File 17 - "Raksasa tu adalah aku.."

3.6K 156 15
                                    

Pagi tu sebelum aku bergerak ke Sogo, aku kena jumpa Mark. Nak ambil bom dari dia. Sampai je kat ofis dia, lelaki cina berambut perang tu menyapa aku dengan sebuah senyuman besar di mukanya. Aku membalas tapi senyuman yang lemah. Dia minta aku tunggu sekejap and then dia muncul semula dengan sebuah beg gym. Aku mengambil tali beg tersebut dan galasnya di bahu kananku. Selepas aku ucap thanks, aku mengorak langkah untuk keluar ofis, tapi si Mark menghalang.

"Iqa, jap"

Aku memberhentikan langkahku dan memusingkan badanku untuk tengok Mark. Riak wajahnya jelas yang dia risau. "Kau oke?? Kenapa kau macam takde mood je?" Aku buka mulut tapi takde apa2 yang keluar, jadi aku tutup balik mulutku. Aku ingat yang si Lisa kata aku boleh percayakan abang tirinya. Sebab dari dulu rahsia Lisa memang dia ceritakan kat abang dia. Kalau Lisa percaya, aku pun percaya.

"A-akak.. sedara aku.... kena culik..."

Matanya buntang meminta kepastian. Disebabkan aku taknak malukan diriku menangis depan dia, jadi aku on telefon aku lepastu buka mesej nombor unknown hari tu. Muka Mark bertambah pucat. Tanpa aku sedar, Mark menarik badanku ke dalam dakapannya. Hangat. Walaupun, badannya tak selembut Lisa, tapi aku selesa. Dia mengucapkan takziah dan seperti tadi, aku hanya mengangguk. Kemudian, dia meleraikan pelukan kami.

"Aku akan cuba cari sedara kau tu. Sebab kalau kau sedih, Lisa pun sedih. Lagipun, aku dah anggap kau sebagai keluarga aku dah"

Aku hanya mampu tersenyum.

-

Bangunan Sogo di hadapan aku. Kali ni penyamaran aku adalah sebagai seorang engineer. Uniform biru dan beg gym pemberian Mark tadi disandang di bahu kananku. Aku menyarung topi yang sepadan dengan uniformku dan sepasang cermin mata hitam. Sekali lagi, aku cuba menenangkan diriku. Akhirnya, selepas aku lepaskan satu keluham besar, kaki kananku menapak ke dalam mall tersebut.

Ramai orang hari ni. Well, hampir setiap hari bangunan ni penuh dengan manusia, cuma hari ni terlebih ramai pula. Maybe sebab weekend, I don't know. Aku bergerak ke ofis pentadbiran tempat tu. Setibanya di sana, seorang guard berbangsa bangladesh tanya aku apa urusan aku kat situ. Bila aku dah tunjukkan kad aku, dia terus bagi masuk.

Aku memberitahu manager kat situ yang pihak atasan minta aku untuk menyelenggara lift2 kat sini. Tak nak berlaku kemalangan. Heh, walaupun, aku 'selenggara', tempat ni akan musnah juga nanti! Aku menggeleng, aku tak boleh despair sekarang. Ini adalah tugas, aku cuma jalankan tugas. Selepas pihak manager bagi green light dan diorang buat announcement yang lift2 akan berhenti berfungsi untuk sementara waktu, aku terus bergerak ke lift pertama di bahagian barat.

Aku masuk bersama2 beg gym dan sebuah tangga yang aku ambil dari stor ofis tadi. Aku letakkan di tengah ruangan lift tu dan kemudian aku panjat. Aku buka pintu kecil di siling lift tu, dan teruskan panjat sehingga upper body aku berada di luar lift. Aku angkat beg gym tu bersama aku dan keluarkan sebuah bom yang berbentuk bulat. Sama macam bom yang musnahkan kereta aku. Bos kata dia nak pihak polis syak ni kerja orang dia sendiri. Heh, ironik kan?? Aku yang sememangnya polis, akan bomkan lift kat salah satu mall terbesar di Malaysia ni. Dah siap pasang, aku turun dan tutup pintu tersebut. Aku keluar dari lift dan bagitahu pihak manager yang lift ni boleh jalan. Aku gerak ke lift di bahagian timur pula.

Seperti tadi, aku panjat tangga dan pasang bom di atas lift. Selepas dah setel, aku macam tadi, bagitau ofis yang lift kat sini boleh operasi. Masa aku pasang bom2 ni aku takde perasaan dan mindset aku berulang2 cakap, 'Ni tugas, ni arahan, kau kena buat. Ni tugas, ni arahan, kau kena buat. Ni tugas, ni arahan, kau kena buat.' See, like a lifeless robot. Tapi, bila aku kat lift bahagian utara mall ni, tiba2 aku rasa jantungku bagaikan ditarik. Tiba2 rasa sakit. Aku menggeleng. Cepat habis, lebih baik. Aku dah keluarkan bom tu dari beg dan nak panjat tangga, tiba2 aku nampak muka 'dia' kat dinding lift. Dia pandang aku dengan pandangan yang berat, mukanya sedih. Seolah2 merayu agar aku berhenti. Mataku tutup ketat2 dan terus panjat dan pasang bom tersebut. Dah setel, aku cepat2 keluar dari situ dengan beg dan tangga.

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now