BAB 16-LATIH

258 13 6
                                    

LOCENG berdering. Para pelajar meluru ke kantin sekolah kecuali Syarifah Izzati yang suka melepak di bilik guru bersama Nurul Fadzelin, seperti setiap hari.

"Ustazah, Hamzah ajak ustazah pergi satu tempat ni. Dia kata dia ada surprise untuk ustazah," kata Syarifah Izzati tersenyum manis.

"Surprise? Dekat mana tu?" kata Nurul Fadzelin menjongketkan keningnya.

"Adalah. Lepas sekolah, kita pergi sana."

⭐⭐⭐

HABIS sesi persekolahan, dua insan itu terus ke tempat yang agak jauh dari kejiranan mereka. Mereka menuruni Grab setelah membayar tambangnya.

"Jomlah masuk!" pinta Syarifah Izzati.

Langkah dibuka ke pintu masuk sebuah bangunan. Tangan Syarifah Izzati cepat ditarik Nurul Fadzelin. Pandangan gadis itu dibuang ke arah ustazah muda itu.

"Ustazah takutlah nak masuk. Tempat ni macam markas orang jahat pula," kata Nurul Fadzelin gerun melihat bangunan itu.

"Alah, jangan takut! Syarifah ada!" kata Syarifah Izzati cuba menguatkan diri Nurul Fadzelin.

Mereka melangkah ke pintu masuk bangunan itu. Pintu diketuk lalu dibuka dari dalam. Seorang lelaki sasa melihat dua insan berdiri di luar bangunan. Dia amat mengenali Syarifah Izzati, adik Syed Hamzah.

"Dia nak jumpa Zai," kata Syarifah Izzati, dingin.

Lelaki sasa itu memberi laluan untuk mereka berdua. Syarifah Izzati tersenyum lalu memandang Nurul Fadzelin.

"Jomlah masuk!" Syarifah Izzati terus menarik Nurul Fadzelin masuk ke dalam bangunan itu.

Nurul Fadzelin masih ketakutan. "Sebenarnya, ni tempat apa ni?"

"Nanti, ustazah tahulah."

Setelah jauh mereka melangkah sepanjang koridor itu, mereka melepasi satu lagi pintu. Mata Nurul Fadzelin terbeliak sebaik melepasi pintu tersebut.

"Ya Allah!" ucap Nurul Fadzelin terpegun.

Apa yang disaksikan Nurul Fadzelin ialah satu pertarungan satu lawan satu di sebuah gelanggang di tengah kelab itu. Syarifah Izzati menarik tangan Nurul Fadzelin ke tingkat atas. Nurul Fadzelin hanya memerhatikan pertarungan itu. Syed Hamzah sedang duduk bersantai sambil menyaksikan perlawanan antara Tengku Iskandar dan pesaingnya. Dia melihat dua wanita itu tiba.

"Haa... Sampai pun kau orang!" kata Syed Hamzah tersenyum.

Nurul Fadzelin memandang Syed Hamzah sekilas lantas mendekatinya. "Syed, apa semua ni?"

"Rileks! Bawa bertenang! Untuk maklumat Lin, ni kelab siang, bukan kelab malam. Lagipun, kelab ni berlesen dan berpermit. Tak perlu nak risaulah."

"Kalau ya pun kelab apapun, janganlah sampai ada yang bertumbuk!"

"Lin, cuba Lin tengok tu!" Jari Syed Hamzah ditunding ke arah arena yang sedang berlangsung itu.

Nurul Fadzelin melihat arena tersebut. Tengku Iskandar menjatuhkan pesaingnya lalu menepuk belakang badan lawannya, tanda dia menang. Perlawanan tamat tanpa pertumpahan darah. Dua pesaing itu melangkah turun dari arena.

"Nampak! Kami bukannya nak tumbuk macam Fighter Club sangat. Lagipun, Syed suruh Lin datang sini pun sebab nak ajar Lin, Taekwando," terang Syed Hamzah lalu bangun dari kerusi. "Jom ikut Syed!"

Nurul Fadzelin melihat Syed Hamzah melangkah ke tingkat bawah lalu mengekorinya. Syarifah Izzati turut mengekori adiknya. Mereka menuju ke bilik latihan. Nurul Fadzelin melihat sekelilingnya, memerhatikan seorang lelaki tua mengajar seni pertahankan diri kepada anak muridnya. Dia melihat ke hadapan pula. Syed Hamzah, Nurul Fadzelin dan Syarifah Izzati memasuki sebuah bilik.

"Okey, Lin! Sekarang, awak pergi tukar baju," kata Syed Hamzah, dingin.

"Apa? Kenapa tak bagitau awal-awal?" kata Nurul Fadzelin, hairan.

"Pergi jelah tukar baju tu! Takkanlah nak berlatih dengan baju kurung pula."

Syarifah Izzati memegang bahu Nurul Fadzelin dari belakang. Nurul Fadzelin memandang Syarifah Izzati.

"Tak apa. Pakai je baju Syarifah dulu. Nanti, pulangkan balik," kata Syarifah Izzati, lembut.

Nurul Fadzelin melihat Syarifah Izzati menanggalkan pakaian sukan sekolahnya, cuba menghalang. "Eh, tak payahlah!"

Baju sukan diberikan kepada Nurul Fadzelin. Seluar sukan turut diberikan kepada Nurul Fadzelin. Wanita itu mengambil pakaian sukan sekolah itu. Syarifah Izzati menanggalkan tudung sekolahnya.

"Fuh, sejuk sikit!" kata Syarifah Izzati, lega.

Nurul Fadzelin melihat Syarifah Izzati bersinglet putih dan berseluar pendek.

"Okey, Hamzah. Izz nak 'makan Nasi Kandar' tu," kata Syarifah Izzati meminta diri.

"Okey, jaga diri tu!" pesan Syed Hamzah.

Syarifah Izzati mengundurkan diri, berjalan keluar dari bilik itu. Pandangan Syed Hamzah dibuang ke arah Nurul Fadzelin.

"Cepatlah tukar baju!" kata Syed Hamzah.

Nurul Fadzelin sekilas memandang Syed Hamzah. "Pandang sana tu!"

Syed Hamzah memusingkan badannya. Nurul Fadzelin dengan pantas menukar pakaian. Syed Hamzah mengalihkan pandangannya sedikit.

"JANGAN PANDANG!!!" jerit Nurul Fadzelin memberi amaran.

Lantas, Syed Hamzah berpaling muka.

"Dah," kata Nurul Fadzelin, lembut.

Syed Hamzah memusingkan badannya semula, memandang Nurul Fadzelin. Dia melihat cintanya berpakaian sukan sekolah. Nurul Fadzelin kelihatan cantik juga bagai pelajar sekolah menengah pula.

"Err... Bila boleh mula ni... Syed?" kata Nurul Fadzelin melihat Syed Hamzah terkaku di depannya.

"Bagi Syed tengok Lin dulu," kata Syed Hamzah berwajah kosong.

"Tengok apa?"

"Tengok hati Lin."

Muka Nurul Fadzelin merah sebaik mendengar kata-kata itu. Tangan Syed Hamzah diangkat lalu mendekati dada Nurul Fadzelin. Cepat-cepat Nurul Fadzelin menepisnya.

"Nak sentuh apa tu?" kata Nurul Fadzelin berwajah pucat.

"Sentuh hati Lin," jawab Syed Hamzah.

Sekali lagi, muka Nurul Fadzelin menjadi merah. Serta-merta, Nurul Fadzelin menutup wajahnya.

"Awak... Sudah-sudahlah tu! Bila nak ajar Taekwando ni?" kata Nurul Fadzelin, segan.

Syed Hamzah mengukirkan senyuman. "Lepas awak alihkan tangan tu dari muka."

Perlahan-lahan Nurul Fadzelin mengalihkan tangannya. Matanya tertumpu pada mata coklat Syed Hamzah.

"Okey, jom mula!" Syed Hamzah membuka kekudanya.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now