File 13 - "Kau...jijik ke dengan aku..?"

4.3K 190 20
                                    

Syaz berdiri di depan aku dengan keningnya terangkat sebelah, menunggu jawapan aku. Selepas satu deheman dilepaskan, aku tengok dia pada matanya, nak tunjukkan yang aku jujur. "Tak.. Takde sesiapa tau pasal identiti aku" Jelasku lalu menunggu respon dia. Syaz hanya mengangguk faham lalu melangkah ke arah aku dan ambil bom di tanganku tadi. Diangkatnya bom tersebut kat paras matanya, meneliti alat tersebut.

"Hmm.., betul analisis kau. Bom ni alirkan cas elektrik yang besar untuk mencipta haba yang tinggi. Dan suspek tu... kau rasa sape?" Soalnya kembali kepadaku. Aku memegang daguku sambil berfikir. Siapa yang mencurigakan..? Otakku tak boleh berfikir, tambah pula dengan apa yang jadi antara aku dengan Lisa tadi. Aku urut dahiku sambil lepaskan keluhan. Badanku aku rendahkan dalam posisi mencangkung.

"Entahlah, Syaz... Aku pun tak boleh nak syak sesiapa..."

Dia mencangkung di sebelahku. "Oke... Apa kata kau keluar cip dari cermin mata kau dan bagi padaku. Entah2 aku ternampak apa2 yang tak kena" Cadangnya sambil menghadiahkan senyuman kecil. Aku berfikir sejenak. Apa yang aku buat dengan Lisa semalam tak dirakam, sebab aku buka dan letakkannya atas meja, untuk cas bateri. Yakin rahsia aku selamat, aku buka cermin mata dan cabut cip memori daripada cermin mataku dan berikan pada Syaz. Kemudian, aku masukkan cip memori baru yang kosong.

"Alright, er.. aku nak tanya ni.. Kau kena jujur tau" Soalnya tiba2 selepas masukkan cip tadi dalam walletnya. Aku memandangnya dan meneliti apa muslihat dia. Kekadang, dia ni macam musang... licik. Nampak aku bagi green light, dia terus tanya, "Apa yang berlaku kat kau semalam? Sebab perangai kau lain hari ni." Aku batuk kecil lalu membuka mulut untuk menceritakan apa yang berlaku. Yalah, dia ni rakan sepasukan. We need to trust each other, right?

"Last night..., Lisa.. confessed.. D-dia nak aku kapel dengan dia..." Ujarku, jujur. Mata Syaz buntang. Mukanya mempamerkan ketidakpercayaan. Sebelum dia buka mulut aku potong dia, "She wants to because... her dad will forces her to marry... King" Jelasku lagi. Kini, mulutku terasa berpasir. Sedih campur heartbroken mula menyerang aku. Damn it!

Syazwan memandang aku kini reaksi pelik menggantikan reaksi terkejutnya tadi. "Who the fuck is King?" Aku menggeleng, tanda tak tau tapi aku bagitau dia yang King ada kat dalam memori cip tu, budak rambut blonde. Lelaki di sebelah aku mengangguk faham sambil berooh. Kedua2 tanganku memegang kepalaku, "Apa.. apa patut aku buat...?"

Dia berdengung sambil menggaru pipinya. Kemudian dia berpaling ke arah aku. "Well, if she wants you as an escape, why don't you use her too?" Aku memandangnya hairan. "Use her for what?"

"To complete our mission. Think about it, Maira... Kes ni akan setel lebih cepat dan kau boleh blah dari situ. Kau dah tak payah hadap pompuan tu lagi. Kalau dia gunakan kau, kau gunakan dia balik! It's a win-win situation!!" Jelasnya sambil tersenyum teruja. Aku memandang dia, terkejut. Biar betul...? T-tapi bila fikirkan balik... aku memang suka kat Lisa.. tapi tak boleh sebab dia anak musuh... jadi, ni peluang yang besar untuk aku rasa nikmat bercinta dengan dia... Lagipun, dah 8 tahun aku tak kapel..

"Ke... kau jijik? Yela, sebab kau perempuan dia pun perempuan.." Soal Syaz sekali lagi, membuatkan aku sedar semula. Cepat2 aku menggeleng. "Nope... I'm a pansexual. Tak kisah pun dia tu jantina apa... So, aku tak rasa jijik. Kau... jijik ke dengan aku..?" Soalku pula sambil memeluk lututku. Kali ni giliran dia pula untuk menggeleng.

"Of course no. I don't care about your sexuality. As long you are a good friend, I'm okay with you" Senyumnya. Aku membalas dengan senyuman kecil. And apa yang si Syaz cakap tu ada betulnya. Kes ni setel je, aku blah dari sini. Pergi luar negara, pindah sana. Aku mengangguk. Tiba2 badanku terasa adrealine mengalir. Aku rasa berani.

"Okay, Syaz... I'll do it"

-

Aku turun dari kereta Uber yang aku order dan berjalan menuju ke bangunan syarikat pinjaman bos. Aku scan kad id aku dan pintu sliding tu terbuka luas. Aku melangkah dan tak sempat nak menuju ke lift, aku dengar suara orang marah2..

Jap.. Tu suara..

Lisa..?

Aku berjalan ke bilik di sebelah lift. Bilik istirehat. Aku buka pintu pelan2 dan nampak Lisa kena tolak atas sofa dan atas dia figura...

King!

Lahanat punya cina. Muka Lisa dah tunjuk reaksi ketakutan. Air mata mula bergenang di matanya. Aku tak boleh tahan lagi. Langkahku laju ke arah sofa tersebut dan aku tarik badan King. Lelaki tu jatuh di lantai dengan reaksi terkejut. Aku capai Lisa dan peluk dia. Mula2 dia terkejut dan cuba nak tolak aku tapi lepas aku pujuk dia, dia terus peluk aku ketat2. Cina tu bangun dan tunjuk ke arah aku, "Oi!! Kau ni kenapa?!"

Aku pandang dia dengan amarah. Perutku rasa macam nak meletup je rasa marah dia. Aku jerit kat dia, "Aku yang patut tanya kau soalan tu!!" Badan Lisa aku rapatkan lagi sebab aku perasan yang mata mamat tu melilau kat badan Lisa. Tali leher King tak diikat dan butang baju atasnya terbuka. Sial. Kat sini kau nak buat projek..?! Projek paksa pula tu!! Mataku tertacap pada baju Lisa pula. Kolar tshirtnya dah dilondeh sampai dedahkan bahu kanannya. Tali bra hitam juga terdedah. Gigiku ketap sekuat2nya. Jahanam!

"Suka hati akulah nak buat apa kat dia! Dia future wife aku! Kau duduk diam2 tepi and enjoy the scene jelah!" Jawabnya sambil tersenyum sinis. Fuck, dah membuak2 perasaan marah aku ni. Mark pun muncul dalam bilik. "Apa hal ni?!"

King tunjuk ke arah aku, "Pompuan ni sengaja kacau masa private aku dengan Lisa!" Mark pandang aku. Kemudian, pandang Lisa kemudian pada aku balik. Mata dia tunjukkan perasaan bersalah dan sedih. "Iqa... King ada hak.. Sebagai suitor dia. Lagipun, bos dah bagi kebenaran." Walaupun tak nampak tapi aku tau yang Lisa rasa sedih sekarang ni... Okay, that's it. Aku tau perangai Lisa teruk, tapi perangai dia tak seteruk manusia yang digelar bapa Lisa dan makhluk bernama King.

"Well.. Kau tak boleh sentuh dia! Aku tak benarkan!"

King ketawa, "Kau?! Sape kau?! Ha?!"

"Aku sebagai bodyguard dan girlfriend dia tak benarkan kau sentuh walaupun sehelai rambut dia!"

Reaksi manusia2 dalam bilik ni speechles dan terkejut. Mata Lisa bercahaya; gembira. Mata Mark pula tunjukkan dia terkejut tapi gembira. Si King pula lain cerita. Marah dan dendam hias wajah dia. King pandang Lisa. "Woi, bitch! Betul ke ni?!"

Lisa terkejut dan peluk aku lebih erat. Aku lontarkan pandangan maut pada King. Tak sempat aku nak balas si Mark pegang bahu King dan heret dia keluar.

"What the fuck are you doing, asshole?!"

"Sori, King.. Tapi, macam perjanjian.. Kalau Lisa dah ada teman, tak kisahlah perempuan atau lelaki, kau bukan suitor dia lagi" Ujar Mark sambil cuba sembunyikan senyumannya.

"That's bullshit!"

Kemudian, perkataan2 kesat yang King lontarkan semakin lama semakin hilang. Begitu juga figuranya. Aku lepaskan keluhan kecil dan duduk atas sofa bersama2 Lisa. Lisa masih memelukku, kepalanya diletakkan di dadaku manakala kedua2 tanganku aku rangkul badan kecilnya. Kolar bajunya aku betulkan dan lipsticknya yang comot, aku tolong lapkan.

"He.. kissed you?"

Matanya berair sekali lagi dan dia bisik "I'm sorry" lalu benamkan kepalanya pada dadaku. Aku tenangkan dia. Usap belakang badannya atas bawah, pujuk dia. "Kalaulah saya sampai awal.. benda ni.. takkan jadi kat awak.." Ujarku tergagap2. Aku pun nak nangis juga ni, yela orang yang kau suka dan sayang kena cabul dengan jantan pervert. Konfem kau ngamuk. Lisa pandang aku sambil menggeleng.

"It's okay... He didn't go far. Thanks"

Aku balas dengan kucupan di dahinya. Kemudian, mataku bertentangan dengan matanya. "Oh, and fyi, what I said about being your girlfriend is a truth" Ujarku sambil tersenyum lebar. Sengihan besar melekat kat muka cantik Lisa dan tanpa amaran dia lekapkan bibir dia pada bibir aku.

Senyumanku semakin melebar.

Done another chapter! Nampaknya ada progress juga citer ni.. Haha, pada mulanya aku macam nak giveup dan biar citer ni tergantung tapi ada member bagi kata2 semangat, terus aku tak jadi nak giveup. Hehe.., anyway, selamat hari raya kepada korang2 yang tengah baca chapter ni. Thanks again for reading and waiting for this story. Korang punya sokongan, vote dan komen pun buat aku tak jadi nak give up.

Leave votes, comments and share this story. Kita jumpa kat next update!! Bye2!! 😁

Miztique__

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now