"Naura?"Tegur Puan Latifah di pintu Naura sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik Naura.
"Ye, mama. Ada apa?"Naura bangun dari baringnya dan duduk bersila menghadap Puan Latifah yang duduk di birai katil.
"Ni. Tadi papa kamu beli simkad baru. Dia ingat nak beli simkad U-mobile, tapi dia terbeli simkad Maxis. Naura nak guna tak? Telefon mama tak boleh pakai 2 sim. Kalau tak guna nanti kang membazir pulak." Kata Puan Latifah sambil menghulurkan simkad itu dihadapan Naura.
Naura memandang Simkad itu. Dia teringat bahawa Waiz meminta nombor 'Ira'. Terus sahaja dia tersenyum dan mengambil simkad tersebut.
"Naura okay je. Terima kasih mama. " Naura letakkan simkad itu di meja sebelah katilnya.
"Sama-sama. Esok kamu ada kelaskan? Mama tak pasti kalau papa boleh hantar kamu ke tidak. Kereta mama dah masuk bengkel tadi, sebab kene service. So bangun cepat ye." Terang Puan Latifah. Naura hanya menjatuhkan kepala dan tersenyum.
"Takpe. Nanti Naura suruh kawan Naura ambil. "
"Baguslah kalau macam tu. Dah tido ye? Selamat malam"
"Selamat malam jugak mama"lantas tangan Puan Latifah dicium seperti dia mencium tangan Puan Fathini. Puan latifah terus bangun dan keluar dari bilik Naura. Naura mengambil telefonnya dan mencapai simkad tadi. Terus sahaja dimasukkan simkad itu di ruang simkad pada telefonnya. Naura on telefon itu dan menekan nombor untuk menyemak kembali nombor sebenar simkad tersebut lalu dicatatnya nombor itu di sehelai kertas.
Naura kembali baring dan memandang siling. Teringat dia akan ibunya. Sungguh rindu dia akan ibunya itu walaupun baru sahaja tadi dia dan ibunya on-call. Naura membaca surah al-fatihah dan ayat kursi serta surah 3qul. Terus sahaja matanya di pejam dan lena di buai mimpi.
Selamat malam duniaa. Selamat malam Waiz Zahidi.
¤¤¤¤
Naura terus saja turun tangga dengan terkocoh-kocoh. Dia sudah lambat! Walaupun kelas bermula pukul 9 dan sekarang baru pukul 8 . Kerana dia risau jika tiada kenderaan untuk menghantar dirinya ke kelas. Tadi Hanim berkata bahawa dia tidak dapat menghantar Naura kerana Hanim tidak hadir ke kelas. Hanim demam dan tidak larat untuk memandu kereta.
"Naura! Hati-hati turun tangga tu nak oii! Lambat lagikan? Nanti pesan je grab kalau Hanim tak boleh datang ambil. Sarap dulu." Puan Latifah duduk sambil memegang telefon. Dihadapannya ada piring berisikan nasi goreng. Mungkin Paun Latifah menunggunya datang untuk sarapan sama-sama.
"Baiklah ma" Lantas Naura mengambil tempat dihadapan Puan Latifah lalu mengambil pinggan dan mencedok nasi goreng. Puan Latifah memandang Naura sambil meletakkan telefonnya di sisi.
"Jangan risaulah. Tak lambatlah. Nnti tempah je grab. Okay? Sekarang makan dulu"Naura makan dengan berselera.
Naura berdiri dihadapan rumah besar Puan Latifah. Dia sedang menunggu teksi Grab yang telah lama di tempah. Dia risau kerana kelasnya lagi setengah jam sahaja akan bermula. Gusar sekali dimuka Naura.
Dari jauh lagi sudah nampak kereta berwarna merah iaitu kereta yang ditempahnya tadi terus saja Naura menahan.
"Encik Rahin?" Tanya Naura untuk kepastian dan pemandu itu hanya mengangguk dan mempersilakan Naura masuk. Naura mengambil tempat penumpang di bahagian belakang.
Lagi 15 minit kelas bermula dan sekarang Naura masih ada dalam kereta menghadapi kesesakan jalan raya. Naura memandang tingkap sebelah kirinya kemuadian hadapan dan kemudian sebelah kiri. Sungguh dia berasa gusar. Takut datang lambat. Sudahlah kelas Waiz!
YOU ARE READING
Cinta Yang Kembali
Fiksi UmumWaiz Zahidi ♡ Naura Husna " kalau dah jodoh memang takkan kemana . Jika dah memang takdir Allah, cepat atau lambat tetap akan bersama " Hubungan jarak jauh yang terjalin di antara Waiz Zahidi dan Naura Husna atau " Ira " melalui aplikasi WeChat terp...