PROLOG

1.4K 31 11
                                    

SUASANA menjadi pilu setelah mendapat tahu Nurul Fadzelin bakal tinggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Hafizuddin Shah. Pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Fatonah berasa sedih atas pemergian guru kelasnya itu.

"Ustazah, janganlah pergi!" rayu Damia Maisarah duduk di baris hadapan.

"Tak bolehlah. Ustazah kena sambung belajar juga, macam kamu semua ni!" kata Nurul Fadzelin, lembut.

"Ustazah kan dah pandai? Buat apa nak sambung belajar lagi?" kata Razak Fahim duduk di baris belakang.

Nurul Fadzelin memandang anak didiknya itu. "Razak, kan ada satu pepatah Arab sebut, 'Carilah ilmu meskipun di negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap Muslim'. Jadi, ustazah nak pesan, belajarlah bersungguh-sungguh sampai ke menara gading. Manalah tahu suatu hari nanti kita akan jumpa balik. Betul, tak? Jangan sampai ustazah kata, 'Kamu memang mengecewakan!'. Faham, tak?"

"Faham, ustazah!" balas satu kelas memahami.

Nurul Fadzelin menjeling ke arah Haziq Hurairah yang berdiam dari tadi. "Haziq faham, tak?"

Haziq Hurairah mengangguk kecil.

"Haziq, walaupun Haziq nakal dalam kelas ni, ustazah tetap sayang kamu. Ustazah marah sebab ustazah sayang. Bila Haziq dapat ustazah baru nanti, belajar betul-betul. Jangan main-main ya!" kata Nurul Fadzelin lagi.

"Tapi, tak sama," kata Haziq Hurairah baru bersuara.

"Sama atau tak itu tak penting! Yang penting belajar sungguh-sungguh sampai kita jumpa lagi!"

Syarifah Izzati bingkas dari tempat duduknya lalu mendekati ustazah muda itu. Dia mendakap ustazah berusia 22 tahun itu, diikuti pelajar perempuan yang lain. "Ustazah janganlah pergi!"

Syed Hamzah, melihat kembarnya, Syarifah Izzati menitiskan air mata. Dia amat memahami perasaan kembarnya.

"Sudah-sudahlah peluk tu! Mentang-mentang kami tak boleh peluk perempuan," kata Haziq Hurairah, dingin.

Nurul Fadzelin tertawa kecil melihat telatah Haziq Hurairah yang tak berubah-ubah sifatnya. Dia melirik ke anak mata seorang murid yang paling disayanginya, Syed Hamzah.

"Syed, kamu okey, tak?" kata Nurul Fadzelin mengukirkan senyuman manisnya.

Syed Hamzah tiba-tiba sakit perut. "Ustazah, nak ke tandas boleh, tak?"

"Haa…, pergilah!" kata Nurul Fadzelin, lembut.

Syed Hamzah bingkas lalu bergerak keluar dari kelas setelah mengambil pas keluar.

⭐⭐⭐

LANGKAH diatur ke kawasan belakang sekolah, bukannya ke tandas. Syed Hamzah duduk bersandar pada dinding lalu berpeluk tubuh seraya menangis.

"Kenapa?" kata Syed Hamzah menunduk.

"Syed!" ujar satu suara dari sebelah Syed Hamzah.

Syed Hamzah mendongak, terlihat wajah Nurul Fadzelin di depannya. Dia terkejut.

"Syed merajuk ke?" kata Nurul Fadzelin, lembut ayu.

Syed Hamzah kembali menunduk. Dia mengangguk kecil. Nurul Fadzelin mengeluh kecil lalu duduk di sebelah anak muridnya itu.

"Syed nak tahu, tak? Sebenarnya, ustazah sayang sangat dekat kamu, Syed!" kata Nurul Fadzelin, jujur.

"Ustazah selalu sebut ayat tu setiap hari," kata Syed Hamzah, dingin.

"Tak, bukan sayang kamu sebagai anak murid. Tapi, lebih dari tu," kata Nurul Fadzelin.

Syed Hamzah memandang tepat ke wajah ustazah muda itu. "Apa?"

"Ustazah… cintakan Syed!"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now