SYED Hamzah menunggang basikal gunungnya masuk ke bawah anjung rumah, seperti biasa. Dia meletakkan basikalnya di sebelah motosikal kakaknya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamu'alaikum!" ucap Syed Hamzah, dingin.
"Wa'alaikumussalam. Ada kerja sekolah, tak? Kalau ada, tolong buat bagi siap dulu," kata Syed Zakaria, seperti biasa.
"Baiklah."
Langkah diatur ke bilik tidur di tingkat atas. Syed Hamzah melihat kelibat kakaknya tiada di sekitarnya. Barangkali dia berehat di dalam bilik atau mungkin melepak di rumah jirannya a.k.a. ustazahnya. Syed Hamzah memasuki bilik tidurnya. Pintu ditutup rapat. Beg sekolah dicampak ke atas katilnya. Punggung dihempas ke atas kerusi. Mata Syed Hamzah tertumpu pada komputernya. Sudah menjadi rutin hariannya menghadap konsol Xbox One.
Sementara itu, di rumah Nurul Fadzelin, Syarifah Izzati membuat kerja sekolah.
"Ustazah, dah siap jawab!" kata Syarifah Izzati menutup buku latihannya.
"Dah siap? Bagi ustazah semak sekejap," kata Nurul Fadzelin menghulurkan tangannya.
Syarifah Izzati yang duduk bertentangan dengan Nurul Fadzelin, memberi buku latihannya kepada wanita itu. Nurul Fadzelin mengambil buku latihan itu. Syarifah Izzati melihat gurunya menyemak bukunya. Pandangannya meliar melihat sekeliling bilik itu. Cantik juga perhiasan dalamannya. Mata gadis itu tertumpu pada skrin telefon iPhone 5 milik Nurul Fadzelin yang dari tadi menyala, memaparkan kumpulan Got7.
"Ustazah minat Kpop juga ke?" tanya Syarifah Izzati tiba-tiba.
Nurul Fadzelin sekilas memandang Syarifah Izzati. "Mana adalah!"
"Habis tu, wallpaper Got7 tu datang dari mana?" Jari Syarifah Izzati ditunding ke arah skrin telefon Nurul Fadzelin.
Nurul Fadzelin melihat skrin telefonnya yang menyala lantas menutupnya, terus menterbalikkannya. Dia memandang anak muridnya, tersenyum. "Jadikan ini rahsia kita berdua ya!"
"Baik, ustazah!" balas Syarifah Izzati menggulingkan matanya, tersengih.
Nurul Fadzelin meneruskan semakan buku latihan Syarifah Izzati.
"Ustazah ni nampak muda juga, kan? Walaupun dah berkerjaya sebagai ustazah, tapi masih lagi minat Kpop!" kata Syarifah Izzati, ceria selalu.
"Minat Kpop pun ada batasnya juga," balas Nurul Fadzelin, selamba.
Syarifah Izzati memetik jarinya, mengakuri kata-kata Nurul Fadzelin. "Betul tu!"
"Tapi, kalau ustazah kekal dengan perangai macam ni, tak apa ke?" Nurul Fadzelin membuat gaya berfikir.
"Tak apa. Asalkan tak melebihi batasnya, macam ustazah kata tadi."
"Syarifah tak minat Kpop ke?" Nurul Fadzelin memandang gadis 17 tahun itu.
"Eh, mestilah minat! Takkan tak minat pula!?" kata Syarifah Izzati bersungguh-sungguh.
"Syed pula?"
Syarifah Izzati mencebik. "Hmm... dia bukannya minat pun. Asyik layan komputer dia aje. Nak layan Kpop buat apa?"
Nurul Fadzelin tertawa kecil. "Biasalah tu! Lagipun, ustazah ada geng juga dekat sini daripada layan mak cik bawang dekat luar sana."
"Ustazah memang duduk seorang sahaja ke dekat sini?"
"Ya, dah lama duduk seorang. Lebih kurang dalam setahun macam tu."
Syarifah Izzati membulatkan mulutnya, mengangguk tanda faham.
"Nak dengar lagu, tak?" ajak Nurul Fadzelin menghulurkan fon telinga sebelah kanannya.
"Nak!" balas Syarifah Izzati, teruja.
Segera, Syarifah Izzati duduk di sebelah Nurul Fadzelin lalu menyumbatkan fon telinga kanan itu ke telinga kirinya. Nurul Fadzelin menyambung wayar fon telinga ke telefonnya. Dia mencari satu lagu untuk dimainkan. Syarifah Izzati melihat senarai lagu yang terpapar di skrin telefon. Kebanyakannya lagu Kpop. Lagu Melayu ada juga sedikit. Lagu Inggeris pun ada. Satu lagu dimainkan.
"Wah, best lagu ni!" kata Syarifah Izzati menghayati lagu Korea itu.
nunbusin My Destiny
hannune nan unmyeongin geol arassjyo
kkumsogui My Romeo
gidaryeoon sarangin geol neukkyeossjyo
Can you feel my heartbeatBaby take me take me take me away
eoseo naege wa nal deryeoga jwo
Baby tell me tell me tell me tonight
gidaryeowasseossdeon geu hanmadi-My Romeo-
Jessi.Suara mereka berdua menyanyi jelas didengar Syed Hamzah yang berada di dalam bilik. Syed Hamzah menghentikan permainan videonya buat seketika. Dia menghampiri katilnya lalu merangkak mendekati dinding. Telinga dipasang teliti ke arah dinding lalu terdengar nyanyian dari rumah sebelah. Dia memandang dinding itu, hairan.
"Apalah yang dia orang nyanyikan tu?" kata Syed Hamzah mengerutkan dahi.
#vote
YOU ARE READING
Ustazah Kpop
ActionKisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin...