Special Chapter

1.8K 158 65
                                    

WARNING⚠
This chapter agak panjang. So, kalau rasa malas nak baca, tak payah baca😂

K, enjoy💜

👐👐👐

"Papa!", Gi Jung menjerit memanggil aku. Dia berlari ke arah aku yang baru sahaja memasuki rumah. Baru balik dari shooting. Penat gila.

"Anak papa macam mana? Hari first okay?", aku bertanya pada anak aku yang dah 5 tahun itu.

"Seronok! Tadi selepas balik dari tadika, atuk bawa Gi Jung main kat tepi pantai!", Gi Jung berkata pada aku dengan mukanya yang sangat teruja itu. Aku tersenyum.

"Okaylah. Jung nak pergi main dengan Salt", dia berkata lalu berlari ke arah Salt iaitu anjing peliharaan Gi jung. Dia jumpa tepi jalan dan menangis nak jaganya. Jadi, aku hanya benarkan.

Aku berjalan pergi ke appa.

"Appa. Harini berapa haribulan?", aku bertanya pada appa. Appa yang sedang membaca surat khabar itu menurunkan sedikit surat khabarnya lalu muka aku dipandang.

"Harini? 22 May. Kenapa, Kook?", appa bertanya. Ok. Betullah.

Aku hanya menggelengkan kepala aku lalu aku terus naik ke bilik aku. Aku duduk di birai katil aku.

Esok. Ya, esok adalah harinya.

---

"Jung", aku mengiringkan badan aku memandang Gi Jung yang berada di sebelah aku di atas katil.

"Hmm", dia membalas apabila dia hendak tidur tetapi diganggu oleh aku. Aku tersengih kecil memandangnya yang sedang menggosok matanya menahan ngantuk.

"Esok nak ikut papa pergi satu tempat tak? Papa nak ada orang teman", aku berkata perlahan. Gi Jung kemudiannya mengiring menghadap aku.

"Nak! Pergi mana papa?", dia bertanya dan jelas sekali mukanya menunjukkan yang dia amat teruja. Nasiblah cuti umum esok, senanglah aku nak ajak Gi Jung.

"Rahsia. Esok kita bangun awal tau. Pukul 6 setengah", aku berkata padanya dan dia memberikan lagak berfikir denagn meletakkan jari telunjuknya pada dagunya.

"Okay! Dah tidur. Esok Jung kena bangun awal", amboi dia. Dia yang ngarahkan kita. Aku tergelak kecil lalu pipi gebunya dicubit.

"Sakitlah papa", dia membalas lalu tangannya pulak yang mencubit pipi aku.

"Dah tidur", aku berkata lalu aku mengiringkan badan aku pada arah bertentangan. Tetiba, aku dapat rasa pinggang aku dipeluk. Aku menyentuh tangan Gi Jung lalu tangan lagi satu aku gapai telefon aku.

Dah pukul 12:01.

Happy Birthday, Yoo Yeon Gi.

---

"Papa. Bangunlah. Kata nak bangun awal harini. Kita nak keluar kan?", Gi Jung menggoncangkan badan aku kuat.

"Hmm", aku merengek sedikit kerana mata aku masih berat untuk dibuka. Aku menggook mata aku lalu memaksa diri untuk membuka mata aku.

"Papa. Bangunlah. Kata nak pergi satu tempat pagi ni. Dah pukul 6:45 dah. Nanti lambat", Gi Jung masih menggoncang badan aku.

"Ye. Papa bangun", aku terus bangun kerana terlalu pening digoncang badan oleh Gi Jung.

"Yeay! Jom mandi"

---

"Papa. Lambat lagi ke? Jung dah ngantuk ni", Gi Jung berkata sambil menarik sedikit hujung kemeja aku. Dia menguap kecil.

"Sabarlah, Jung. Lambat lagi. Jung tidurlah dulu", aku berkata kerana terlalu kesian pada anak aku seorang ni.

Perjalanan yang mengambil dua jam itu betul-betul membuatkan aku penat dan aku tahu, Gi Jung juga penat berada di dalam kereta terlalu lama.

[DIBUKUKAN] Pelawak Itu Suami Aku S1 - JJKWhere stories live. Discover now