BAB 3 (KINI)

209 12 0
                                    

Tahun 2015..

    Lima tahun sudah pun berlalu, aku sudah pun berumur 22 tahun walaupun hari jadi aku belum lagi tiba..

    Kalau nak tahu, aku telah pun bekerja sebentar sebagai seorang detektif kerana itu merupakan cita-citaku untuk menyiasat segala yang berlaku ke atas keluargaku dahulu..

    Sepanjang karierku, aku telah menyelesaikan 4 kes pembunuhan dan hampir setahun aku berkhidmat. Malahan, duit simpanan aku pun sudah agak banyak. Cuma tak tau bila aku nak mendirikan rumah tangga. Mungkin bila umur aku sudah pun 30 tahun. Lagipun, aku masih belum puas menyelesaikan pelbagai kes lagi..

    Aku juga sekarang ini tinggal seorang diri di Kuala Lumpur.. Sebelum ini, aku tinggal bersama pak cik Karim dan mak cik Ana. Mereka berdua sudah menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Sekarang tiba masa untuk aku pula, aku akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang selagi hayat ini dikandung badan.

    Namun, masih ada banyak kerja yang harus aku selesaikan. Oleh itu, aku hanya dapat datang menjenguk mereka beberapa hari sahaja dalam waktu seminggu.. Hal ini kerana ada banyak kes jenayah yang berlaku dekat Malaysia akhir-akhir ini.
                         
    Tak lama kemudian, aku datang ke office aku di Kaste Tower. Aku mula masuk ke dalam bilik tersebut dan berbincang tentang proses penangkapan pembunuh kali ini. Semalam, seorang Dr. pakar yang memiliki PhD telah pun dibunuh bersama isterinya di rumah kediaman mereka..

    Kami ada tiga suspek. Pertama, Akim iaitu seorang postman yang sering menghantar barang ke rumah mangsa. Kedua, Sika iaitu seorang wanita dan juga merupakan kekasih gelap mangsa.

    Dan yang terakhir, Komeng. Seorang pembunuh upahan yang sering melakukan pembunuhan. Dia tidak dapat dijejaki selepas membunuh sehingga ke hari ini. Dia masih lagi dalam pelarian dan tidak pernah sekali pun tertangkap oleh pihak polis. Dia memang handal memanipulasi pihak polis. Sudah berpuluhan kali kami ditipu olehnya.
-------------------------------------------------------------
Di satu tempat rahsia,                     

   "Kau dah buat kerja kau?", aku bertanya kepada Komeng. Komeng hanya mengangguk menandakan dia sudah pun melunaskan segala kerjayanya. Mungkin malas bercakap kerana sudah pun penat berlari dari pengejaran polis..

    Komeng adalah pekerjaku yang paling tangkas. Dia sangat berani. Aku juga telah menganggap dia sebagai anakku sendiri. Cuma, aku telah menipu dia bahawa aku berada di sisinya untuk membantu dia membalas dendam keluargnya. Tetapi kebenarannya adalah, akulah yang telah membunuh keluarganya pada beberapa tahun lalu.

   Selain bekerja untukku, dia juga pernah diupah oleh beberapa orang lain untuk misi membunuh. Sebenarnya, aku percaya dengan bakat yang ada dalam dirinya, dia boleh pergi lebih jauh daripada ini. Oleh itu, aku memberikan lebih banyak kerja kepadanya seiring waktu.  
                    
    Kalau nak tahu, Komeng juga telah membunuh keluarga Syam, detektif yang kini popular di majalah dan segala media massa... Macam mana aku dapat mengingati Syam? Hal ini sudah tentu kerana aku akan menyiasat latar belakang setiap individu yang akan aku bunuh..

    Well well well, bukan aku yang membunuh, tetapi orang lain. Aku hanya memberi upah sahaja memandangkan diri aku ni pun sudah tua. Hanya ini sahaja cara yang ada untuk membalas dendam aku kepada rakan-rakan yang telah mengkhianatiku dahulu.

    Seperti surat berantai, sebab aku membunuh keluarga Syam dahulu sebenarnya kerana aku berdendam dengan bapanya. Dan kini, Syam pula yang berdendam kepada aku. Lawak bukan? rantaian ini tidak akan padam selagi mana aku masih hidup. Sudah pasti, aku membunuh mereka kerana ada sebabnya. Sebabnya?? aku sendiri yang tahu. HAHAHAHAHA....
-------------------------------------------------------------
 Rumah Razy,                  

   "Dah lama aku tak jumpa Syam. Macam mana lah mukanya sekarang ni.. Mesti makin kacak dan segak sekarang ni. Agaknya dia ingat aku lagi tak", kata Razy berbisik di dalam hati. Dia berdiri di depan pintu rumah Karim sambil bersembang dan minum kopi yang disediakan oleh Ana bersama..

     Ketika dia sedang menyumbat kuih bahulu ke dalam mulutnya, tiba-tiba datanglah Syam memeluknya dari belakang sambil menjerit "PAK CIK RAZY!!!!!", tersentak dan tersedak Razy melihat Syam yang kini sudah pun besar panjang..

    Tersenyum Razy kerana Syam masih mengingatnya walau lima tahun sudah pun berlalu. Mak cik Ana mengintai dan berkata "Apa bising-bising ni?". Dia bertanya walaupun sudah tahu mengapa. Sengaja menceriakan suasana persekitaran mereka untuk bersuka ria.
Syam pun terus bersalaman dengan mereka bertiga dan menghulurkan serba sedikit duit poket kepada mereka..

    Banyak yang mereka sembangkan malam itu, dari pukul 10 malam sampai ke pukul 12 tengah malam sambil minum kopi hangat yang dibuat oleh mak cik Ana. Tak lama selepas itu, Syam pun masuk tidur kerana akan bekerja esok. Dia menumpang di rumah Karim kerana hari pun sudah mahu berganti.. Razy berasa bangga dengan kerjaya Syam yang kini telah menjadi seorang detektif.
                         
    Namun begitu, Razy dan Karim masih meneruskan perbualan mereka hingga pukul 1 pagi. Entah apa la yang dibincangkan tu.. Syam pun masih terjaga lagi sambil merenung kertas bergambar pentagon yang dia dapat pada 5 tahun lalu. Masih ingat lagi dia, tidak pernah jenuh mengingatinya. Tetapi air matanya tidak mengalir lagi. Bukan tak nak mengalir tapi, perasaan sedihnya kini telah pun lupus dalam ingatan. Tetapi dalam hatinya, masih ada sifat dendam yang sangat dasyat dan tidak dapat dilupakan begitu sahaja.

DENDAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang