➡20

123 20 0
                                    

"Hajin,Are you stupid? Kalau demam macam mana?"

Suara itu. Suara yang sentiasa diputarkan di telinganya sejak dahulu lagi.

Hajin memandang wajah lelaki tersebut. Wajah yang terlalu dirindui buat dirinya dalam jangka masa yang lama.

Lelaki tersebut duduk di sebelah Hajin. "Awak dengar ke tak, sayang?" Ucap lelaki tersebut. Jantung Hajin mula berdegup kencang apabila lelaki itu menuturkan perkataan sayang. Khas untuk dirinya sahaja.

"Seongwoo" Ucap Hajin perlahan. Seongwoo mengukirkan senyuman. Senyuman yang cukup manis untuk membuatkan jantung Hajin berdegup dengan lebih laju.

Senyuman yang sudah lama tidak dilihat oleh Hajin.

Senyuman yang mampu menggembirakan hati Hajin.

Kini, dia mampu untuk melihat senyuman itu lagi.

Namun, dia perlu sedar bahawa lelaki yang berada di hadapannya ini sudah berkahwin. Tidak mahulah dia menghancurkan rumah tangga yang dibina oleh lelaki ini.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Hajin. Dia menolehkan kepalanya ke tempat lain agar tidak memandang muka Seongwoo.

"I come here just to see you, sayang" Ucap Seongwoo.

Berbunga kembali hati Hajin apabila mendengarkan kata-kata yang dituturkan oleh Seongwoo.

"Mana isteri awak, anak awak? Awak tak malu ke? Dah berkahwin, tapi jumpa perempuan lain. " Ucap Hajin.

Zup!

Kata-kata tersebut begitu pedih untuk diterima oleh Seongwoo. Kini, di mata Hajin. Dia hanyalah seorang suami dan seorang bapa dan bukannya sebagai lelaki bujang

Hajin terus berdiri dari duduknya. "Kesiankan lah kepada isteri awak itu. Penat-penat mengandung anak awak, tapi awak jumpa perempuan lain. Berubahlah Seongwoo" Ucap Hajin. Dia terus beredar menjauhi Seongwoo.

Seongwoo terus mengejar Hajin. Payungnya dibiarkan jatuh.

Seongwoo memegang lengan Hajin dan Hajin menoleh.

Seongwoo terus memeluk badan Hajin. Namun, Hajin berusaha untuk melepaskan dirinya daripada pelukan Seongwoo.

"I miss you sayang. I miss you so much" Bisik Seongwoo di tepi telinga Hajin. Hajin terkedu mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Seongwoo.

Dia masih sayangkan aku lagi?



[C]I Wait | SeongwooWhere stories live. Discover now