SYED Hamzah melangkah masuk ke kawasan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, POLIMAS. Dia berpenampilan segak untuk kelas pertamanya. Kata-kata dari ketuanya jelas di ingatannya.
"Kamu akan menyamar sebagai pelajar sem 2. Cuma, sebagai pelajar repeat sem di mana kamu akan bersama dengan pelajar sem 1. Alasannya, kamu pernah kemalangan jalan raya. Kamu akan diletakkan sebagai pelajar DSB kerana maklumat yang telah kami dapat tentang mangsa ialah dia seorang pelajar DSB juga. Jadi, tiada masalah kalau kamu akan berjumpa dengan dia."
Langkah diatur ke kelas. Syed Hamzah menanggalkan kasutnya lalu meletakkannya di atas rak. Dia memasuki kelas pertamanya. Para pelajar di situ melihat ketibaan Syed Hamzah. Seorang pensyarah yang bernama Danial Nabil di situ turut melihat ketibaan lelaki itu.
"Seperti sudah sedia maklum, para pensyarah di situ sudah tahu ketibaan kamu nanti. Jadi, tiada masalah kalau mereka boleh kenal kamu. Pensyarah pertama yang kamu akan jumpa ialah Encik Danial Nabil atau nama sebenarnya Inspektor Danial Nabil, salah seorang anggota polis Daerah Kubang Pasu. Dia pun terlibat dalam kes ni. Dia boleh menyamar dalam pelbagai rupa. Pensyarah boleh jadi. Tukang masak di kantin dia jadi. Pak cik cleaner pun boleh jadi. Kamu boleh belajar dari dia nanti. Dia sudah pakar dalam penyamaran."
Danial Nabil melihat Syed Hamzah masih berdiri di depan kelas. "Syed Hamzah boleh duduk. Kelas nak mula dah."
"Terima kasih, encik!" ucap Syed Hamzah, mesra.
Syed Hamzah berjalan ke tempat duduk yang paling belakang. Beg diletakkan di bawah meja.
"Psst... psst... Hamzah!" panggil seseorang dari sebelah Syed Hamzah, perlahan.
Syed Hamzah menoleh ke kirinya. Matanya terbeliak melihat Syarifah Izzati berada di kelas yang sama dengannya, bersebelahan pula tu.
"Izz... Izzati!" kata Syed Hamzah perlahan tambah terkejut.
"Kau ada misi dekat sini, kan?" bisik Syarifah Izzati ke telinga adiknya.
Syed Hamzah mengangguk. Syarifah Izzati kembali bersandar pada kerusi.
"Dah agak! Lecturer tu bagitau kat aku beberapa hari lepas. Jangan risau! Aku rahsiakan benda ni!" kata Syarifah Izzati, dingin.
"Baik, kita mulakan pelajaran kita hari ni," kata Danial Nabil.
Sehabisnya sesi pembelajaran, Syed Hamzah dibawa ke sebuah rumah yang berdekatan dengan Pekan Jitra. Kenderaan disediakan, sebiji kereta dan sebiji motosikal. Basikal turut disediakan. Pintu pagar dibuka.
"Rumah telah disediakan untuk kamu. Ia terletak berhampiran dengan rumah mangsa. Ini boleh memudahkan kamu untuk menjejaki mangsa. Segala kelengkapan sudah disediakan di dalam rumah tu. Amaran keras, 'Jangan sesekali biarkan orang lain memasuki rumah kamu tu!'. Sebabnya, dalam rumah tu ada senjata khas untuk kamu."
Langkah diatur masuk ke dalam rumah 2 tingkat itu. Bilik tidur dimasuki. Almari dibuka. Segala kelengkapan disediakan. Meja belajar dihampiri. Laci diselak satu per satu. Pistol dan pisau disediakan.
Tiba-tiba, bunyi bising datang dari bilik sebelah. Sepucuk pistol diambil Syed Hamzah. Langkah senyap diatur keluar dari bilik. Kelihatan pintu bilik sebelah dibuka sedikit. Syed Hamzah menghampiri bilik itu. Dia mengintai sedikit lalu terlihat seorang gadis berhoodie hitam cuba mengodam komputernya. Pintu dirempuh.
"Jangan bergerak!" arah Syed Hamzah membidik pistol ke arah gadis itu.
Gadis Cina itu menoleh ke belakang, terkejut. Syed Hamzah mendekati gadis berkaca mata itu.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Syed Hamzah, tegas.
"Sa... saya... saya cuma... diupah ke sini," jawab gadis itu, gagap.
Kening Syed Hamzah menjadi senget sebaik mendengar kata-kata itu. "Diupah? Siapa upah kau?"
"Ami!"
Zapp!!! Satu cengkaman tepat ke leher gadis itu sampaikan gadis itu terduduk ke atas meja.
"Kau sebut sekali lagi nama tu!" pinta Syed Hamzah, serius seraya mengacu pistol ke dagu gadis itu
"Ami... Ami yang upah saya!" kata gadis itu ketakutan.
Syed Hamzah melepaskan leher gadis itu. Gadis itu berdiri semula lalu terbatuk. Syed Hamzah melihat kad pelajar yang dipakai gadis itu. Pistol diturunkan.
"Kau budak poli ke?" tanya Syed Hamzah.
"Ya," balas gadis itu menundukkan wajahnya.
Syed Hamzah meneliti kad pelajar gadis itu. "Tan Mei Ling. 970427-07-XXXX. 03DDT16F2027. Budak JTMK sem 4 rupanya. Kalau ikut umur, kau mesti pernah belajar di kolej komuniti, kan? Patutlah pakar dalam godam."
Tan Mei Ling, gadis itu mengangguk kecil. Syed Hamzah mengeluh kecil.
"Dalam rumah baharu kamu tu nanti, ada komputer canggih. Saya tahu, kamu tak mahir godam benda. Jadi, saya rekemen kamu untuk upah seorang penggodam untuk dapatkan maklumat lagi tentang mangsa dan suspek. Objektif kamu sekarang, cari mangsa secepat mungkin. Kalau misi ni gagal, fahamkanlah."
"Memandangkan kau dah pecah masuk rumah aku, kau godam komputer aku, aku nak kau... kerja dengan aku," kata Syed Hamzah selamba mengeluarkan duit dari poket seluarnya.
Tan Mei Ling memandang wajah lelaki itu. "Apa? You pun pelajar poli juga. Dari tadi saya tengok you punya kad matriks. Simpanlah duit tu. Budak seni bina selalu guna duit banyak buat modal bangunan. Siapa you nak arah I?"
Syed Hamzah menunjukkan kad identitinya sebagai anggota polis. Tan Mei Ling terdiam.
"Aku pegawai polis dari Bukit Aman, datang sini nak tangkap Ami, kau punya bos. Disebabkan kau dah tahu banyak sangat pasal aku, aku nak kau kerja dengan aku. Kalau kau tak nak kerja dengan aku, aku boleh je hantar kau masuk lokap," kata Syed Hamzah.
Tan Mei Ling terpaksa berserah. "Baiklah, saya kerja dengan you."
Syed Hamzah mengukirkan senyuman manis. Dia meletakkan duit upah ke dalam genggaman gadis itu lalu menepuk bahu kiri Tan Mei Ling. "Bagus, sekarang ni, kau kemas dulu atas meja tu. Bilik ni dah jadi bilik kau sekarang."
Tan Mei Ling terpegun lalu mengukirkan senyuman. "Terima kasih, bos!"
"Tak perlu panggil saya, bos! Panggil je Zai."
"Okey!" ucap Tan Mei Ling memberi tabik.
Syed Hamzah melangkah keluar dari bilik itu. Tan Mei Ling menyimpan duit upahan ke dalam begnya. Banyak juga duit yang dia ada. Meja dikemaskan. Dapat juga tempat untuk dia menginap. Selama ini pun hidup dalam asrama yang penuh dengan peraturan ketat dan sekarang dia mampu hidup bebas di luar asrama. Syukur.
#vote
YOU ARE READING
Ustazah Kpop
ActionKisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin...