BAB 38-CINTA MAUT

175 14 6
                                    

"KAU sepatutnya dah mati!" kata Aina Farhana terkejut.

"Apa maksud kau, aku dah mati. Sepatutnya, tu ayat akulah!" kata Syed Hamzah geram.

"Aku dah pasang bom dekat rumah kau tiga bulan lepas. Macam mana kau boleh hidup balik?"

"Jadi,..." celah Tengku Iskandar baru lega lepas muntah. "...kaulah yang letupkan rumah Zai, kan?"

"So, what's the problem?" kata Aina Farhana mencekak pinggang. "Nak tangkap aku ke?"

"Tunggu!" kata Syed Hamzah cuba menenangkan keadaan. "Aku nak tahu satu benda je."

Aina Farhana menyilang tangan paras dada lalu bersandar pada dinding. "Apa dia?"

"Ami upah kau ke?"

"So, what?"

Syed Hamzah melihat Aina Farhana berubah 360 darjah. "Aku tak faham dengan kau. Kau dah berubah lain. Mana Aina yang aku kenal dulu?"

"Aina yang kau kenal dulu dah mati. Dah mati!"

Pintu ditutup kuat. Syed Hamzah mengetuk pintu lagi.

"Aina! Aina! Tolonglah buka pintu ni!" kata Syed Hamzah merayu.

Aina Farhana bersandar pada pintu. Tidak sangka, dia bertemu dengan Syed Hamzah depan-depan.

"Aina!" panggil Syed Hamzah lagi.

Tengku Iskandar memegang bahu Syed Hamzah dari belakang. "Zai, dahlah tu. Bagi dia masa."

Pintu dibuka dari dalam. Aina Farhana melihat mereka masih di depan rumahnya. Mereka kembali memandang gadis itu.

"Zai," kata Aina Farhana lembut. "Jangan kacau aku lagi!"

Syed Hamzah tersentak. "Ke... kenapa?"

"Kau dah ada orang lain dah, kan? Jadi, jangan kacau aku boleh, tak?"

Syed Hamzah menundukkan pandangan, terasa dilema. Aina Farhana menutup pintu semula tetapi sempat dihalang Syed Hamzah. Dia memandang cinta lamanya itu.

"Boleh tak keluar dengan aku... for the last time?" pinta Syed Hamzah.

Aina Farhana mengeluh kecil. "Baik. Last okey."

"Okey."

"Tunggu sekejap. Aku nak bersiap."

Aina Farhana melangkah ke biliknya. Syed Hamzah menunggu di luar rumah bersama skuadnya.

"Kau nak keluar dengan dia ke? Kalau macam tu, kami tunggu dekat sini ya," kata Tan Mei Ling.

"Eh, tak payah tunggu. Kita kena ikut diorang juga sebab Zai dengan suspek sekarang ni. Kalau ada apa-apa terjadi, macam mana?" kata Tengku Iskandar tegas.

"Dah. Jom!" ujar Aina Farhana melangkah keluar dari rumahnya.

Syed Hamzah memandang gadis itu, melihat cinta lamanya bertudung hitam. "Okey. Kau nampak cantik bila pakai tudung tu."

Memanglah comel sebab sebelum ini, Aina Farhana tidak bertudung langsung. Ini kali pertama Syed Hamzah melihat Aina Farhana bertudung.

"Terima kasih!" ucap Aina Farhana merah muka. "Dah. Jomlah!"

Pintu ditutup lalu dikunci. Aina Farhana memakai helmet lalu mendekati motosikal Yamaha LC miliknya. Enjin motosikal dihidupkan. Syed Hamzah menaiki motosikal itu, membonceng.

"Kami follow belakang!" kata Tengku Iskandar.

Aina Farhana menunggang motosikalnya ke bukit. Skuad Syed Hamzah menaiki kereta lalu mengekori mereka berdua dari belakang.

"Kita nak ke mana?" kata Syed Hamzah.

"Puncak Wang Kelian," jawab Aina Farhana.

Sepanjang perjalanan ke puncak bukit, mereka berdua berdiam sahaja. Mereka yang mengekori dari belakang turut berdiam.

"Diorang cakap apa tu?" kata Tengku Iskandar memecahkan kesunyian.

"I mana nak tahu," kata Tan Mei Ling memandu.

Tiba sahaja di puncak Wang Kelian, Aina Farhana memberhentikan motosikalnya di tepi penghadang. Pasangan itu menuruni motosikal itu. Kereta yang di belakang berhenti jauh dari mereka. Mereka yang di dalam hanya memerhati.

"Wah, cantik juga tempat ni!" kata Syed Hamzah melihat panorama indah dari puncak bukit itu.

"Kan?" kata Aina Farhana mengukirkan senyuman seraya menanggalkan helmetnya.

"Sebenarnya, macam mana awak boleh hidup balik? Bukan Ami dah tikam kau ke waktu dulu?" kata Syed Hamzah tertanya-tanya.

"Memang dia tikam aku tapi dia rawat aku balik."

"Apa?"

"Lepas aku sedar dari koma, Ami pesan dekat aku, jauhi Zai. Ni pun sebab dia nak tengok sejauh mana kau masih sayangkan aku. Sayangnya, kau dah jumpa pengganti aku. Ami yang beritahu dekat aku. Bila Ami bawa aku untuk berjumpa dengan kau, aku nampak kau dengan perempuan lain dekat Jitra dulu."

"Awak perhatikan saya selama ni?"

"Taklah sepanjang masa. Adakalanya, Ami hantar gambar korang dekat aku. Korang nampak bahagia pula tanpa aku."

"Aina, kita boleh berbincang pasal ni. Mungkin awak dengan Lin boleh berkawan."

"Nama dia Lin ya."

"Nurul Fadzelin nama betulnya."

Aina duduk di atas tembok gaung lalu memandang Syed Hamzah. "Cantik nama tu."

Telefon Aina Farhana dikeluarkan. Gadis itu memainkan satu lagu Korea, Memory (seperti video di atas). Dia memandang Syed Hamzah.

"Bila saya tak ada nanti, awak masih sayangkan saya ke?" tanya Aina Farhana mengukirkan senyuman manis.

"Apa yang awak cakap ni? Mestilah. Dah awak cinta pertama saya," kata Syed Hamzah kehairanan tetapi tersisa senyuman..

"Jangan menangis ya nanti!"

Aina Farhana terus menjunam ke bawah gaung, lebih tepat bunuh diri. Mata yang menyaksikan aksi itu terkejut.

"AINA!!!" jerit Syed Hamzah berlari ke arah tempat Aina Farhana duduk tadi.

Aina Farhana masih tersenyum sambil melihat Syed Hamzah memanggilnya dari tebing. "Semoga kau bahagia, Zai!"

Bukk!!! Segalanya gelap-gelita di mata Aina Farhana.

Syed Hamzah melihat Aina Farhana terkaku di atas jalan, barangkali sudah mati. Dia terdiam, menangis tanpa suara. Lagu dari telefon yang diletakkan di atas tembok masih bermain lagi. Danial Nabil dan Tengku Iskandar menghampiri Syed Hamzah akibat terkejut tadi.

"Apa terjadi?" kata Tengku Iskandar kehairanan.

Syed Hamzah terus mendakap sahabatnya itu. Dia menangis semahu yang dia mahu. "Dia... dah... tak ada ada..." Sampaikan bicaranya teresak-esak.

"Innalillah wainnailaihi rojiun," ucap Danial Nabil memberi takziah.

Suasana menjadi muram dan pilu di situ. Tan Mei Ling yang memerhati dari dalam kereta hanya mampu berdiam diri. Satu suara tak keluar dari bibir langsung.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now