BAB 23-PUNCA JENAYAH SIBER

187 11 0
                                    

PAPAN kekunci ditaip pantas oleh sang penggodam. Tan Mei Ling cuba mencari maklumat tentang mangsa kes yang terpaksa dia terlibat. Syed Hamzah pula berdiri berbaring di atas tilam di bilik gadis itu.

"Aku nak tanya kau. Macam mana kau boleh jumpa Ami tu?" tanya Syed Hamzah selamba.

Tan Mei Ling berhenti menaip lalu berfikir sejenak. "Tak silap sayalah, baru seminggu saya jumpa dia. Waktu tu,..."

~Throwback~

Tan Mei Ling mengeluh kasar lalu menghempas kepala ke atas meja tulis. "Stresnya!!! Esok nak kena hantar dah assignment ni! Satu apa tak buat lagi ni. Lecturer ni pun satu hal. Bagi kerja hari ni. Esok kena hantar pula! Tak gilakah?"

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk.

Tan Mei Ling menoleh ke pintu biliknya. Sepucuk surat diseluk masuk dari bawah pintu. Gadis itu bangun dari kerusi lalu berjalan ke pintu. Surat itu diambil lalu dibuka sampulnya.

"Siapa yang hantar ni?" monolog Tan Mei Ling sebaik mendapati nama pengirim tiada.

Surat layang itu dibaca sampai habis.

"Stres nampak!? Jumpa aku di Jitra Mall. Aku ada kerja untuk kau.
P/s: Pastikan kau bersendirian."

Seperti yang diarahkan. Tan Mei Ling pergi ke Jitra Mall tanpa fikir panjang. Dia memerhatikan sekeliling. Seseorang menepuk bahu dari belakang. Sepantas kilat, gadis itu memandang ke belakang. Matanya tertumpu pada Arif Hakimi. Mulutnya terkunci terus.

"Aku nak kau pecah masuk rumah Zai. Lepas tu, kau hack komputer dia. Kalau kau berjaya buat kerja ni, duit upah sampai depan pintu," kata Ami.

"Whoa! Saya tak boleh buat benda ni. Saya bukannya mahir sangat menggodam ni," balas Tan Mei Ling menolak pelawaan.

Arif Hakimi mengeluarkan duitnya yang banyak. "Kau nak ke tak nak duit ni?"

Mata kasar Tan Mei Ling tertumpu pada duit tersebut. Ternganga mulutlah jawabnya sebaik melihat duit itu. Memang dia ada masalah kewangan sekarang. Tangannya mahu sahaja mengambil duit itu.

"Kalau kau nak duit ni, kerja dulu untuk aku," pesan Arif Hakimi menggoda lalu menyimpan semula duitnya.

Tan Mei Ling kembali tertumpu pada muka Arif Hakimi.

"Boleh ke tak?" kata Arif Hakimi ringkas.

Tan Mei Ling menundukkan pandangan.

"Kau fikir masak-masak dulu. Kalau kau dah sedia, call aku! Nombor aku ada dekat surat tu. Kalau kau lapor benda ni dekat polis, aku takkan biarkan kau hidup tenang," kata Arif Hakimi berpesan lalu berkeras.

~End Throwback~

"Lepas seminggu tu, saya call dia. And then, saya pecah masuk rumah kau," terang Tan Mei Ling, jujur.

"Kau ni baik juga orangnya," kata Syed Hamzah dingin.

Tan Mei Ling memandang Syed Hamzah. Dahinya dikerut. "Apa? You cakap sekali lagi dekat saya. Saya tak dengar."

"Tak ada apalah. Buatlah kerja tu. Kalau ada apa-apa, inform aku."

Tan Mei Ling mengeluh kecil. "Yalah!"

Syed Hamzah menuruni katil. "Aku nak keluar ni. Kau nak pesan apa-apa, tak?"

"Hmm... Belikan saya ramen satu. Saya teringinlah nak makan ramen."

"Okey!" Syed Hamzah mengukirkan senyuman.

Belum sempat Syed Hamzah membuka langkah beredar, matanya tertumpu pada seorang lelaki yang sedang menantinya di luar rumah. Matanya jelas melihat susuk tubuh Arif Hakimi menunggunya di dalam trak Mitsubishi Pajero. Tan Mei Ling kehairanan melihat Syed Hamzah terkaku di tepi tingkap. Dia turut menjenguk keluar tingkap lalu ternampak Arif Hakimi berada di luar rumah.

"Bos?" kata Tan Mei Ling mengerutkan dahinya.

"Aku rasa, kau dah tak selamat kalau aku tinggalkan kau. Dia mungkin akan kejar kau nanti. Lebih elok kau ikut aku sekali keluar. Aku akan jaga kau," pesan Syed Hamzah serius.

Tan Mei Ling memandang wajah serius Syed Hamzah. Pucat wajahnya sebaik mendengar kata-kata Syed Hamzah itu.

"Apa?"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now