang masih berjuang. Aku tergelak kecil melihat karenah mereka semua. Sungguh senang dipermainkan. Haha..

    Walaupun kurang dapat diharap, tapi sekurang-kurangnya keadaan kami sekarang ini lebih maju kehadapan berbanding dengan pihak kepolisian.

-------------------------------------------------------------
1 jam pun berlalu,
              
    Mereka semua sudah tiba di tingkat 24. Semuanya ada 32 tingkat. Dengan ini, Zack mula melangkah masuk bersama dengan yang lain. Sungguh berani dirinya sekarang ini kerana peluang untuk menang sudah semakin hampir. Mereka menaiki lift kerana malas untuk berjalan. Macam boss pulak si Zack ni. Eh, memang boss pun kan. Lagipun, dia malas nak membau busuknya mayat-mayat yang sudah terbaring ini.
               
      Ketika ini, Syam sudah tentunya semakin berang. Begitu juga dengan Azam, dia sedang giat memikirkan idea. Sedang dia berfikir, tiba-tiba sahaja Syam membuka pintu untuk keluar lalu menutup dan menguncinya menggunakan mangga.

     Azam menjerit "Abang SYAM!!!", Azam memanggil Syam dengan lantang. Dia tahu Syam ingin mengorbankan nyawanya demi dia. Azam yakin bahawa Syam sudah gila. Dengan ganasnya, Azam mencuba untuk membuka pintu kembali. Malangnya, tidak boleh. Azam hanya termenung sambil menitiskan air mata melihat abangnya ingin bertarung seorang diri demi dirinya.
              
     Kelihatan di situ, Syam sedang berlari lalu dikejar oleh mereka semua. Sambil berlari, Syam menembak mereka satu persatu. Tambahan pula, Syam juga kini tercedera apabila tertembak berkali-kali. Namun, dia perlu bertahan. Dia terus melompat dan bersembunyi di sebalik almari. Akhirnya, dia telah terkepung di sekeliling. Dia terus menembak dan menembak. Rakan-rakannya yang lain masih berada di tingkat atas dan tidak mengetahui apa yang sedang terjadi di bawah. Setakat ini, Syam hanya berharap pada nasib.

-------------------------------------------------------------
Beberapa minit kemudian,               

     Zack sudah pun sampai di tingkat di mana Syam berada. Dia ditelefon oleh Remy. Zack tiba di depan mata Syam dan berdiri sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Sekarang, Syam sudah tidak berdaya lagi. Badannya dipenuhi dengan darah dek kesan tembakan yang banyak. Dia sudah pun mahu pitam. Mulutnya juga dipenuhi darah yang tersembur keluar dengan deras.

    Zack hanya menggelakkan Syam. "Hahahahahahahaha!!! Syam, Syam!! Kau ni memang tak boleh nak kalahkan aku! Kau hanyalah sampah... Sampah yang tidak boleh dikitar semula. Sama macam bapak kau! Hahaahahaha", semua orang turut tergelak melihat keadaan Syam yang kini sudah pun sekarat. Tiba-tiba, Syam mendapat satu idea. Buat kali terakhir dalam hidupnya, dia berdoa semoga Azam akan sihat selalu.
             
     Setelah bersedia, Syam bergolek ke arah belakang sebuah meja lalu dia menembak tingkap cermin yang luas.

     "Apa kau nak buat ni, Syam?! Kau tak boleh buat apa-apa lagi sekarang! Kau dah kalah! Aku menang! Patutnya kau sudah mati sejak 5 tahun yang lalu! Disebabkan kesalahan Komeng! Kau hidup lagi! Patutnya kau bersyukur sekarang dan pergilah kembali ke rahmatullah", kata Zack.

    Lalu, tiba-tiba Syam melompat terjun dari tingkap yang ditembak tadi. Pecah tingkap tersebut. Zack pelik melihat apa yang dilakukan oleh Syam.

    Sewaktu dia terjun, dia tersenyum sambil mengarahkan pistolnya kepada Zack. Nampaknya, sempat jugalah dia menembak kepala Zack. Tepat, Sungguh tepat. Mereka semua tergamam sebentar. Tidak tersangka. Zack telah pun mati. Semua yang berada di tingkat atas melihat apa yang berlaku di bawah. Mereka terus menjenguk ke luar tingkap. Melihat Syam sudah hancur di bawah.. Begitu juga dengan Azam, dia menjerit kesedihan. Nampaknya, kali ini dia akan kehilangan Syam buat selama-lamanya.

DENDAMWhere stories live. Discover now