1🌠

242 22 8
                                    

Setelah 3 bulan menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhirnya semua pelajar bekas tingkatan 5 sekolah SMK Tanjung Datuk menjejaki kembali sekolah mereka untuk mengambil slip keputusan peperiksaan .

" Ibu, Naura takutlah ibu . Adik takut kalau result adik tak bagus . Ibu, adik tak kuat . " adu seorang gadis yang bernama Naura Husna kepada ibunya .

" Adik, janganlah macam ni . Adik kene yakin yang adik boleh dapatkan apa yang adik nak . Ibu dengan ayah tak kisah kalau kamu tak dapat straight A's , kami dah cukup bangga dengan kamu sebab kamu seorang anak yang baik, taat, solehah dan kamu tidak pernah tinggalkan solat . Dan janganlah takut, ibu ada nii . Shhhh . Malulah dengan kawan kawan, dah besar pon nangis je " pujuk Puan Fatini sambil memeluk Husna .

Naura Husna seorang anak manja, walaupun umurnya sudah genap 18tahun . Tetapi perangainya tetap seperti kanak-kanak yang ingin selalu dimanjakan oleh seorang ibu . .

" Hmm terima kasih ibu . Adik harap sangat result adik gempakkk !!! Lagi gempak macam along " Naura mengumam dileher Puan Fatini .

"Naura Husna Binti Muzaffar Shah . Sila berjumpa dengan Puan Fatin Syamilla iaitu bekas guru Tingkatan 5 anda untuk mendapatkan slip "

"Hah tu pegi cepat . Dah panggil tu . Ibu doa supaya kamu dapat yang terbaik" kata Puan Fatini sambil menggosok kepala anaknya .

"Baik ibu . Ibu doakan yang terbaik tau . Adik takutt ..." kata Naura . Puan Fatima hanya tersenyum . Hailahh anakk .. manja sungguh kau ...

Naura berjalan dengan perlahan sambil bermain dengan jarinya . Mulut tidak henti terkumat-kamit memohon bantuan dari Allah . Cikgu Fatin Syamila hanya tersenyum melihat reaksi Naura . Dia bangga akan anak itu .

" Assalamualaikum cikgu " sapa Naura . Walaupun berasa risau , dia tidak pernah lupa untuk menghormati orang yang lebih tua .

" Waalaikumussalam Naura . Have a seat " pelawa Cikgu Fatin sambil tapak tangannya menunjuk kerusi yang ada dihadapannya .

" Naura , kamu tak perlu risau . Sebab cikgu bangga dengan kamu . Tahniah Naura Husna , kamu telah mendapat straight A's ! " kata Cikgu Fatin dengan teruja sambil menghulurkan slip peperiksaan .

" Ya Allah ! Betul ke cikgu ?Alhamdulillah ! Ya allah . Syukran ya allah . Terima kasihh ! " terserlah kebahagiaan dimuka Naura . Syukur terhadap ilahi tidak henti dari bibirnya .

" Cikgu Fatin , saya nak berterima kasih kat cikgu. Sebab cikgu ajar saya dari saya form1 . Terima kasih cikgu . Kalau bukan sebab cikgu , tak mungkin saya dapat result yang macam ni "

" Hihi takdelah . Semua ni sebab usaha kamu .  Cikgu nampak dari kamu form1 . Walaupun masa PT3 , result kamu tidaklah segempak ini . Tapi kami cikgu satu sekolah semua bangga dengan kamu . Tahniah Naura . Tahniah ! " ucap Cikgu Fatin sambil memeluk Naura .

Naura kelam kabut berlari ke arah Puan Fatini . " ibuu ibuuu . Nauraa dapatt !! Naura dapat straight A ibuu !!" beritahu Naura kepada ibunya . Puan Fatini mengucapkan syukur dan berpeluk dengan anak perempuannya .

¤¤¤

Beep! Assalamualaikumm !!

Naura tersedar dari lamunannya . Segera dia mencapai cardigan dan tudung lalu keluar dari rumah . Kelihatan abang postmen sedang menunggu dia untuk memberikan sepucuk surat .

Cinta Yang Kembali Where stories live. Discover now