BAB 11 (TIBA)

72 7 0
                                    

Marine Tower,               

    "Mana boleh macam ni! Komeng pernah serang dia secara terang-terangan begini! Kita tidak akan berjaya!", marah Zack kepada Bob kerana memberikan rancangan yang sama..

    "Waktu tu dia datang cari kau! Sekarang ni, kita yang datang cari dia. Tak sama! Kita dah tau kan office dia kat mana! Serbu saja la! Apa lagi yang kita nak tunggu? Dengan cara tu, kita juga dapat membuat persediaan awal seperti menggunakan segala bangunan yang berada di sekeliling untuk dijadikan tempat bagi para sniper", balas Bob.

    "Ok. Baiklah. Jangan nak gaduh. Aku rasa rancangan ni sudah bagus. Aku yakin kita boleh menang", kata Remy cuba menenangkan mereka berdua.

    "Kau dah letak belum gambar segi empat sama dekat depan pintu masuk office dia? ", tanya Bob.

    "Dah, lama dah aku letak", jawab salah seorang anak buah Zack. "Tapi, itu bukan rancangan lama ke? "...

    "Sama sahaja macam mana pun. Kita hanya perlu bersiap sedia. Maksud segi empat itu adalah empat orang boss yang akan mereka hadapi iaitu aku, Zack, Remy dan Faiz", kata Bob.

    "Lebih mendalam lagi, dia akan bertarung dengan empat orang yang sangat berbahaya. Ini bukanlah suatu rancangan, ini adalah suatu fakta untuk memberikan tekanan kepada mereka. Pada waktu tersebut juga, kita akan membunuh empat orang secara random di sekitar kawasan Kaste Tower", sambung Bob lagi..
-------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur,             

    Aku makan tengah hari bersama dengan adikku, Azam. Lalu, kami pun pergi melaksanakan solat fardhu Zuhur bersama di masjid. Selepas itu, kami pulang ke rumah. Tidak seperti biasa, kini aku berasa selalu ditemani pulang bersama. Sebelum ini, aku hanya kesunyian lebih-lebih lagi setelah kematian Naim.

    Namun, dengan kedatangan Azam, aku dapat mengisi masa lapang ku bersama dengannya selain berada di office dan membodoh sahaja. Tetapi, pada waktu sekarang ini kami tidak boleh bergerak secara bebas. Habislah kalau kami tiba-tiba sahaja dikesan oleh anak buah Zack ketika sedang berada di luar kawasan Kaste Tower.      
                
    Keesokan harinya, kami pergi ke office semula. Azam selalu melepak di belakang office aku sambil bersembang bersama Aziz. Sebelum ini, tak pernah pun aku nampak Aziz melepak dalam office aku. Nampaknya, mereka berdua sudah mulai rapat. Aku hanya tersenyum melihat mereka berdua akur antara satu sama lain.. lebih-lebih lagi mereka merupakan dua orang yang sebaya..
-------------------------------------------------------------
Marine Tower,
                 
     "Dah ready ke semuanya?", tanya aku kepada semua.

    "Sudah!", aku mendengar satu suara menjawab dengan lantang. Aku mengarahkan team Faiz dan team Remy ke bahagian depan. Manakala, aku dan Bob berada di bahagian belakang bersama yang lain. Kami akan bergerak dalam 2 hari lagi. Bersedialah kau Syam. Eh, lupa pulak. Dan juga Azam...
                    
     Aku menyediakan dua pistol bagi setiap orang. Aku, Faiz, Remy dan Bob masing-masing memakai light machine gun. Kalau boss nya mati dahulu, susah anak-anak buah kami nanti.

    Aku terus mengingatkan mereka semua untuk menjaga bahagian masing-masing. Takut terlupa.

    "Ini adalah peperangan! Jangan buat sikap sambil lewa! Satu kecuaian boleh membawa maut! FAHAM?!", kataku dengan tegas dan diiringi dengan sahutan yang kuat daripada anak-anak buahku.

-------------------------------------------------------------
Keesokan harinya,               

     Kami semua berkumpul di office abangku. Dia baru mendapat surat bahawa dia akan diserang pada hari esok. Nampaknya, sebagai seorang tentera, Zack bukanlah pengecut yang menyerang tanpa khabar.

    Namun, tetap sahaja, kami semua bingung, kami semua gelabah, kami tidak rasa satu hari sudah cukup untuk membuat persediaan. Aku masih belum bersedia untuk mati lagi.

    Namun, aku tak mahu ada sesiapa pun mati juga. Lebih-lebih lagi abangku, Syam! Aku tak nak kehilangan dirinya lagi buat kali yang kedua! Aarghh, aku tak boleh melengahkan masa lagi. Aku kena buat sesuatu juga.

    Malam itu, kami semua menginap di office. Jam demi jam, semua bergantian menjaga berdua. Takut diserang secara tiba-tiba. Kami langsung tidak boleh tidur. Masing-masing sudah pun cuak.. Segala solah hajat, tahajut, taubat sudah pun dibuat, kini hanya tinggal tawakal sahaja kepada Allah..

    Segala persediaan senjata telah pun kami dapatkan. Kaste Tower kini telah pun menjadi kawasan kuarantin bagi orang luar untuk masuk ke dalam..
          
     Aku mematikan caj telefon bimbit. Dah 78% dah. Oleh itu, aku pun bermain permainan video sebentar untuk menghilangkan perasaan cuak ini. Tengok jam pun dah pukul 3:00.

    Kini, giliran aku dan abangku, Syam untuk berjaga. Dia pun sedang melihat telefon bimbit. Mungkin sedang sms pak cik Karim kot. Aku pun memerhati sekeliling. Lampu masih dibuka. Tidak ditutup. Entah kenapa, aku merasa tidak sedap hati. Akankah sesuatu terjadi pada hari peperangan nanti. Aku takut! Jujur aku katakan! Aku sangat takut! Mungkinkah Zack pun takut juga? Tetapi, kenapa mereka masih mahu menyerang Syam? Adakah Syam merupakan malapetaka bagi mereka?

DENDAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang