열일곱 (seventeen)

1.4K 166 4
                                    

Aku terjaga daripada tidur aku apabila aku berasa sesuatu di dalam tangan aku bergerak. Oh, Yeon Gi

Aku mengangkat kepala aku lalu mata dilirikkan kepada muka Yeon Gi yang sudah bergerak matanya.

"Sayang?", aku memanggil Yeon Gi yang aku rasa sedang berusaha untuk membuka matanya yang berat dan kemudian, dapat aku lihat matanya sudah perlahan-lahan terbuka.

"Jungkook?", dia bertanya pada aku dengan nada yang sangat lemah. Ya Tuhan. Mata aku sudah bergetar menahan air mata daripada jatuh.

"Ya, sayang. Nak apa-apa ke?", aku bertanya. Cuba untuk membendung rasa sayu di hati apabila teringat akan kata-kata doktor semalam. Aku bebetul sedih dan sayu.

"Nak air", dia berkata perlahan sebelum batuk dengan perlahan berkali-kali. Aku mengangguk kepala aku lalu air di meja sisi katil hospital itu aku ambil dan dituang ke dalam cawan.

Air diberikan kepada Yeon Gi yang masih terbatuk kecil itu. Kemudian, dia menghabiskan satu cawan air dan diberikan semula kepada aku.

"Thanks", dia berkata sambil tangan aku mengusap belakangnya apabila dia batuk tidak berhenti.

"Saya sakit apa?", dia bertanya dan itu membuatkan aku terkedu seketika. Apa aku nak jawab? Patutkah aku bagitau tentang penyakit barunya?

"We got a baby, dear", aku berkata perlahan. Dia tersenyum manis. Tidak mampu berkata lagi. Air mata perlahan keluar daripada tubir matanya.

"Thanks, Jungkook", dia berkata lagi. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman yang menyimpan berjuta-juta makna serta rasa.

Aku dengan perlahan menundukkan muka aku ke arah mukanya lalu bibirnya dicium lama bagi melegakan hati yang sakit dan gelisah.

---

Yeon Gi's

Aku sudah boleh discharged. Aku duduk di katil memandang beg aku yang sudah dikemas oleh Jungkook semalam. Aku termenung, menanti kedatangan Jungkook yang pagi tadi keluar kerana ada photoshoot.

"Anak mama", aku berkata sambil tangan aku mengusap perut aku yang belum menampakkan ada lagi satu nyawa sedang aku kandung.

"Jangan nakal tau. Mama tak sihat. Mama sakit. Papa pula dah tahu. Jadi, mama harap kamu tak nakal dan buat mama lagi sakit. Mama nak lahirkan kamu walaupun ianya berisiko. Mama sanggup mati demi mberikan kamu peluang untuk lihat dunia.

Mama sayang kamu dan mama juga tak nak papa risaukan mama memandangkan papa ada banyak kerja. Jadi, janganlah nakal tau. Sayang anak mama", aku berkata dan akhirnya, tumpahlah air mata aku.

Aku tahu, penyakit aku akan Jungkook tahu nanti. Dah lama aku hendak beritahunya tetapi semuanya tidak kena pada waktunya.

Jantung aku. Semuanya genetik daripada omma aku yang melahirkan aku dulu sebelum dia meninggal dunia akibat jantungnya yang semakin lemah. Genetik jantung lemah dan saluran arah pada jantung kecil jatuh pada aku.

Aku tak menyalahkan sesiapa. Aku tak salahkan omma aku kenapa dia biat aku mempunyai penyakit ini. Aku hanya mahu hidup dengan lebih lama bagi meluangkan masa dengan lebih lagi bersama Jen Jungkook, suami aku dan anak kami yang lagi 8 bulan setengah akan mula melihat dunia.

"Sayang?", suara Jungkook mematikan lamunan aku yang panjang. Air mata aku tepis laju. Tak nak Jungkook nampak dan risaukan aku lagi. Dia dah selalu sangat nampak aku nangis.

"Are you okay, sayang?", dia bertanya. Aku memandangnya dengan senyuman ikhlas lalu mengangguk perlahan.

"Okaylah kalau macam tu. Jom balik rumah", dia berkata lalu beg aku yang dikemasnya semalma itu dibawanya lalu badan aku dipapah kerana aku masih penat untuk berjalan.

Kami sampai di kerata lalu aku masuk ke dalam perut kereta apabila Jungkook membuka pintu kepada aku. Seusai jUngkook memasukkan beg aku ke tempat duduk bahagian belakang, dia pun masuk ke tempat duduk pemandu lalu kereta kami meluncur laju keluar dari kawasan hospital.

"Jungkook?", aku memanggilnya yang sedang sibuk melirik matanya pada jalan raya yang agak sibuk pada petang itu.

"Ya?", dia membalas. Aku pandangnya lama sebelum berkata.

"Sorry"

"For what? You never done nothing wrong with me", dia berkata lagi. Aku hanya tersenyum.

"Sorry sebab tak pernah bagitau awak pasal penyakit saya", aku berkata dan nada aku semakin perlahan kerana rasa bersalah yang menebal di dalam hati aku.

"Hei. Jangan cakap macam tu. Saya tak kisah pun lah. Saya faham yang awak tak pernah ada masa nak bagitau pasal semua tu. Jangan difikirkan sangat dengan penyakit awak tu. Nanti awak stress. Lepas ni, janganlah berahsia lagi dengan saya, okay?", dia berkata dengan nada yang amat lembut dan itu membuat hati aku lega.

Tetapi, aku masih menyimpan satu lagi rahsia.

Ya, tentang Kim Taehyung.

•••

Haha. Tahu betapa hambarnya chapter ni. Maaf ye.

K, bye💕

[DIBUKUKAN] Pelawak Itu Suami Aku S1 - JJKWhere stories live. Discover now