Final File - "Ini hanyalah permulaan"

3.8K 180 54
                                    

3rd point of view:

Dah sebulan berlalu, sejak kes Maira ditembak. Ramai yang terkejut dan tak percaya. Encik Ali dan isterinya menangis bila dapati anak angkat mereka ditembak. Tasha menyesal sebab tak dengar apa yang dia nak cuba nak terangkan. Dengan kematian pakngah, En. Ali memang dah redha dengan ketentuan takdir. Kalau takdir memang tertulis yang adiknya dan anak angkatnya mati, maka matilah mereka.

Pada pagi Khamis yang lembab dan berangin, Lisa mendapati dirinya di kawasan tanah perkuburan. Rambut coklatnya ditutup dengan selendang hitam. Selepas accident Maira, dia terus panjangkan rambutnya dan potong bahagian rambutnya yang masih ada dye pink. Kini rambutnya hanya paras bahu saja.

Sepasang mata hazel tertacap pada batu nisan di hadapannya. Jarinya meneliti tulisan jawi di atas batu tersebut. Setitis air mata jatuh di pipinya. Perasaan sedih menyelubungi dirinya. Tangan kirinya pula memegang rantai batu delima yang pernah diberi oleh kekasihnya. Selepas membaca doa, sekali lagi dia mengusap batu nisan tersebut. Kali ni, senyuman kecil; sedih dan heartbroken muncul di bibirnya.

"Thank you..." Bisiknya perlahan. Kemudian, dia mengangkat kainnya dan berjalan keluar dari tanah perkuburan itu. Langkah yang dikorak adalah perlahan. Seolah2 dia sedang mengimbau semula memori lamanya. Tanpa disedari, Lisa sudah berada di luar kawasan perkuburan. Dia melepaskan keluhan.

Bahunya ditepuk dan bila dia menoleh ke belakang, figura Mark muncul di pandangannya. Si abang hanya mampu mengukir senyuman kecil dan dibalas oleh si adik. Lelaki cina berambut perang itu menarik tubuh adiknya ke dalam pelukan hangat. Lisa rasa selamat dan biarkan emosinya mengalir keluar melalui pelukan itu. Kemudian, mereka melangkah ke arah kereta mereka yang diparkirkan di seberang jalan.

Keheningan antara adik beradik tu diganggu oleh bunyi seretan tayar yang berhenti secara tiba2. Di belakang mereka muncul sebuah Hyundai Starex Royale berwarna putih berhenti di depan mereka. Tergamam dengan kemegahan kereta itu, langkah adik beradik tersebut terhenti. Kemudian, pintu belakang terbuka dan keluar dua orang figura manusia yang memakai topeng. Kedua2nya perempuan. Seorang menangkap si adik dan seorang lagi cuba menghalang Mark daripada menyelamatkan adiknya. Mark ditumbuk di mukanya dan menyebabkan dia terjatuh. Lisa sudah ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.

"Abang!!!"

Then, pintu ditutup dan kereta Starex tersebut dipandu meninggalkan Mark yang terpinga2 di atas jalan. Akhirnya, Mark bangun dan berlari ke keretanya. 'I need to tell papa about this!!' Detik hatinya.

-

"Haha, jadi majlis kahwin tu minggu depan ya?" Soal lelaki berjanggut putih yang sering dikenali sebagai bos. Di depannya ada dua figura lelaki. Seorang sudah berumur dan rambutnya beruban tapi masih lagi nampak kemas di sebelahnya pula seorang lelaki yang tampan dengan rambut disikat kebelakang. Senyuman yang menampakkan lesung pipit jelas di mukanya. Lelaki tua itu ketawa dan memandang jejaka tersebut, "Entah. Kita tanya pengantin lelaki dulu. Is, kau dah sedia ke?"

Is, jejaka tadi, hanya ketawa dan menjawab, "Kalau Lisa oke, saya pun oke, encik" Jawab si jejaka tu. Bos ketawa besar. "Alahai, tak payahlah berencik2 dengan saya. Panggil papa-"

Bam!!

Perbincangan mereka diganggu bila pintu bilik ofis bos terbuka dan figura Mark yang tengah tercungap2 menangkap nafas. Dia memandang papanya dan nampak ada dua lelaki yang tak pernah dilihatnya. Ah, mesti suitor baru Lisa dari kumpulan kongsi gelap yang lain. Mark menggeleng. Walaupun, dia tak suka dengan idea papanya untuk menjodohkan Lisa dengan Is, dia tak boleh buat apa2. Kalau papanya kata A, maka A lah. Mark menarik nafas panjang.

"Papa! L-Lisa kena culik!!" Jerit Mark sambil memegang dadanya. Mata bos membulat begitu juga dua lelaki di depan Mark. "Apa?" Soal bos dengan suara garaunya. Dia memandang ke arah tetamunya dan dapati muka lelaki tua tu berkerut, seperti sedang berfikir. 'Tak boleh jadi. Walau apa pun, Lisa kena kahwin dengan Is, kalau tak bisnes aku lingkup!' Getus hati tuanya.

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now