SITUASI menjadi sunyi seketika. Nurul Fadzelin terkunci mulutnya.
"Ustazah cakap apa tadi?" soal Syed Hamzah mahu kepastian.
Mulut tetap terkunci.
Aduh, macam mana ni?! Matilah aku! Desis hati Nurul Fadzelin, resah.
"Ustazah... Ustazah..." kata Nurul Fadzelin tersekat-sekat.
Kening kanan Syed Hamzah diangkat. Telinganya menunggu jawapan dari mulut wanita 20-an itu.
"Ustazah..." Nurul Fadzelin menundukkan kepalanya. "...suka Syed."
Wajah Syed Hamzah bertukar pucat.
"Betulkah apa yang saya dengar ni?" kata Syed Hamzah mengerutkan dahi.
Nurul Fadzelin mendongak semula.
"Assalamu'alaikum, korang!" ucap seorang gadis yang baru muncul.
Pandangan dialihkan ke arah punca suara itu. Syarifah Izzati melabuhkan punggung di sebelah mereka.
"Izz mengganggu ke?" tanya Sharifah Izzati.
"Err..." Ustazah Fadzelin kurang yakin.
"Tak ada. Datang menyibuk adalah," kata Syed Hamzah, dingin.
Syarifah Izzati tersenyum kambing.
"Syarifah datang dengan apa?" soal Nurul Fadzelin cuba menukar perbualan.
Syed Hamzah menjeling ke mata Nurul Fadzelin. Persoalannya tergantung tiada jawapan.
"Oh, dengan moto!" jawab Syarifah Izzati, ceria lalu menunjuk ke arah motocross miliknya. "Tu haa moto Syarifah."
Nurul Fadzelin memandang motosikal tanah itu, sedikit kagum. "Oh, Syarifah ada moto sendiri ke!?"
"Jawapan depan mata boleh tanya lagi," kata Syed Hamzah, dingin.
Kaki Syed Hamzah dipijak oleh Syarifah Izzati.
"Aduh!" keluh Syed Hamzah terkena serangan tiba-tiba.
Nurul Fadzelin menyembunyikan ketawanya yang kecil sebaik melihat telatah Syed Hamzah.
⭐⭐⭐
LANGKAH diatur masuk ke rumah. Pintu ditutup lalu dikunci. Nurul Fadzelin bersandar pada pintu. Keluhan lega dilepaskan.
"Haih, masalah betullah! Kenapa mulut kau cakap macam tu terus? Kot ya pun, ikut tempatlah sikit! Luah tak bertempat namanya ni! Kau ni pun bodoh juga, Lin!! Perangai tak ubah-ubah. Asyik gelabah je! Kalau ya pun, sabarlah! ISH!!!" monolog Nurul Fadzelin, geram.
Twit! Twit! Bunyi telefon menandakan mesej baru masuk.
Telefon iPhone 5 dikeluarkan. Mata Nurul Fadzelin tertumpu pada mesej WhatsApp dari Syarifah Izzati.
~WhatsApp POV~
Syarifah Izzati😎
Salam
Mcm mna tadi?
Ok tak??Wssalam
Xleh lah
😩Hmm...
Xde cara lain lagi ke?
Ada
Ptg nnti kita jumpa kt tmn
Dlm pukul 5 ptg
Lepas asar
Saya ada plan lagi best
😉Ok
Kamsahamida
😆❤~End WhatsApp POV~
Telefon disimpan. Keluhan kecil dilepaskan.
"Yes!!" kata Nurul Fadzelin.
Sementara menunggu menjelangnya petang, Nurul Fadzelin terus meluru ke bilik tidurnya lalu berdiri di depan gerobok. Pintu gerobok dibuka. Pakaiannya terpampang di depan mata. Satu pakaian diambil lalu dicuba pakai. Nurul Fadzelin melihat penampilannya di depan cermin. Dia berbaju kurung biasa sahaja. Tudung labuh tidak lupa juga.
"Tak sesuailah!"
Pakaian ditukar. Dia bersinglet hitam dan berbaju kemeja lengan panjang dengan butang dipakai pada tengah sahaja. Seluar jean terkoyak pada lutut. Topi biru muda dipakai juga.
"Hipster sangat!"
Pakaian ditukar lagi. Dia berbaju merah saga tanpa lengan dan berskirt mini putih.
"Seksi gila!!"
Pakaian ditukar sekali lagi. Dia berhoodie hitam dan berseluar sukan hitam serta bertopi hitam.
"Macam misteri pula!!!"
Setelah mencuba pakaian satu per satu, Nurul Fadzelin mendapat satu pakaian yang sesuai akhirnya. Dia berbaju T-shirt biru berlengan panjang dan seluar slack hitam.
"Okey, cun!" monolog Nurul Fadzelin tersenyum kecil.
Mata Nurul Fadzelin tertumpu pada jam tangannya. Sudah hampir jam 5 petang.
"Ya Allah, terlupa pula nak solat Zohor!" monolog Nurul Fadzelin terkejut, terus menampar dahi.
Dengan langkah segera, Nurul Fadzelin meluru ke tandas lalu mengambil wuduk. Solat fardhu Asar didirikan dengan khusyuknya.
⭐⭐⭐
"Akak nak Hamzah datang taman ni nak buat apa? Siap suruh pakai segak lagi! Ada apa ni?" kata Syed Hamzah, hairan seraya tangannya ditarik Syarifah Izzati.
"Jangan banyak tanya! Ikut jelah cakap kak!" kata Syarifah Izzati, tegas.
Langkah dua beradik itu terhenti. Mata keranjang Syarifah Izzati meliar melihat sekeliling, membuatkan Syed Hamzah kehairanan.
"Akak cari siapa ni?" soal Syed Hamzah, rimas.
Mata Syarifah Izzati tertumpu pada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dia memandang Syed Hamzah semula.
"Semoga berjaya!" ucap Syarifah Izzati mengukirkan senyuman manis.
Langkah terus dibuka beredar dari situ. Syed Hamzah kehairanan melihat karenah kakaknya. Syarifah Izzati menyorok di sebalik pokok, mengintai adik kembarnya. Nurul Fadzelin pula melangkah menghampiri tangkal hatinya.
"Assalamua'alaikum, Syed!" ucap Nurul Fadzelin, ceria.
Syed Hamzah memandang Nurul Fadzelin yang berdiri di depannya. "Wa'alaikumussalam."
Anak mata Syed Hamzah menjadi besar melihat keayuan Nurul Fadzelin.
"Minta maaf sebab lambat. Saya solat Asar tadi. Terlupa pula nak solat Zohor tadi," ucap Nurul Fadzelin lalu mengeluh.
"Solat... Zohor?" kata Syed Hamzah tersedar sesuatu.
"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?"
"Sebenarnya,..."
#vote
YOU ARE READING
Ustazah Kpop
ActionKisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin...