열여덟 (eighteen)

1.2K 152 6
                                    

Aku bangun dari tidur dan sedar yang Jungkook sudah tiada di sisi aku. Haih. Mesti dia dah pergi shooting. Katanya harini dia ada shooting live untuk program lawak barunya.

"Anak mama apa khabar pagi ni? Sihat?", aku mengusap perut aku yang sudah memboyot itu. Sudah 4 bulan aku mengandungkannya dan aku sudah tahu jantinanya. Ya, anak lelaki.

Jeon Gi Jung.

Comelkan nama tu? Jungkook bagi padanya. Comel macam papanya.

"Sayang. Duduk jap", Jungkook memanggil aku yang baru sahaja masak makan malam kami. Aku duduk di sebelahnya di atas katil.

"Kenapa ni?"aku bertanya sebab aku dapat rasa aura serius mengelilingi ruang bilik kami.

"Nak cakap sesuatu ni", Jungkook cakap lalu tangan aku digapainya dan diciumnya. Aku dah semakin pelik.

"Kenapa ni, Kook?", aku bertanya. Dia memandang aku.

"Yeon Gi. Tolong dengar cakap saya boleh tak?", dia mula berkata. Eh, dia tak kata apa lagi, nak suruh kita dengar cakap dia.

"Kenapa ni? Cakap apa ni? Awak kenapa ni?", aku bertanya soalan bertalu-talu kepadanya. Dia memandang aku lagi.

"Tolong gugurkan kandungan tu", dia berkata. Aku membulatkan mata aku. Tangannya aku tepis kasar.

"Sanggup awak cakap macam tu kat saya? Awak memang tak sayang saya kan? Awak tahu tak ni anak pertama kita? Awak memang tak da perasaan ke? Tak da hati perut? Hah!", aku menjerit di hadapan mukanya. Mata aku sudah bergetar menahan air mata daripada tumpah.

"Sayang", dia memanggil aku lalu tangan aku digapai semula. Tetapi aku tepis lagi sekali dengan kasar.

"Tepi! Saya takkan gugurkan kandungan ni!", aku menjerit dan air mata aku jatuh.

"Sayang!", dia menjerit memanggil aku. Aku terkedu. Matanya aku lihat sudah berkaca melihat aku. Aku terdiam. Dia tak pernah tinggikan suara kat aku.

"Please. Saya minta ni sebab kesihatan awak. Saya risau. Ni untuk kebaikan awak. Doktor sendiri kata yang awak akan ada kebarangkalian yang tipis untuk hidup waktu anak kita nak dilahirkan. Saya...takut. Takut kehilangan awak", dia berkata dan dapat aku lihat air matanya mula jatuh deras.

Aku juga turut menangis bersamanya lalu aku memeluk badannya yang tegap itu. Aku menangis. Ya Tuhan. Kenapa aku perlu rasa semua ni?

Aku mula hendak menangis semual teringat akan peridtiwa Jungkook meminta aku menggugurkan kandungan aku hanya kerana ianya berisiko untuk aku.

Tapi, aku dah cakap kat dia yang aku akan lahirkan anak ni dan aku juga janji akan cuba untuk tidak meninggalkannya bersama Gi Jung.

---

Aku berjalan bersama Jungkook di dalam pasaraya. Kami nak cari barang baby. Yelah. Dah 4 bulan dan kami pula dah tahu jantina.

Jadi, kami bertekad nak cari baju baby siap-siap memandangkan aku pula takut aku makin penat nak jalan cari baju baby nanti. Sekarang pun aku perlu pakai inhaler nak stabilkan balik nafas aku yang tidak teratur.

"Kook. Nak masuk kedai ni jap", aku berkata menunjukkan pada satu kedai pakaian bayi di sebelah kiri kami.

"Boleh, sayang. Jom", dia memegang tangan aku erat.

Aku sibuk mencari pakaian untuk bayi kami, Jungkook meminta izin nak ke tandas. Katanya terlalu penat dan mukanya sudah berpeluh kerana terlalu banyak berjalan. Nak basuh muka.

Sedang aku leka membelek-belek pakaian bayi di hadapan aku. Tetiba, aku dapat rasa deruan nafas yang hangat terkena pada leher aku. Aku dah seram sejuk.

Pinggang aku kemudian rasa dipeluk dari belakang dan aku tahu ini bukan Jungkook. Lutut aku sudah lemah memikirkan siapakah gerangan orang ini.

"Akhirnya, kita bertemu lagi, sayang. Nampak tak sebenarnya jodoh kita ni kuat daripada jodoh awak dengan perampas tu", satu suara berbisik pada telinga aku dan ketakutan mula menguasai diri aku ketika ini.

•••

Mesti korang dah tahu kan siapa? Malas nak tanya soalan 'korang rasa tu siapa?' Sebab klishe sangat😂

K, bye💕

[DIBUKUKAN] Pelawak Itu Suami Aku S1 - JJKWhere stories live. Discover now