BAB 17-TERTANGKAP

271 12 2
                                    

HAMPIR 2 bulan Nurul Fadzelin berlatih Taekwando dari Syed Hamzah. Segala pelajaran mudah difahami dengan cepat.

"Makin mantap nampaknya, Lin," puji Syed Hamzah, kagum. "Dah dua bulan Lin berlatih."

Nurul Fadzelin meneguk air mineral. Dia kembali memandang Syed Hamzah. "Terima kasih!"

"Terima kasih untuk apa?"

"Sebab ajar Lin berlatih Taekwando. Terima kasih sangat!"

Syed Hamzah hilang kata. Air mineral diteguknya. Lega sedikit tekaknya. "Jom sambung balik!"

"Zai!" ujar Tengku Iskandar tiba-tiba.

Syed Hamzah memandang lelaki itu dengan renungan tajam. Tengku Iskandar melihat Nurul Fadzelin turut di situ, baru sedar tentang kewujudan wanita itu.

"Zai? Huruf zai ke?" kata Nurul Fadzelin kebingungan.

Syed Hamzah memandang Nurul Fadzelin seraya menyembunyikan sifat cemasnya. "Ah, ya! Huruf zai! Syed suka huruf jawi ke-11 tu sebab Syed suka nombor 11. Haha..."

Nurul Fadzelin menjongketkan keningnya.

"Apapun, kenapa kau datang sini?" kata Syed Hamzah kepada Tengku Iskandar.

Tengku Iskandar menghampiri Syed Hamzah lalu berbisik, "Ami berjaya tangkap Jai."

"Apa?" kata Syed Hamzah, tengking akibat terkejut.

Nurul Fadzelin terkejut dengan tengkingan itu. Dia melihat wajah baran Syed Hamzah. "Syed, bawa bertenang dulu. Bawa mengucap dulu." Lembut.

Syed Hamzah menjeling ke mata Nurul Fadzelin. Lembut hatinya mendengar kata-kata dari cintanya itu. Kepalanya dipicit sedikit. Pelukan diberikan dari belakang badan.

"Syed janganlah stres sangat. Lin ada di sini," kata Nurul Fadzelin, lembut seraya membelai rambut Syed Hamzah.

Tengku Iskandar hilang kata melihat pasangan itu. Syed Hamzah sedikit pun tidak berganjak.

"Tengku, boleh keluar sekejap, tak? Tinggalkan kita orang bersama sekejap," kata Nurul Fadzelin kepada Tengku Iskandar.

"Baik," balas Tengku Iskandar lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Suasana menjadi sunyi sebaik Tengku Iskandar keluar dari bilik itu. Hanya Syed Hamzah dan Nurul Fadzelin sahaja di situ.

"Cuba Syed ceritakan apa yang berlaku! Mungkin Lin boleh tolong," kata Nurul Fadzelin lagi.

Syed Hamzah mengeluh kecil. "Kawan Syed... dah kena tangkap."

"Hah?! Kena tangkap? Polis tangkap dia ke? Apa jenayah yang dia buat?" Nurul Fadzelin terkejut sampai melepaskan pelukannya.

"Bukanlah! Orang jahat tangkap dia."

"Oh!" Barulah Nurul Fadzelin faham. "Kalau macam tu, jomlah selamatkan dia!"

Syed Hamzah memandang wajah Nurul Fadzelin dengan wajah terkejut sakan. "Awak biar betul?! Kalau ada apa-apa jadi dekat awak, macam mana?"

"Itu bukan persoalannya! Sekarang ni, nyawa kawan awak dalam bahaya tau, tak!?"

Syed Hamzah tidak mampu berbahas lagi. Bersemangat juga wanita ni, desis hatinya.

"Okey, jomlah!" kata Syed Hamzah.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now