File 0 - "Thanks.. For not giving up on me"

9.7K 235 14
                                    

Aku mengemas barang2 aku dan masukkannya ke dalam kotak. Aku menggalas beg sandang campingku sambil mengangkat sebuah kotak yg penuh dengan barangan aku. Untuk kali terakhir, mataku melilau di bilikku.

'Akhirnya aku dapat digelar sebagai pegawai polis' ujar hatiku. Bilik ni merupakan bilik dorm yg dikongsi hampir 12 org. Katil double decker. Kiranya 6 buah katil je. Takde hallah. Aku tersenyum. Segala pahit manis aku bersama roommate2ku kini tinggal kenangan. Majlis graduasi akademi yg baru dua minggu berlalu masih segar dalam kotak memoriku.

"Dan sekarang, pelajar cemerlang dari akademi yg menunjukkan disiplin yg bagus, keberanian yg kuat dn jiwa yg kental. Dia tdk gentar menghadapi ujian2 di akademi dn jujur dlm menjalankan suatu amanah. Sy mempersilakan, Nur Maira Natasha Ali" pengacara majlis menyebut nama aku dgn suara yg kuat. Gema satu dewan dengan bunyi tepukan, siulan dan pekikan2 yg berbunyi seperti beruk di zoo.

Tanpa membuang masa, aku bangun dan berjalan naik pentas dengan perasaan bangga dn gembira. Setelah ketua pegawai polis memakaikan lencana polis dan teg namaku, perasaan gembiraku melonjak naik ke bulan. Tabik aku balas. Aku melihat tetamu2 yg hadir, kelihatan En. Ali tersenyum bangga bersama2 Pn. Zarina, isterinya. Pada masa tu, air mataku mencurah2 mengalir tapi senyumanku tak lekang. Aku dh tk rasa segan nk meluahkan segala emosi di situ.

"Kakak!! Ayah dh smpai!!" Tasha menerjah masuk ke dalam bilikku. Senyuman lebar jelas terpapar di mukanya. Aku tersenyum pada adikku. Well, dia adik angkat but still. Umur kami beza 2 tahun. Dia 21 lah. Tapi, perangai dan personanya tak ubah macam budk2.

Beg polonya kucapai dengan tangan kiriku. Aku lihat wajahnya sekali lagi. "Jom balik"

_________________

Dalam perjalanan turun ke kwsn parkir kereta, kitorg tegur dn ucapkan selamat tinggal kpd sesiapa saja yg bertentang mata dengan kami. Tak sabarnya nk balik!

Tibanya di kawasan parkir, kami disapa dengan pelukan oleh ibu angkat kami, Pn. Zarina. Dia tdk putus2 kata yg dia bangga dgn kami berdua. Aku dan Tasha hanya tersenyum girang.

Sementara ibu berbual dgn Tasha, aku membuka bonet kereta dan masukkan brg2 aku ke dlm. Tiba2 aku terasa kepalaku disarungkan sesuatu. Tanganku mencapai kepalaku dn dapati ianya topi. Aku tersengih sambil berpaling untuk melihat En. Ali. Dia memelukku erat. Walaupun dia hanyalah ayah angkat, tapi aku tetap sayangkan dia mcm ayah sendiri.

"Group hug!!!" Jerit Tasha lalu melompat ke belakangku. Dia ketawa terkekeh kekeh. Ibu juga ketawa kecil lalu sertai group hug kami.

"Dah2 ayah nak lemas dh ni" gurau ayahku. Pelukkan dileraikan dn kami sama2 berdiri memandang ayah. Dia meletakkan tgn kanannya atas kepalaku dn tgn kirinya ats kepala Tasha.

"Ayah bangga kamu berdua dh boleh digelar sebagai polis sebenar. Jadi, mlm ni kita makan kat luar, raikan kejayaan ni. Minggu depan, korg akan mulakan tugas." Ujar ayah sambil menggosok kepala kami dengan tangannya. Aku membetulkan topi di kepala sambil merapikan rambutku sedikit. Tasha mengomel tentang tocang rambutnya dh tak betul sambil mengetatkan ikatan tocangnya. Halaaah, tocang je pun.

Kemudian, ayah memandu kami terus ke rumah.

______________

Ooof! Kepalaku jatuh dahulu menjejak permukaan tilam. Lega akhirnya dapat baring. Hari ni memang memenatkan. Seronok tapi penat.

Ayah mengumpul adik beradiknya untuk meraikan kejayaan aku dan Tasha. Kami dpt banyak hadiah dan pujian. Pak cik aku, Pak ngah Malek, merupakan ketua polis di department yg akan aku dan Tasha bertugas. Hoho, dh tau sape ketua tklah takut sgt. Kan??

Aku memusingkan badan, membuatkan badanku mengiring sebelah kanan, memandang Tasha yg nyenyak tidur. Aku senyum. Klu bukan kerana dia, dh lama aku tinggalkan dunia ni. Klu aku tk jumpa dia kat lorong tu, aku pasti dh putus asa. Masa silam aku gelap, aku tkde apa2 dulu. Takde ayah. Takde ibu. Takde sesiapa. Sejak dia mati, aku dh rasa tk berguna. Tapi, sebelum tu berlaku, Tasha muncul. Dia buat aku rasa berguna. Dia juga pendorong hidup aku dlm dunia yg gelap dan kejam-

"Tidur, kak."

Lamunanku terganggu dgn suara Tasha. Tk tidur lagi budak ni rupanya. Aku gelak, "Kau pun sama" Dia pun turut gelak. Sebelum dia sambung lenanya, sempat dia ucapkan ayat yg buatkan aku rasa gembira tk terhingga. "Thanks, kak. For not giving up on me..."

Aku tersenyum. Perasaan dihargai membanjiri diriku. Buat pertama kali dalam 23 tahun ni, aku rasa aku buat keputusan yg betul. Untuk terus hidup...

Alright! Chap 1 dh settle! Harap2 cerita ni dpt sy selesaikan dn tk tergantung. Jadi, enjoy this story guys! Keep supporting me guys! This will be my second book ...

Miztique__

My Bodyguard [√]Where stories live. Discover now