File 11 - "But it'll cost you.."

3.8K 178 12
                                    

Kelopak mataku perlahan2 terbuka. Aku tak nak cahaya matahari serbu masuk sekali gus, mahu buta aku jadinya nanti. Tangan kiriku mengusap mukaku. Apa jadi semalam? Otak aku blur, tak ingat apa yang jadi. Aku rasa ada benda berat atas bahu kananku, jadi aku toleh dan nampak kepala Lisa baring atasnya. Amboi, nyenyak betul tidur pakai bahu aku. Aku tersenyum, kemudian otak lembabku baru sedar.

Kejap.

K-kenapa dia kat atas katil.... sama dengan aku. Scene semalam datang sergah kotak memoriku. Bibir dia dan bibir aku berjumpa. Kami bercumbu sepanjang malam.. T-tapi, tak terlanjur,kan? Aku pandang bawah badan aku, kemeja hitam aku still ada cuma tiga butang dah terbuka. Lepastu, aku check si Lisa pula. Dia still pakai bathrobe. Good. That means kitorang tak lebih batas. Jam loceng atas meja, aku tengok dan dapati baru pukul 6:12 pagi. Ah, tiba2 aku terasa nak jogging pepagi ni.

Kepala Lisa, aku angkat pelan2 dan letakkannya atas bantal. Kemudian, aku turun dari katil dan selimutkan si Lisa. Aku capai tualaku lalu melangkah ke bilik air. Daun pintu aku tutup dan aku berdiri di depan cermin kat singki. Tualaku aku sidai di penyangkut dan mula buka butang bajuku. Kameja hitam tu aku campak ke dalam bakul.

Mataku tertacap pada upper body aku yang telanjang. Mataku melilau pada badanku. Parut kat lengan kiriku dah teruk, ni lagikan kat badan aku. Dah macam tatu. Kat bahu kananku ada parut 2 das tembakan, pastu kat dada kiriku ada kesan terbakar. Ada kesan parut hirisan pisau di bawah payudara kananku hingga ke bawah pusatku, membentuk bentuk sabit. Parut di lengan kananku lebih kurang parut kat lengan kiriku. Di pinggangku ada lagi kesan parut pisau hingga ke pahaku. Di betisku ada beberapa kesan putung rokok. Aku pusingkan badanku, jadi belakang badanku menghadap cermin.

Kalau kat depan korang dah rasa teruk, belakang badan aku adalah mimpi ngeri. Ada kesan parut besar yang membentuk perkataan 'M.I.N.E'. Kesan2 cakar dan calar masih ada kat belakang badanku. Tangan kananku aku guna untuk kesat air mataku. Tak guna aku nangis. Past is past. Aku bukan boleh buat apa pun. Satu keluhan dilepaskan dan kaki kananku menapak ke dalam shower.

-

Ada taman rekreasi berdekatan dengan kondo aku. Dalam 5 minit berjalan, dah boleh sampai. Aku pakai hoodie biru tua dan sepasang trek hitam dan jogging shoes aku. Aku pasangkan strap phone holder aku kat lengan kananku.

Sampai je aku kat sana, terus aku buat strecthing dulu. Ramai orang juga kat taman pagi ni. Selalu aku nampak, lengang je. Takpelah, the more the merrier, kan? Aku mulakan aktiviti jogging aku. Selalunya aku jogging untuk kosongkan otak aku, tapi kali ni, aku fokus pada degupan jantungku dan kira berapa langkahku. Aku tak nak fikir pasal semalam. Clearly, aku fucked up. Dia tau pasal parutku dan lepas ni apa Maira? Dia konfem boleh korek pasal masa lampau kau. Maira...., focus on your job, please!

Gduk!

Sedar tak sedar, bontot aku dah landing atas jalan. Sakit do.. Aku angkat mukaku baru nak maki siapa yang langgar aku tadi. Tapi, perkataan yang aku nak lepaskan mati di bibirku bila aku nampak siapa yang langgar aku. Maya.

"M-Maya..?"

Dia mengangkat muka dari tangan kirinya. Mesti dahi dia terlanggar bahu aku. Bahu kiriku pula dah rasa bisa ni. Muka dia pun menunjukkan yang dia terkejut. "Maira?!"

-

Segelas smoothie vanila dan sepinggan waffel coklat cip diletakkan di depan aku. Di depan Maya pula secawan kopi espresso. Eergh, apa yang sedap sangat dengan benda alah tu pun aku tak taulah. Aku potong dan suap potongan besar ke dalam mulutku. Lapar betul aku. Maya berdehem.

"How are you holding up?"

Aku mengangguk laju lalu sedut smoothie aku. "Good.. " Mataku dilarikan dari dia. Kening kanannya diangkat. "Really..?" Akhirnya, aku lepaskan satu keluhan. Siapa aku nak tipu. She's one of the the elits. "No.. Maya.. A-aku rasa... aku tak boleh teruskan kes ni.." Aku membisik pengakuanku. Matanya membesar dan rahangnya terjatuh.

"A-apa? Kenapa?!"

Aku membisu.

"Maira, jawablah!"

Aku kekal membatu.

Kedua2 tangannya memegang bahuku, erat sambil menggoncangku sedikit. Matanya mencari mataku. Dan mata kami bertemu. Maya membisik, "C'mon, Maira.. You gotta trust me." Badanku menggigil. Aku nak percayakan dia. Tapi, aku takut. Tangannya memegang kedua2 tanganku. "Please, Maira. Sekurang2nya, bagitau kenapa kau nak tarik diri"

Akhirnya, aku jumpa suara aku semula. "Dia.. dia dah nampak... dia dah tau.." Muka Maya menayangkan yang dia kehairanan. "W-what do you, mean? Nampak..? Tau..? Pasal apa? Penyamaran kau ke?" Soalnya berulang2. Aku menggeleng. Tapi, nafasku dah tak stabil, degupan jantungku abnormal, not in a good way. Kedua2 tanganku aku tarik dari pegangan dia dan aku angkat kaki, lari dari situ.

-

Aku tutup pintu unitku dengan kuat. Langkahku laju melangkah ke arah sofa. Badanku aku campak ke atas sofa dan meletakkan kedua2 tanganku pada mukaku. Aku menjerit sekuat hati. Sial!! Sial!!! Semuanya dah jahanam sekarang ni! Lepas ni, apa akan jadi?! Aku kena buang keje?! Aku kena bunuh dengan geng ni?!

"Iqa..?"

Aku mengangkat kepalaku dan bertentang mata dengan si Lisa. Aduh, tak balik lagi dia ni. Aku mengetap gigi. "Erm.., I pinjam baju you, tau. Sebab bathrobe tu dedahkan betis I and it's cold in here. I hope you don't mind." Jelasnya sambil tersenyum. Aku bangun dari sofa dan berjalan ke bilikku. "Yea, do whatever you want. I don't care" Ujarku, dingin. Tak sempat aku nak hempas pintu, Lisa tahan pintu tu dan masuk ke dalam bilikku. Alamak, pompuan ni dah kenapa?

Pintu bilik dia tutup kemudian memandangku. "What's wrong?" Aku tak menjawab lalu mengambil henfonku untuk whatapps Syaz. Tapi, Lisa rampas henfonku dari genggamanku. Terus aku memandang dia.

"What the hell is wrong with you?! Hand it back, now!" Jeritku. Kali ni aku bengang betul. Mood aku dahlah tak baik, sekarang dia cari pasal. Dia buat tak tau tapi masukkan henfonku ke dalam poket seluarnya. Dia ambil nafas sedalamnya.

"Let's date"

Mata aku terbeliak. "What the fuck are you saying?! Awak gila ke apa?! No way..." Jantungku berdegup kencang. Peluh mula membasahi dahiku. Tanganku dah rasa sejuk. Aku perlukan udara. Aku cuba nak melepasinya dan keluar dari situ tapi dia pegang tanganku. Aku memandangnya.

"I know who you are"

Aku mula menggigil. What? "A-apa awak merepek ni?! Let go!!" Aku rentap tanganku lalu memulas tombol pintu. "I tau apa you nak, Maira.." Langkahku terhenti. Degupan jantungku juga terhenti. Mataku membesar. Badanku menggigil. Tak...tak mungkin.. Tolonglah cakap ni mimpi ngeri je.. Please..

"I can help you, Maira. But, it'll cost you.."

That's it. I'm dead. For sure this time..

Okey, chapter ni pendek sikit.. Sebab dah takde idea and I felt guilty because I didn't update for a long time. But, I already free from school and homeworks, I probably got to update frequently. So, yeay!! Anyway, One important question I need to ask you guys. Nak scene intim between this two or not? Sebab saya tak tau korang nak apa? So, nak ke tak nak??

Leave votes and comments! I'll try to update more often. And see you guys in next update. Buh bye!! 😃/

Miztique__

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now