6 tahun lalu,
Komeng atau pun Ahmad Nasrullah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sedang menduduki peperiksaan SPM.. Dia juga merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah dan diharapkan agar dirinya mendapat keputusan straight A dalam peperiksaan SPM..
Namun, dia telah hilang pada minggu kedua peperiksaan berlangsung. Ini semua sudah tentunya ada kaitan dengan pembunuhan kejam seluruh ahli keluarganya..
Ini semua berlaku pada hari Ahad yang cerah dan sejuk,
Komeng sedang keluar untuk study group bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Ketika 1 jam selepas dia keluar, terdapat seorang lelaki berbadan sasa dan berparut di tangan sedang mengetuk pintu rumahnya..
Dengan lantas, adiknya yang berumur 8 tahun membuka pintu sambil tersenyum dan berkata: "Hai? Sapa ni? Nak apa ya?", Dan lelaki yang sasa tadi pun turut tersenyum dan menghunuskan pisaunya tepat di mata kiri adik Komeng.
Lantas, kanak-kanak berumur 8 tahun tersebut terus rebah ke tanah dan meraung sekuat tenaga. Belum lagi, disebabkan tangisan yang kuat itu, satu tendangan hinggap ke lehernya dan dia pun akhirnya pingsan..
Lelaki tadi memijak muka budak itu puluhan kali sehingga darah merah mengalir keluar. Lantas, dia terus mencekik leher adik Komeng dan diangkat ke atas. Terlihat darah mengalir keluar daripada mulutnya. Malah, mukanya sudah lebam dan pecah sehingga tidak dapat lagi dikenali dengan mudah.
Lalu, dia pun masuk ke dalam rumah dan kali ini sambil memegang sebilah parang pula.. Ibu Komeng yang sedang mengandung itu sangat terkejut melihat anak bongsunya itu telah bermandikan darah.Dia mula menitiskan air mata dengan deras sambil menjerit meminta tolong. Dengan ganasnya, lelaki tadi menghempaskan adik Komeng ke lantai. Sekali gus, perutnya dicucuk 5 kali menggunakan parang.
Seterusnya, lelaki tadi berjalan menghampiri ibu Komeng. Wanita 40-an itu sedang berdiam sambil melutut menahan kesedihan. Lalu satu tendangan tepat di dagunya sehingga menyebabkan dia terpelanting ke belakang. Kepalanya terhentak dengan kuat di lantai.. Dia pun terbaring menahan kesakitan.
"Kau siapa? Kenapa kau buat begini pada kami? Apa salah kami kepada kau?", Ibu Komeng bertanya sambil teresak-esak. Lelaki tadi tanpa menjawab terus menendang perut kandungan ibu tersebut..
"ARGHHH!!", wanita itu menjerit sekuat tenaga lalu lelaki tadi menumbuk mukanya. "Kau diam la perempuan!! Kau boleh tanya aku lagi apa salah keluarga kau?!", lelaki tadi kelihatan berang.
Tiba-tiba, bapa Komeng keluar dengan sepucuk pistol di tangannya. Dia terus melepaskan tiga das tembakan ke arah lelaki sasa tadi. Namun, lelaki itu tetap berdiri.. mungkin disebabkan baju kalis pelurunya atau pun bapa Komeng yang terlalu sedih sehingga menembak dengan buruk sekali..
Bapa Komeng terus tersungkur dan melutut di hadapan lelaki tadi.. air matanya keluar dengan sangat deras dan dia berkata: "Kenapa? Kenapa kau buat begini kepada kami? ZACK!!"..
"Kau tanya kenapa? Kau sendiri tahu, kan? Apa yang kau buat kat aku dulu, aku balas la balik. Kau kena ingat, dendam aku ni takkan hilang walaupun nyawa kau akan aku ambik. Bodoh!!", kata Zack.
Bapa Komeng terbangun dari duduknya. "Kalau macam ni cara kau selesaikan masalah kita. Aku tak akan berdiam diri, Zack", katanya.
Zack terus mendekati bapa Komeng sambil membawa parang tadi. Bapa Komeng melepaskan satu tembakan ke arah kepala Zack. Namun, peluru itu meleset sedikit dan hanya dapat mencalarkan pipinya.
Hanya memerlukan satu tendangan di perut sahaja untuk Zack melumpuhkan Bapa Komeng. Bapa Komeng pun tersungkur ke belakang sambil terbaring. Satu hayunan parang hinggap di kakinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
DENDAM
ActionPada suatu hari, Syam telah mengalami sesuatu yang amat memeritkan dalam hidupnya.. hari di mana...