Naura menggenggam pemegang troli manakala Puan Latifah sedang berjalan di sebelahnya. Mereka sedang berada di pasar untuk membeli barang mentah. Puan Latifah memasuki kedai yang menjual pelbagai jenis sayuran, manakala Naura hanya disuruh menunggunya di luar sahaja.
Naura membelek telefon dalam dia sedang berdiri. Dibuka akaun Instagram dan terus pergi ke kotak pencarian akaun lalu menaip " Babylover". Ditekan akaun tersebut dan melayani gambar-gambar si kecil yang comel dan pelbagai gelagat.
Tiba-tiba sahaja seorang lelaki merempuh bahun kanannya. Laju kepala Naura mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang melanggar dirinya. Lelaki itu jugak memandang Naura. Tanpa diminta, lelaki tersebut memohon maaf dengan Naura.
" Sorry, sorry. Tak sengaja." Naura hanya memandang dan menjatuhkan kepala sahaja. Dikembalikan fokusnya di skrin telefon.
Lelaki tersebut masih belum meninggalkan Naura, dia memandang sisi muka Naura. Cantik ... Dan terus sahaja dia menegur Naura.
" Hi" Sapa lelaki itu. Sapaan hanya dibalas dengan senyuman Naura.
" Nama awak?"
" Naura"
"Oh, wow! Nicee name like the owner" Naura hanya senyum hambar.
"Saya Zahin Amyshar. Zahin . Boleh saya mintak nombor telefon awak?" Tanya Zahin. Kerana dia rasa, dia telah jatuh hati dengan kecantikan gadis dihadapannya ini.
Naura tidak tahu mahu berkata apa. Dia tidak mahu memberi nombor telefonnya kerana dia tidak kenal siapa lelaki yang bernama Zahin ini. Dia mahu berkata yang dia tidak mahu bagi, tetapi dia risau jika Zahin terkecil hati.
Zahin pandang muka Naura yang seperti bingung sedang mencari jawapan. Dengan tiba-tiba, Puan Latifah datang ke arah mereka dan terus ditegur oleh Puan Latifah.
" Eh Naura ni kawan kamu ke?" Tanya Puan Latifah. Naura hanya menggelengkan kepalanya.
" Eh tak makcik. Saya kenal dia tadi. Cuma nak berkenalan je." Balas Zahin .
" Tapi takpela makcik. Saya kene pergi dulu. Terima kasih makcik" Sambung Zahin. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Naura dan Puan Latifah hanya mengangguk memberi keizinan Zahin pergi.
"Dia nak apa Naura?"Tanya Puan Latifah kepada Naura.
"Entah dia. Langgar bahu Naura tadi pastu tiba-tiba dia nak kenal Naura, lepastu nak mintak nombor Naura. Naura tak nak bagi sebab tu Naura diam je. Then nasib mama datang hehe . Terima kasih mama" Kata Naura sambil tersengih.
"Lain kali jangan layan kalau orang macam tu. Bahaya. Nombor telefon tu barang peribadi kita. Mana boleh diberi kepada orang yang kita tak kenal. Lain kali jangan layan okay?"Kata Puan Latifah sambil memandang Naura. Naura hanya tersenyum dan membalas
"Okay mama!"
"Good. Dah jom balik. Barang semua dah cukup dah ni mama rasa"
" Yeayyy hehe Naura pon dah penatt. Dah jommm balekkk" Kata Naura. Riang . Dia menolak troli ke pintu luar dan berjalan beriringan bersama-sama Puan Latifah.
¤¤¤¤
Naura duduk di tempat penumpang bahagian hadapan manakala Puan Latifah sedang memandu kereta Proton Saga miliknya.
Naura melemparkan pandangan ke luar tingkap. Secara tiba-tiba dia terbayang wajah Waiz. Masih dia ingat lagi waktu dia berhubungan dengan Waiz. Waiz sayangkan dia sangat waktu itu. Walaupun mereka putus, Waiz akan pujuk Naura untuk meneruskan lagi hubungan mereka. Masih jelas lagi dalam ingatan Naura, hubungan mereka putus 3 kali. Putus sambung putus sambung laa katekan gitooo hoho.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kembali
General FictionWaiz Zahidi ♡ Naura Husna " kalau dah jodoh memang takkan kemana . Jika dah memang takdir Allah, cepat atau lambat tetap akan bersama " Hubungan jarak jauh yang terjalin di antara Waiz Zahidi dan Naura Husna atau " Ira " melalui aplikasi WeChat terp...