⇨14

141 24 0
                                    

Jungkook mencapai telefonnya. Dia mendail nombor seseorang.

"Hello, aku nak berbual tentang sesuatu dengan kau. Ada masa tak?"

"........."

"Ok, kita jumpa di cafe berdekatan dengan bangunan pejabat kau. See you in 30 minutes"

Jungkook menamatkan panggilannya. Dia mengambil kot yang diletakkan di atas kerusi dan memakainya.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk" Ucap Jungkook. Setiausahanya iaitu Eunmi masuk ke dalam pejabatnya. Surat yang berada di tangannya diberikan kepada Jungkook.

Jungkook memandang surat tersebut dengan muka yang berkerut.

"Saya nak berhenti kerja"



❤❤❤❤❤

Jungkook masuk ke dalam keretanya. Dia memanaskan enjin kereta dan memandang surat berhenti kerja yang diberikan kepadanya sebentar tadi. Dia mengingati perbualannya dengan Eunmi.


"Saya nak berhenti kerja" Ucap Eunmi. Surat yang diambil daripada tangan Eunmi tadi terus terlepas daripada tangannya.

"But why? Awak dah lama kerja dengan saya and you're my junior. Saya dah percayakan awak 100%. Lagipun kita serasi" Ulas Jungkook. Surat tadi diberikan kembali kepada Eunmi.

"Saya tak boleh terima surat awak. I'm so sorry" Ucap Jungkook. Dia berjalan melewati Eunmi.

"Saya suka encik"

Jungkook memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya agar memandang Eunmi.

"No. You can't"

Eunmi memusingkan badannya menghadap Jungkook. Dia memandang tepat ke arah mata Jungkook.

"Sebab itu, saya nak berhenti kerja. Because I know hubungan kita setakat majikan dan pekerja" Ucap Eunmi. Rahsianya sudah diucapkan di hadapan Jungkook sendiri.

Eunmi mengalihkan pandangannya ke lantai. "Kalau encik tak terima surat itu, encik boleh ambil sebanyak masa yang encik nak untuk mencari pekerja yang baru. Saya akan cuba tahan hati saya daripada mencintai encik" Ucap Eunmi. Eunmi berjalan menjauhi Jungkook.

Kini, Jungkook pula terkedu mendengar kata- kata yang keluar daripada mulut Eunmi.


Jungkook kembali ke realiti. Dia perlu melupakan perkara yang dibualkan bersama Eunmi tadi.

Jungkook memandu kereta ke arah tempat yang dituju.

[C]I Wait | SeongwooWhere stories live. Discover now