👆Video di atas sebagai hiasan:
Arif Hakimi (Bruce Irvin) vs Syed Hamzah (Baek Doo San)LANGKAH persediaan dibuka. Syed Hamzah mula bersedia dengan Taekwando sedangkan Arif Hakimi bersedia dengan Muay Thai. Mereka mengeluarkan for telinga lalu memakainya, serentak. Lagu dimainkan menerusi telefon masing-masing.
"Ambil ni!!" Syed Hamzah menyerang Arif Hakimi.
Arif Hakimi mengelak dan menepis serangan dari Syed Hamzah. Hanya kaki yang bergerak, menendang dan menyepak. Agak lama juga mereka berlawan. Kepala Arif Hakimi yang hendak ditendang, sempat mengelak serangan. Arif Hakimi menunduk sedikit lantas menumbuk perut Syed Hamzah dengan kuat. Syed Hamzah menerima serangan kuat itu, terbongkok badannya. Arif Hakimi memegang bahu Syed Hamzah lantas membuat serangan peluk.
Dbokk! Dbakk!! Gedushh! Tumbukan tinju Thailand mengenai muka Syed Hamzah.
Syed Hamzah terpelanting ke belakang lalu rebah dek tendangan kuat. Arif Hakimi serta-merta membuat tendangan kapak ke perut lawannya.
"Ugh!" keluh Syed Hamzah menerima kesakitan teramat perit itu.
Arif Hakimi tersenyum sinis. "Dah mengalah ke?"
Syed Hamzah bingkas lalu berdiri menghadap lawannya. Dia berlari ke arah lawannya. Arif Hakimi turut berlari ke arah lawannya juga. Mereka bertembung. Syed Hamzah cuba membuat flying kick, namun, Arif Hakimi sempat mengelak dengan meluncur ke bawah. Mereka kembali bertarung dengan kaki. Syed Hamzah menumbuk muka lawannya, tepat mengenai batang hidung. Arif Hakimi berundur lalu diserang lagi. Syed Hamzah terus membuat serangan tradisi Korea itu. Tendangan tanpa henti dan pantas membuatkan Arif Hakimi gagal menepis serangan.
"Argh! Ugh! Arkk!!" keluh Arif Hakimi menerima kesakitan.
Debush! Satu tendangan kuat membuatkan Arif Hakimi terpusing badan lalu rebah.
"Rasanya, masih awal lagi nak tidur?" kata Syed Hamzah mencela.
Arif Hakimi bangkit lalu berdiri menghadap Syed Hamzah. Gaya pertarungannya sudah berubah. Syed Hamzah sudah tahu pertarungannya semakin sukar kali ini.
"Aku benci... Meyraiyuth," keluh Syed Hamzah melihat Arif Hakimi membuka langkah baharu.
Arif Hakimi membuat lagak gaya Muay Thai mabuk a.k.a. Meyraiyuth. "Marilah budak!"
Syed Hamzah menghampiri lawannya perlahan-lahan. Dia mendekati Arif Hakimi lalu membuka langkah Taekwando. Arif Hakimi menepis serangan dengan lebih pantas. Syed Hamzah cuba menumbuk tetapi Arif Hakimi sempat mengelak, menunduk lalu menyentuh lantai. Tanpa rasa kekok, Arif Hakimi melakukan breakdance gaya kincir angin, menyepak muka lawannya. Syed Hamzah menerima serangan kuat itu, gagal menepis serangan.
Dbakk! Satu tendangan kuat merebahkan tubuh Syed Hamzah.
Arif Hakimi berdiri dengan kakinya, melihat Syed Hamzah tertiarap di tanah. Lagu yang didengarinya masih terpasang lagi.
Ramai sangat gangster kat KL sekarang ni
Budak-budak kecik, jual nama
Tak hormat orang tua
Gangster taik kucing semua, hahaKongsi
-Joe Flizzow-"Aku tak jual namalah! Lagipun, aku bukannya gengster. Kau tu yang gengster! Gengster taik kucing! " kata Syed Hamzah geram.
Tatabahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau berani jemput datang mari bertandang
Aku tahu kau bukan calang-calang mambang
Orang lain basah seluar celah kangkangMambang
-Altimet-"Kau panggil aku, 'mambang'!?" kata Syed Hamzah.
Bukan harta atau benda dikejarnya hanya batu
Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya satuGong Nekara
-Kmy Kmo ft. Luca Sickta-"ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!" Seruan Azan Isyak menghentikan pergaduhan itu.
Mereka terdiam. Arif Hakimi melangkah masuk ke dalam Masjid Zahir. Syed Hamzah bangun. Pistol yang terdampar di atas tanah diambilnya.
"Hei, tunggu!" ujar Syed Hamzah terus mengejar suspek.
Bahu Arif Hakimi dipegang dari belakang.
"Ikut aku ke balai!" arah Syed Hamzah serius.
"Daripada aku ikut kau ke balai, kan lagi elok aku ikut tok imam masuk masjid. Siap dapat saf pertama lagi," kata Arif Hakimi, dingin.
#vote
YOU ARE READING
Ustazah Kpop
ActionKisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin...