Hajin masuk ke dalam butik miliknya. Hasil perkongsian duit miliknya dan duit Jungkook. Sebenarnya, Jungkook mahu menaja butik ini termasuklah aksesori-aksesori yang perlu ada di dalam sesebuah butik. Namun, dirinya tidak bersetuju dengan Jungkook. Mereka mencapai kata sepakat setelah beberapa tawar menawar dilakukan.
"Morning" Ucap Hajin sebaik masuk ke dalam butik yang diberikan nama Jeongo's Boutique itu.
"morning, cik Go" Ucap semua pekerja yang berada di dalam butik itu. Mereka menunduk hormat kepada Hajin.
"Cik Go" Ucap setiausaha milik Hajin yang bernama Shin Haesoo. Hajin memandang Haesoo.
"Yes Haesoo. Kenapa?"
"Ada seorang lelaki sedang menunggu di dalam bilik cik. Dia kata, dia teman lelaki cik." Ucap Haesoo.
Setelah mendengar pemberitahuan Haesoo, Hajin terus pergi ke biliknya. Dia menggelengkan kepalanya.
"Bukan Seongwoo. Aku yakin" Ucapnya perlahan. Dia berdiri di hadapan pintu biliknya yang tertutup.
Hajin menarik nafasnya seketika untuk mengurangkan rasa gelisah di dalam diri. Dia mencapai tombol pintu dan membuka pintu tersebut.
Ya. Memang tepat sangkaannya. Lelaki itu Ong Seongwoo.
❤❤❤❤❤
Seongwoo memandang muka Hajin. Pucat. "Kenapa muka awak pucat sangat? Saya bukan hantu, sayang" Ucap Seongwoo. Majalah yang berada di tangannya diletakkan di tepi.
Dia bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Hajin. "Come in. Takkan kita nak berbual depan pintu. Nanti your workers curi-curi dengar pula" Ucapnya lagi.
Hajin membetulkan bajunya dan masuk ke dalam bilik tersebut. Dia duduk di atas kerusi pejabat. Menghadap komputer miliknya.
Klik!
Seongwoo mengunci pintu tersebut. "What are you doing?" Tanya Hajin. Dia risau jika Seongwoo mempunyai niat jahat terhadap dirinya.
"Lock the door. Saya tak nak sesiapa ganggu kita" Ucap Seongwoo. Dia mengukirkan senyuman buat Hajin.
Seongwoo perlahan-lahan berjalan ke arah Hajin. Hajin mula cuak dengan kelakuan Seongwoo.
Seongwoo tersenyum sinis. Dia mengepung Hajin yang duduk di kerusinya.
Seongwoo mendekatkan mukanya dengan muka Hajin. Hajin menutup matanya. Tidak sanggup melihat perkara yang akan dilakukan oleh Seongwoo selepas itu.
Seongwoo memandang muka Hajin. Rasa hendak tergelak apabila melihat muka cuak Hajin. Dia tersenyum.
Mukanya didekatkan dengan telinga Hajin.
"I love you, I miss you, my honey."
Hajin membuka matanya. Kata-kata yang dilotarkan oleh Seongwoo amat menyentuh hatinya.
Hajin merenung mata Hajin. Dia kemudian mendekatkan bibirnya dengan bibir Hajin.
"I miss your love, sayang" Ucap Seongwoo lagi. Dia menutup matanya dan terus mencium bibir mungil milik Hajin.
Hajin terkedu. Seongwoo ini begitu ikhlas menyayangi dirinya.
YOU ARE READING
[C]I Wait | Seongwoo
Fanfiction"kita berpisah"- Go Hajin "Okay, kalau itu yang awak nak. Tapi saya nak kita lupakan hubungan kita. Kalau kita berjumpa lagi kita buat-buat tak kenal"- Ong Seongwoo. Datang pula Jungkook untuk mengisi kekosongan Hajin. Namun, dia juga mempunyai hati...