2 hari kemudian, Encik Muzaffar dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anaknya, Naura Husna di rumah Ibu saudaranya, Pn Latifah . Sepanjang Naura menyambung pelajaran, Naura akan tinggal bersama Puan Latifah kerana Encik Muzaffar serta Isterinya tidak beberapa yakin bahawa anaknya dapat tinggal seorang di kota Kuala Lumpur ni .
Mereka risau jika Naura tidak dapat menjaga diri . Hal ini kerana Naura baru sahaja 18 tahun, baru mahu meningkat . Bak kata pepatah melayu, umur separuh jagung . Lagi pula Naura seorang yang agak penakut . Dari kecil dia tidak pernah ditinggal oleh keluarga . Pernah tu adalah, setakat camping sekolah, itu pon hanya 3hari .
" Adik, ingat pesan ibu tau . Jaga diri duduk kat tempat orang ni . Jangan susahkan mak ngah tau . Belajar rajin-rajin . Solat jangan tinggal . Jangan lupa telefon ibu . Kalau ada apa-apa masalah, telefon ibu . Ibu sentiasa doakan adik " kata Puan Fatini sambil memeluk anaknya . Menahan rasa sebak, rasa sedih untuk meninggalkan anaknya ini . Mungkin selepas ini , dia akan berasa sunyi . Tiada lagi mendengar jeritan Naura, tiada lagi mendengar rayuan Naura, tiada lagi tempat dia mencari gaduh . Ya Allah, lindungi anak ku ini ya allah . Mudahkanlah urusan anak ku selama dia disini .
" Adik, ayah bangga dengan kamu nak . Kamu anak ayah paling ayah sayang . Jaga diri ye . Solat jangan tinggal . Jaga maruah kamu . Jaga nama baik keluarga . Kamu anak ayah . Ayah sayang kamu . Jaga diri ye nak " kata Encik Muzaffar sambil menggosok kepala anaknya ketika Naura menyalami Encik Muzaffar .
Kemudian Naura beralih ke along dan abangnya, adik beradik seibu lain bapa .
" Jaga diri kau . Aku bangga dengan kau . Ingat . Kau tu anak dara . Kau duduk tempat orang bawa nama ayah , nama keluarga . Jaga diri . Aku tak nak dengar apa-apa yang tak baik sepanjang kau duduk sini " kata Hakim . Naura hanya tunduk memandang kasut . " Ye aku ingat , terima kasih "" Naura, semua orang bangga dengan kau . Kau jaga diri duduk sini . Ingat pesan ibu ayah . Jangan lupa whatsapp aku kalau ada masalah . Tak faham belajar ke . Masalah cinta ke . Kah dah 18 tahun, ibu ayah dah bagi izin kau nak bercinta, tapi still . Jaga batas . Solat tu jangan tinggal . Belajar rajin-rajin . Jangan jadi macam aku dulu . " kata Siti Aisyah . Ye dulu dia banyak menyusahkan keluarga . Dia berhenti belajar kerana terpengaruh kawan . Dia bekerja di Kepong buat sementara lalu pulang ke negeri Johor setelah dipujuk oleh Puan Fatini . Kerana dukungan keluarga dan teman, dia kemudian sambung kembali pelajarannya di Batu Pahat, Johor . Dan tahun ini, adalah tahun last .
" Baikk ayah ibu along abang . Adik akan jaga diri adik . Hmmm adik rindu la nanti . " adu Naura di lengan Ibunya .
" Haih kau ni dah besar still lagi nak berkepit dengan ibu . Belajar berdikari . Tak lama lagi dah nak jadi bini orang . Matang sikit perangai " seloroh Hakim . Ya ! Dia suka menyakat Naura . Kadang sampai Naura menangis dibuatnya . Lepas ni, dia sudah tiada lagi tempat dia menghiburkan hati .
" Hmm macam ni sudah ye . Dah tengah hari ni . Nanti jalan sesak susah pulak . Dah la jalan KL ni ayah tak berapa nak tahu . Takut pulak sesat nanti . Kami balik dulu ye . Man, kau jagakan anak aku ye . Kau anggap jela Naura ni anak kau . Aku tak boleh lama, banyak kerja lagi kat rumah tu " kata Encik Muzaffar sambil bersalaman bersama Encik Zaki .
" iyela . Hati hati bawak kereta " ucap Encik Zaki sambil melihat Encik Muzaffar dan keluarga masuk ke dalam perut kereta .
" Byeee ibuuu . Jaga diriii ! Adikk sayang ibuuu " Jerit Naura sambil melambai tangannya . Hmmm nak ikuttt balekkkkk !!!!...
Setelah kereta Encik Muzaffar hilang dari pandangan, mereka , Encik Zaki, Puan Latifah dan Naura masuk ke dalam rumah .
" Sekarang Naura tak perlu panggil makngah 'makngah' . Panggil je mama" kata Puan Latifah sambil menggosok bahu Naura .
" Baik maknga .... mama ! Hehe " Naura masih berasa janggal dengan panggilan ' mama ' tapi takpela . Dia berusaha adapt dengan panggilan tersebut .
" Ipah tunjukkanlah bilik Naura . Saya nak keluar jap beli barang . Hah Naura kamu pon panggil jela pakngah ' papa ' . Papa dah anggap kamu macam anak sendiri . Kamu anggap jela ye ni rumah kamu . Papa nak keluar beli barang kejap " kata Encik Zaki lalu keluar dari rumahnya .
" Okay now this is your room ! Bilik ni dah lama tak digunakan sejak arwah Syifa dah meninggal . So anggap jela di bilik Naura ye . Susun la apa yang patut " kata Puan Naura sambil membuku suis lampu .
" Wahh cantiknya . Terima kasih mama " lantas dipeluk tubuh Pn Latifah .
" Naura rehat dulu ye . Nanti bila dah rehat apa semua , turun bawah . Kita makan "
" Baik mama " Pintu bilik ditutup dan Naura berjalan ke arah begnya yang diisi baju lalu masuk ke dalam tandas untuk membersihkan badan .
Ya Allah lindungilah keluargaku ya Allah . Mudahkanlah urusan ku ya Allah . Aamin .
-------------------------------------------------------------
Don't forget to press the star
YOU ARE READING
Cinta Yang Kembali
Ficțiune generalăWaiz Zahidi ♡ Naura Husna " kalau dah jodoh memang takkan kemana . Jika dah memang takdir Allah, cepat atau lambat tetap akan bersama " Hubungan jarak jauh yang terjalin di antara Waiz Zahidi dan Naura Husna atau " Ira " melalui aplikasi WeChat terp...