File 6 - "You ni boleh tahan bengap, eh?"

4.2K 173 9
                                    

Pagi ni aku dah terpacak kat depan bangunan pinjaman wang milik bos. Aku hanya mengenakan kemeja petak2 berwarna biru dan di dalamnya tshirt hitam dgn tulisan supreme berwarna putih. Kemeja tersebut aku biar tak berbutang. Seluar pula ripped jeans hitam. Kepalaku pula disarungkan beanie. Sejujurnya aku rimas dengan semua ni tapi, aku bukan Maira di depan mereka. Aku Atiqa. Penyamaran tetap penyamaran.

Tiba2 pintu utama bangunan tersebut terbuka dan keluarlah perempuan yg selalu mengganggu tidurku. Dia mengenakan sleeveless blouse hitam dan skirt jeans berwarna merah yg paras atas lututnya. Dipakainya high heels boots berwarna coklat gelap. Baru aku perasan yg minah ni memang suka pakai high heels. Kalau dia pakai sneakers mesti pendek je dia ni.. Rambut pinknya pula diikat menjadi messy bun dan mekap dimukanya tak berat sangat. Overall, she's beautiful and breathtaking like always. Semakin dia dekat semakin kuat bau wangian bubblegumnya. Aku menelan liur dgn susah payah. Shit, pagi2 kot, jangan buat hal boleh tak, wahai hormon?!

Dia berhenti di depan aku lalu menghadiahkan sebuah senyuman besar. "Morning!" Perutku bagaikan ditwistkan. Manisnya senyuman tu. Automatik satu senyuman kecil muncul di mukaku. "Morning, miss Lisa. Cik nak pergi mana2 ke??" Soalku sambil memerhati beg kecil yg disandangnya. Lisa ketawa. Suaranya aduhhh... menggigil tulang sum2 aku dengar tawanya. Indah betul! "Tak payahlah bercik2 sgt.. panggil je Lisa and I will call you, Iqa. Got it?" Ujarnya dengan ton menggoda. Cepat2 aku mengangguk.

"E-erm.., jadi cik- ah sori, ehem, jadi L-Lisa nak pergi mana2 ke??" Soalku tergagap2. Nampak tak apa dia buat kat aku? Macam kena sihir! Rasanya dia ni memang bunianlah.. Dia memuncungkan bibirmya sambil meletakkan jari telunjuknya di dagunya, acah2 tgh berfikir. Comel betullah. Baru aku perasan pipi dia ni boleh tahan tembam gak eh.. Tiba2 dia memetik jari, mengembalikan aku ke dunia realiti. Senyumannya membesar bila nampak aku terkejut tadi.

"Actually, yes. I rasa sempat lagi kalau nak breakfast dulu sebelum pergi kelas I" Jap, apa? Kelas? Lisa melihat jam tangannya lalu mengangguk kepastian. "Yep, kelas I start kol 9:40. Kita ada banyak masa lagi. So, shall we?" Soalnya sambil memeluk lengan kiriku. Oh, no.

"Wait, class? Awak masih belajar?" Soalku sambil menarik lenganku jauh dari dakapan dia. Serta merta aku menyesal buat macam tu sebab muka dia monyok sekejap. Kejap je lepastu kembali poker face. But, aku still rasa serba salah. Lisa mengangguk. "Yup, at USM" Mulutku terlopong. USM??! What the fuck?! Sekali lagi, lenganku ditarik Lisa. "Jomlah, I lapar.." Rengeknya sambil memandangku dengan mata hazelnya yg bulat.

Kali ni, aku tak menarik tanganku semula tapi aku hanya mengangguk lalu mengiringnya ke kereta SUV hitam yg bapak dia bagi kat aku.

-

Kitorang berhenti untuk makan di sebuah kafe ala2 western di kawasan bandar ni. Lisa memesan chocolate chips pancake dan semug koko panas manakala aku hanya memesan milkshake coklat. Sementara menunggu pesanan kami siap, Lisa mengajak aku berbual2 dgnnya sekali lagi. Rupanya budak ni taklah seteruk yg aku sangkakan. Dia tak asyik nak goda aku je memanjang. Fuh, nasib baik.. Kalau tak, rasanya aku dah lama pengsan.

"What? Papa didn't told you that I'm still studying?" Ujar Lisa sambil membesarkan matanya, terkejut. Aku hanya tergelak kecil sambil mengangguk. Cermin mataku aku betulkan. "Yup, tu sebab saya terkejut. I thought you already graduated. Anyway, course apa Lisa ambil?" Soalku sambil menopang kepala. Dengan kedudukan kitorang di sebelah tingkap, muka si Lisa memang bercahaya dan glowing. Pilihan yg bagus, Maira.

"Medic" Jawabnya ringkas lalu mencapai sekeping biskut coklat yg disajikan pada kami sebagai pembuka selera. Kali ni, giliran aku pula yg terkejut. "Medic? Wow! Saya ingatkan awak ambil bisnes.." Ujarku sambil meliarkan pandangan aku pada gadis di depanku. Ah, dia ada tatu kecil di collarbone dia. Tapi aku tak nampak bentuk apa. Lisa mengeluh lalu menyandar di kerusinya, "Haih, ramai yg cakap macam tu. Papa pun marah dgn I sebab ambil medic but it's been years now. Dan syarikat papa, abang tiri I yg akan jaga." Jawabnya sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Aku mengangkat kening. "Oh? Siapa?"

Dia menjawab tapi masih memandang ke luar, "Mark." Sekali lagi, aku terkejut. Wow, what a small world. Patutlah, bos rapat je dengan si Mark tu. Akhirnya, Lisa memandang aku. "How about you? You still study lagi ke?" Soalnya sambil menyilangkan kakinya, hujung bootnya terkena betisku di bawah meja. Aku menuding jari ke arah diriku, "Dropout course seni." Oke, tu half lie and half truth. Aku memang tak sempat nak sambung belajar kat mana2 U tapi, seni? Memang minat aku. Dulu, kalau aku tak masuk akademi polis, memang aku amik course seni ni. Hobi aku sampai sekarang melukis. Riak wajah dia menunjukkan amusement, senyuman kecil bermain di bibirnya. "Oh, really? A dropout? Umur berapa?"

Beanie di kepala aku tanggalkan dan betulkan lipatannya lalu memakainya semula. Aku tau sepasang mata hazel asyik memerhatikan aku tapi aku biarkan je. "23" Senyuman Lisa melebar, "I'm 21. You're quite young to be a dropout,don't you think?" Aku hanya mengangkat bahu. "Nah, I need this job more"

Kitorang berhenti berbual bila seorang waitress berambut curly hitam dan memakai tank top yg ketat, datang menghantar pesanan kami. Dia meletakkan air Lisa di depannya dan milkshakeku di depan aku. Badannya dilentokkan sedikit ke arah aku. Mungkin dia ni ada masalah tulang belakang kot? Jadi, aku tak kisah sgt. Tapi, Lisa pula tak. Mata dia seolah2 menikam waitress tersebut. Kenapa dia marah? Waitress ni hantar minum je.

"Makan kejap lagi siap. Boleh tunggu kan~?" Soalnya sambil senyum padaku. Aku menyedut minumanku lalu mengangguk dan tersenyum. Tapi, dia tak berganjak. Huh, apa dia nak? "Oke, kami faham. Boleh tinggalkan kitorang,tak?" Lisa berdehem dengan kuat. Waitress tadi memandang Lisa dan mereka berdua menjeling satu sama lain agak lama. Akhirnya, pelayan tu beredar. Oleh sebab betapa tegang dan awkwardnya situasi tadi, aku membuka cerita lain pada Lisa.

"Oh, awak 21? Sebaya adik sayala.." Dia menoleh ke arahku lalu tersenyum. Matanya menunjukkan yg dia berminat nak tahu. "Oh really?? Apa nama dia?" Aku tersengih lalu menjawab, "Tasha. She is my one and only sibling that I have" Ujarku tapi nadaku tidak segembira tadi. Lisa perasan perubahan mood aku jadi dia meletakkan tangannya diatas tangan kananku. Mukaku aku angkat dan mataku bertemu matanya. Dia tersenyum kecil. Senyuman ni lain dari yg dulu. Senyuman ni ikhlas, penuh makna dan seolah2 memahami kesakitan yg aku lalui. Aduh, Lisa don't do this.. Aku dah rasa lain kat kau. "Hey, are you okay?" Bisiknya. Aku menelan liur dan memaksa untuk senyum. "Yeah, it just-"

Ayatku dipotong apabila pelayan tadi kembali dan meletakkan pancake pesanan Lisa di depannya dengan kasar. Mata Lisa membulat dan menjeling pelayan tadi. Waitress tu pula, buat2 tak nampak dan meletakkan sepinggan pancake biasa di hadapan aku. Aku memandangnya hairan. "Uh.., saya tak pesan ni.." Ujarku sambil menunjuk ke arah pancake di depanku. Senyuman waitress tersebut melebar, "It's free" Aku hanya mengangguk dan menyedut milkshakeku sekali lagi. Tak sempat aku nak capai garfu, pelayan tadi tergelak kecil. Jari telunjuk kanannya mencuit krim yg tertinggal pada bibir atasku lalu lap pada sehelai napkin yg dia bawa sekali. Aku tak nampak tapi Lisa sekarang ni practically sedang 'membunuh' pancakenya. "Memang saya nak berborak dgn awak but duty calls. So, come again tomorrow, yeah?" Kemudian, dia blah dari mejaku dan masuk ke dapur semula. Aku memandang napkin tadi dan perasan ada nombor tertulis kat situ. Mungkin nombor kafe ni? Oh, diorang ada buat delivery ke?

Aku memandang Lisa dan tersenyum. "Well, that was random" Gelakku. Tapi, Lisa masih marah. Dia menjelingku. Lalu menyuap dirinya secebis pancake.

"You ni boleh tahan bengap, eh?"

Huh? Apa aku buat sampai kena panggil 'bengap'? Aduh, pening ah. Jadi aku hanya tergelak nerves dan makan pancake free tadi tu. Yela, rezeki kan tak baik tolak. Sambil2 makan tu aku perhati je Lisa. Hehe, dia ni tengah marah pun comel.

Okey, Maira. Stop it.

Yeay! Updateee!!! Korang boleh pasang bunga api dan raikan! Apapun chapter kali ni mungkin agak terabur gaya penulisannya (cewah ayat) tapi whatever, cause I'm tired and sleepy like hell! Aku nak tidur. Jadi, harap2 korang gembira dgn bab ni. Disebabkan Maira terlalu bengap, sesiapa boleh bagitau kenapa si Lisa tu marah sgt? Oke? Oke, thanks. Anyway, drop votes and comments, yea? Dan silalah tunggu utk beberapa tahun lagi utk next chapter (aku tak main2). Babai, semua!

Miztique__

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now