File 12 - "I'm sorry"

3.8K 169 6
                                    

Figura aku dan Lisa tidak bergerak. Mata kami bertentang antara satu sama lain. Mungkin dia tengah memikirkan sesuatu yang berbeza dariku. Otakku dah ligat fikirkan cara untuk keluar dari masalah ni. Dia dah tau.. Tapi, macam mana...?

"M-macam... mana... ?? Awak... saya.."

Dia letakkan jari telunjuknya pada bibirku, menandakan supaya aku diam. Aku akur. Aku cuba tenangkan degupan jantungku yang tengah abnormal ni. Chill, Maira. Jangan panik. Kita dengar dulu apa dia nak cakap. Lisa buka mulutnya.

"I... I dah lama tau pasal identiti you. Lepas kita jumpa kat pejabat papa... I hacked fail penduduk tempatan bandar ni. And then I jumpa gambar sebenar you.. as Maira. I put your image as Iqa and search for a match. Turns out, Iqa and Maira are the same person" Jelasnya sambil mengalihkan jarinya dari bibirku. Aku telan liur dengan payah. Apa motif dia..? Mesti ada sesuatu yang dia nak, kan??

"What do you want? Your motive?" Soalku.

Kepalanya disengetkan ke kanan sedikit. Mukanya merah dan hujung telinganya juga memerah. Entah kenapa jantungku bagaikan ditarik. Comel.. Maira!!! No, ingat dia ni mungkin nak gunakan kau dan gagalkan misi kau! Ini bukan masanya nak develop silly crush!! Jarinya bermain di hujung bajunya dan kemudian memandangku di mata semula. Dalam anak mata dia... aku nampak suatu kilauan.. bukan nafsu, bukan godaan atau gembira.. tapi, takut... anxiety dan risau yang bermain di matanya. Sesuatu yang aku tak tahu pun wujud dalam diri dia. Tiba2 badan aku terasa nak capai dia dan peluk dia, tenangkan dia, tapi.., tak boleh.. Aku tak boleh... Aku takut.. Aku takut dia main2kan aku.. berlakon. Aku nak percayakan dia tapi.. tak boleh.

"I... I nak.. you couple dengan I."

Aku lepaskan satu keluhan. Seriously? "Why? Kenapa awak beria nak saya kapel dengan awak..?" Soalku sambil memeluk tubuhku. Mataku tertacap pada matanya, cuba mengorek seribu satu muslihat dan rahsia yang dia sembunyikan. Peliknya... tak ada.. Mustahil.., aku selalunya dapat baca pemikiran seseorang tapi dia.. lain..

Kali ni tangan kanannya mencapai tanganku. Dia memegang tanganku erat dan melukis bulatan2 kecil pada backhand aku menggunakan ibu jarinya. Aneh.., aku rasa tenang begitu.. Nampak tak efek dia kat aku memang besar. Haih.. "S-sebenarnya.." Suara dia serak. Jadi, automatik mataku mencari matanya. Berair. Biar betul... Lisa, seorang yang licik dan degil ni nak nangis..? Tapi, aku tetap tak bergerak. Langkah berhati2.

"Papa... akan kahwinkan saya dengan King.. kalau... saya tak ada pasangan lagi.." Bisiknya. Jantungku bagaikan ditikam. Pertama, sebab dia mungkin akan kahwin dengan cina lahanat tu and kedua, dia nak gunakan aku sebagai jalan keluar. I mean, come on, aku pun manusia juga. Dia tak boleh sesuka hati mainkan perasaan aku. Kalau aku terima, ia akan jadi one-sided relationship. Yalah, kalau aku sorang je syok kat dia tapi dia tak syok kat aku.. Jap, aku syok kat dia?? Parah ni Maira..

"Oh.." Balasku dengan pokerface. Takde perasaan. Kau fikir emosi apa yang sesuai buat masa ni? Gembira? Menangis? Heart broken?? Yeah, yang ketiga tu berkemungkinan besar. Muka Lisa diangkat dan memandang aku lepas mendengar jawapanku. Bila nampak tiada sebarang emosi di mukaku, Lisa menarik lenganku dalam dakapan dia. Nak pujuklah tu.. "Why me..?" Soalku sekali lagi. Kini suaraku ada sedikit emosi, iaitu kesedihan. Matanya membesar lalu memandang pada tangan kami yang disatukan. Dia memicit tangan aku sekali. "Cause.." Sekali lagi, suara dia serak. Aku rasa suaraku juga sama. "Cause.., I- I think..." Dia berhenti dan memandang mata hitam aku dengan sepasang mata hazelnya.

"I like you, Maira.."

"Oh.." Mataku dilarikan. Tapi, dia memotong bicaraku. "Not as a friend. But, I like like you.. More than a friend" Entah mengapa hati aku berbunga dengar pengakuannya. Aku memandang matanya, lama. Aku boleh nampak kejujuran dan keikhlasan dalam matanya. 'I like like you too' tapi aku tak luahkan. Aku tak boleh biarkan urusan personal aku menjejaskan misi ni, jadi aku diam. Sekali lagi, keluhan aku lepaskan. Inilah apa yang aku takutkan. Aku menarik tanganku daripada genggamannya. Badanku bergerak menghadap pintu. Tombol aku capai dan sebelum aku pulas, aku memandang dia tanpa menghadapnya.

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now