File 18 - "It's my turn now~"

5.3K 166 19
                                    

|WARNING!!| Bab ni ada scene matured. Jadi, sesiapa yg tknk baca boleh skip chapter ni. Bukan ada apa2 maklumat besar pun untuk bab ni. So, happy reading, or skipping, I think.

Senyuman besar jelas kelihatan melekat di muka bos. Dia mengucapkan tahniah dan good job kerana aku dah jalankan tugasku. Selepas beberapa pujian daripada dia dan beberapa staff yang lain, sebuah sampul surat yang tebal dihulurkan padaku. Disebabkan aku takde mood, jadi aku hanya terima saja. Sampul tersebut aku buka dan kedua2 mataku terbeliak.

RM 10 000 adalah isi sampul tersebut.

-

Aku duduk di kerusi pemandu keretaku sambil merenung sampul surat dalam genggaman aku. Jantungku bagaikan tak berdegup. Aku seolah2 seperti zombi. Sepatutnya orang rasa gembira dan bersyukur bila dapat duit sebanyak ni, tapi ni duit haram. Apa yang aku patut rasa adalah bersalah dan berdosa... tapi aku tak rasa pun. Bersalah ataupun kepuasan. Apa yang aku rasa sekarang ni cuma... kosong.

Sekali lagi aku buka sampul tu dan lihat duit yang berkepuk kat dalam tu. Akhirnya aku buat keputusan yang tak ramai orang buat. Aku melepaskan keluhan dan turunkan tingkap keretaku. Serta merta aku buang sampul tersebut atas jalan. Satu persatu kenderaan lalu di situ, melenyek duit tersebut. Tapi, aku tak rasa rugi. Untung pun tak. Akhirnya, aku hidupkan enjin dan pandu pulang ke penthouseku.

-

Perlahan2 pintu rumah aku tutup dan kasut kulitku aku tanggalkan dan biarkan di depan pintu. Langkahku aku korak perlahan2 menuju ke peti ais. Aku buka pintu peti ais dan keluarkan sekotak susu dutch lady strawberry. Pelik, selalu aku minum coklat je. Tapi, dah dua tahun si Lisa duduk ngan aku, aku asyik minum strawberry je. Apa2lah. Aku buka penutup dan minum macam tu je dari kotak. Lepastu aku letak balik dan tutup peti ais.

"Pakai cawan lain kali. Tak senonoh buat macam tu" Satu suara yang dah jadi sebati dengan aku menegurku dari belakang. Aku menoleh dan nampak si dia. Berdiri dengan baju tshirtku dan seluar pendek. Rambut pinknya yang dah pudar diikat dalam bentuk messy bun. Aku hanya mendiamkan diri. Tangan kanannya ada henfonnya. Dia berjalan ke arah aku dan cuba mencapai tanganku. Tapi, aku menarik tanganku jauh darinya. Aku rimas.

"Yalah.., saya tak buat lagi dah.." Ujarku dan cuba untuk berjalan melepasi Lisa. Tapi, sekali lagi dia menghalang. Kali ni, dia peluk aku. Wangian bubblegumnya menusuk ke hidungku. Wangi. Tapi, entah kenapa aku rasa pening dan rimas. Jadi aku cuba leraikan pelukan tu tapi tak berhasil. Sejak bila dia kuat sampai macam ni?

"Maira, kenapa buat macam tu?"

Aku berhenti bergelut. Kepalaku diteleng ketepi, keliru. Apa dia merepek ni? "Kan saya dah cakap saya minum pakai cawan lain kali. Ish, it's not a big problem anyway" Omelku sambil memegang kedua2 tangannya dan leraikan pelukannya. Tapi, pergerakan aku terhenti bila aku nampak mata Lisa memandangku dengan mata yang penuh perasaan takut. Tiba2 jantungku bagaikan dipicit. Perasaan pertama yang serang aku adalah risau.

"H-hei... kenapa ni?? Ala.. pasal air je pun.. takkan awak ambil serius-"

"Bukan pasal air.."

Aku berhenti bercakap. Aku mengangkat mukanya dengan kedua2 tanganku. Apa? Apa yang dia maksudkan? Mataku mencari anak matanya; cuba mencari apa yang dia maksudkan. "Habis tu...?" Bisikku, hiba. Kenapa dia macam ni. Henfon dalam tangannya dihulurkan padaku. Dia masih senyap. Aku ambil henfon tu pelan2 dan tengok apa yang disiarkan kat skrin tersebut. Jantungku terhenti.

Berita Harian: 200 mangsa maut dan 2300 mangsa cedera parah akibat letupan di Sogo.

Mulutku dibuka kemudian aku tutup semula. Aku tak tau nak cakap apa. Tak boleh nak fikir apa nak respon. Mataku berpinar, kepalaku pening. Kenapa ni..? Aku berpaut pada bahu Lisa. Badanku diturunkan sehingga aku melutut, kepalaku dibenamkan di perutnya. Kehangatan badan ni sama macam kehangatan badan Mira.

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now