9🌠

115 8 1
                                    

Puan Zubaidah tersenyum melihat anak terunanya yang sedang baring di sofa sambil tersengih melihat skrin gadget segi empat tepat itu. Malam semalam baru sahaja tiba-tiba tiada angin tiada ribut, anaknya itu pulang kerumah.

Puan Zubaidah berjalan perlahan ke arah Waiz yang berada di sofa ruang tamu. Kemudian, Puan Zubaidah mengambil tempat di bahagian depan sofa yang di duduki oleh Waiz. Waiz yang terlalu leka dengan dunianya, tidak sedar akan kehadiran ibunya. Lebar senyuman Puan Zubaidah melihat gelagat anaknya.

"Amboi, kemain lagi tersengih kamu ye"perli Puan Zubaidah. Lantas kepala Waiz mendongak memandang Puan Zubaidah.

Waiz Zahidi hanya membalas ukiran senyuman kerang busuk dibibirnya.

"Chat siapa tu? Lain macam je kamu Waiz. Tersengih sorang-sorang."sambung Puan Zubaidah, sengaja mahu memancing Waiz Zahidi.

Waiz memandang ibunya, tersenyum. Manis.

"Takde siapalah bu. Kawan je."balas Waiz. Waiz bangun dari pembaringannya. Mengambil tempat di sebelah ibunya. Tangan memegang tangan Puan Zubaidah lantas digenggam. Waiz memandang ibunya sambil tersenyum.

"Bila kamu nak kahwin, nak?"Puan Zubaidah menoleh memandang anaknya manakala Waiz Zahidi agak terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh ibunya. Errr kahwin?

"Kahwin? Hmm tak tahulah bu. Waiz baru 24tahun, terlalu muda bu. Tak puas lagi Waiz nak explore zaman muda Waiz ni"Waiz memandang ibunya, meminta kefahaman dari ibunya.

Apabila mendengar balasan daripada Waiz, Puan Zubaidah senyum. Disentuh bahu anaknya, kemudian diusap perlahan. Menyalurkan ketenangan.

"Ibu tanya je Waiz. Takpelah. Ajal maut, jodoh semua tu Allah dah tentukan. Ibu faham."pujuk Puan Zubaidah.

"Tapi.."Waiz memandang ibunya.

"Kamu sorang je anak ibu ngan ayah. Tak sabar rasanya nak mendukung cucu"

Waiz tersenyum. Kepalanya disandarkan dibahu ibunya. Dia tersenyum, wajah cantik Naura muncul dalan kotak fikiran.

"Insyaallah ibu. Tak lama lagi"kata Waiz.

Buat sejenak, kening Waiz berkerut.

"Kenapa Naura yang muncul tapi bukan Ira?"bisik hati Waiz.

¤¤¤¤

Naura Husna tersedar dari lenanya. Dipandang siling. Berkelip-kelip mata cantik itu.

"Tekak haus. Nak turun bawah seram pulak"keluh Naura.

Naura mencapai telefonnya disisi bantal. Dilihat waktu jam.

3:14am

Naura menekan punat off lalu diletak kembali tempat asal telefon tersebut. Dia menoleh melihat botol air tupperware diatas meja kecil berdekatan dengan katilnya.

"Kenapalah boleh lupa isi. Satu hal pulak kene turun bawah. Haih" semakin berat keluhan Naura dilepaskan. Tangannya mula bergerak ke atas kepala lantas jemarinya memicit dahi.

Naura kembali ke posis tidur. Pusing kanan, pusing kiri, menelentang, tetapi tetap mata tidak mahu melabuh tirainya. Selagi tak dapat minum, selagi tulah tak boleh tidur.

"Arghhh lantaklah. Nak minum air jekan, bukannya nak buat hal." Naura menyelak selimutnya. Menuruni katil lalu berjalan keluar pergi ke dapur.

Naura memeluk tubuh sepanjang perjalanan menuruni tangga. Melepasi pintu ke pintu dalam kegelapan bertambah dengan suasana kesunyian.Bulu roma mula mencacak tinggi. Terasa seperti diperhatikan. Kedua tangan semakin naik memeluk tubuh. Mata meliar memerhati kawasan sekeliling.

"Huhh.."hembusan nafas dilepas tenang oleh Naura.

Naura mempersetankan itu semua. Teruskan niatnya minum air. Sedang Naura berdiri dihadapan coway mengisi air ke dalam cawan, dia terdengar seperti ada sesuatu yang berjalan menuju ke arahnya.

"Nyit nyit"bunyi selipar apabila ia basah dan dibawa jalan.

Matanya mula berlari melihat kawasan sekeliling. 

Perasaan gemuruh dan juga takut semakin penuh dalam dirinya. Di toleh ke belakang, kosong.

Naura menyisip air dengan perasaan yang gemuruh. Air sejuk yang mengalir kedalam badan, seperti makin menambahkan perasaan takutnya. Naura dengan cepat menghabiskan minumannya. Hati tidak henti berdoa memohon perlindungan dari yang Maha-Esa. Setelah mendapati air telah dihabiskan, dia berjalan menuju ke arah singki. Dibilas cawan tersebut kemudian diletakkan di rak yang tertentu.

Naura menoleh kebelakang, mahu pulang ke biliknya. Tetapiii...

"Arghhhhhh ibu!!!!!"terkulai jatuh pengsan Naura ke lantai.

-------------------------------------------------------------

Don't forget to press the star♡

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Yang Kembali Where stories live. Discover now