⇨6

160 19 0
                                    

Muka Seongwoo berkerut. Dia memandang Jungkook. Muka yang penuh dengan muslihat. Seongwoo berdecit.

"Who is she? Perempuan murah ke? "

Jungkook terus mengenggam tangannya. Sakit hati mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Seongwoo. Namun, dia cuba untuk memaniskan mukanya di hadapan Seongwoo.

"No. She's my girlfriend. I just want to let you know." Ucap Jungkook. Seongwoo tersenyum sinis. Dia terus keluar dari bilik pejabat Jungkook itu.

Dia menekan butang lif sehingga lif terbuka. Dia meloloskan dirinya di dalam lif.

Seongwoo melonggarkan tali lehernya. Panas. Panas kerana mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Jungkook.

Go Ha Jin. Dia yang punya. Bukan Jungkook. Bukan sesiapa. Hatinya masih terpaut pada Ha Jin walaupun mulutnya menindakkannya.

Seongwoo keluar dari lif lalu menuju ke keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya. Dia menumbuk stereng kereta banyak kali sehingga puas. Sehingga sakit pada hatinya ini hilang.

●•●•●•

Choi Eunmi. Itulah nama setiausaha Jeon Jungkook. Mempunyai rupa yang cantik dan menawan tetapi tidak dipandang oleh Jungkook.

Jungkook hanya melihatnya sebagai seorang pekerja dan seorang kawan. Dan ya, Choi Eunmi adalah junior sewaktu Jungkook bersekolah menengah.

Eunmi hanya memandang Jungkook dari luar pejabat. Muka Jungkook yang berkerut dan runsing itu menyebabkan dia susah hati.

Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah komputernya. Kerja yang diberi bertimbun di tepi mejanya. Dia menekan kekunci yang terdapat di papan kekunci untuk menyambung kerja yang tergendala.

[C]I Wait | SeongwooWhere stories live. Discover now