File 10 - "It's my job as your bodyguard"

4.3K 172 13
                                    

Selepas apa yang jadi pada malam ni, aku terus memandu kereta Kai, pulang ke penthouseku. Di seat penumpang sebelahku ada tubuh Lisa yang lena. Kesian, mesti penat sangat ni.. Setelah kereta aku parkir, aku memandang gadis di sebelahku. Aku selak rambut yang menutupi wajah cantik dia. Make upnya rosak sebab air matanya tapi bagi aku dia tetap cantik. Ok, stop Maira.

Kenapa aku bawa dia pulang ke rumah aku?? Sebab arahan bos. Dia kata yang rumah banglonya mungkin tak selamat buat masa ni, jadi dia suruh anak2 dia untuk bermalam di tempat lain. Mark dan mak bapa dia tidur hotel. Patutnya Lisa join diorang, tapi dia tak nak lepas dari peluk aku jadi akhirnya aku kenalah bawa dia balik rumah aku. Satu keluhan berat aku lepaskan dan tangan kananku ligat memicit kepalaku. Banyak benda jadi hari ni.. Siapa yang sabotaj kereta aku? Ada orang tau ke yang aku ni polis? Atau musuh bos? Argghhh! Serabut kepala otak aku ni!!! Kepalaku aku hentak pada stereng perlahan2. Aku kena bagitau ibu pejabat pasal ni.

-

Bip!

Pintu unitku terbuka selepas aku imbas kadku. Aku tolak daun pintu menggunakan kaki kananku kerana kedua2 tanganku sibuk mendukung Lisa yang masih lena. Aku tak kejutkan dia pun sebab kesian tengok dia trauma. Langkah aku korak dengan berhati2 sebab takut terpijak apa2 kat lantai rumah aku ni. Maklumlah duduk sorang, memang malaslah nak kemas. Akhirnya, aku tiba di sebuah guest room dalam unit rumahku. Nasib pintu tak tutup rapat, jadi aku buka pintu dengan kakiku sekali lagi lalu aku melangkah ke arah sebuah katil bersaiz king yang tersedia kat situ. Aku rebahkan badan gadis yang aku dukung perlahan2 dan kasut bootnya aku buka lalu letak kat tepi katil. Tubuh Lisa aku tutup dengan selimut dan sekali lagi aku usap mukanya. Kasar. Haih.., hopefully esok perangai dia macam biasa.

Aku berjalan ke bilikku dan terus buka kot dan ikatan tali leherku. Kemudian, aku biarkan pakaian tersebut diatas lantai. Gun holder yang diikat pada betisku aku tanggalkan dan campaknya atas nightstand sebelah katilku. Henfon Vivo putihku aku keluarkan dan taip nombor Syaz.

Syaz: .... H-helo??

Daripada intonasi si mamat ni, mesti dia tengah nyenyak tidur. Tiba2 aku rasa bersalah kejutkan dia tapi apa boleh buat berita yang aku nak sampaikan ni lagi penting daripada beauty sleep dia tu.

"Helo, Syaz. Ni aku Maira. Erm.., aku ada report nak buat" Aku mulakan usulku sambil bergerak ke rail tingkap bilikku. Dari sini, aku boleh nampak betapa sibuknya jalan kat KL ni walaupun waktu malam.

Syaz: Apanya..? Tak boleh tunggu *menguap* esok, ke? Aku penatlah..

Aku mengeluh dan menggeleng, "Can't, Sleeping beauty. Ni lagi penting dari tidur kau tu" Keluhan berat kedengaran di corong telefonku. Kemudian, bunyi spring katil, mungkin dia tengah cuba bangun untuk duduk.

Syaz: Fine, but make it quick.

"Ada orang set bom kat kereta aku malam ni time dinner. Good news, takde sesiapa cedera, bad news, kereta SUV baru aku tu hancur berkecai"

Syaz: What?! Wei, siapa yang buat?!

Aku membuang pandanganku keluar tingkap sebelum menjawab. "Aku tak tau.. Culprit tu tak dapat aku kesan. Walaupun dengan cermin mataku. Jadi, aku nak minta tolong kau untuk pergi tempat kejadian dan siasat. Sebab aku yakin yang bos tak nak libatkan polis jadi maybe orang2 dia dah lupuskan part2 kereta aku. Kau boleh buat, kan?" Pintaku sambil membuka ikatan rambutku dan biarkan rambutku jatuh ke bahuku.

Syaz: Oh, oke.. Boleh je. Nanti esok aku bagi details kat kau lepas aku investigate nanti. But, Maira, betulke takde yang tercedera?

"Haih, ya, betul.. Takde. Aku dah check dah. Bos dengan bini dia jauh jadi tak kena apa2 and Mark-" Kata2ku dipotong oleh mamat ni.

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now