Setelah 3 bulan menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhirnya semua pelajar bekas tingkatan 5 sekolah SMK Tanjung Datuk menjejaki kembali sekolah mereka untuk mengambil slip keputusan peperiksaan .
" Ibu, Naura takutlah ibu . Adik takut kalau result adik tak bagus . Ibu, adik tak kuat . " adu seorang gadis yang bernama Naura Husna kepada ibunya .
" Adik, janganlah macam ni . Adik kene yakin yang adik boleh dapatkan apa yang adik nak . Ibu dengan ayah tak kisah kalau kamu tak dapat straight A's , kami dah cukup bangga dengan kamu sebab kamu seorang anak yang baik, taat, solehah dan kamu tidak pernah tinggalkan solat . Dan janganlah takut, ibu ada nii . Shhhh . Malulah dengan kawan kawan, dah besar pon nangis je " pujuk Puan Fatini sambil memeluk Husna .
Naura Husna seorang anak manja, walaupun umurnya sudah genap 18tahun . Tetapi perangainya tetap seperti kanak-kanak yang ingin selalu dimanjakan oleh seorang ibu . .
" Hmm terima kasih ibu . Adik harap sangat result adik gempakkk !!! Lagi gempak macam along " Naura mengumam dileher Puan Fatini .
"Naura Husna Binti Muzaffar Shah . Sila berjumpa dengan Puan Fatin Syamilla iaitu bekas guru Tingkatan 5 anda untuk mendapatkan slip "
"Hah tu pegi cepat . Dah panggil tu . Ibu doa supaya kamu dapat yang terbaik" kata Puan Fatini sambil menggosok kepala anaknya .
"Baik ibu . Ibu doakan yang terbaik tau . Adik takutt ..." kata Naura . Puan Fatima hanya tersenyum . Hailahh anakk .. manja sungguh kau ...
Naura berjalan dengan perlahan sambil bermain dengan jarinya . Mulut tidak henti terkumat-kamit memohon bantuan dari Allah . Cikgu Fatin Syamila hanya tersenyum melihat reaksi Naura . Dia bangga akan anak itu .
" Assalamualaikum cikgu " sapa Naura . Walaupun berasa risau , dia tidak pernah lupa untuk menghormati orang yang lebih tua .
" Waalaikumussalam Naura . Have a seat " pelawa Cikgu Fatin sambil tapak tangannya menunjuk kerusi yang ada dihadapannya .
" Naura , kamu tak perlu risau . Sebab cikgu bangga dengan kamu . Tahniah Naura Husna , kamu telah mendapat straight A's ! " kata Cikgu Fatin dengan teruja sambil menghulurkan slip peperiksaan .
" Ya Allah ! Betul ke cikgu ?Alhamdulillah ! Ya allah . Syukran ya allah . Terima kasihh ! " terserlah kebahagiaan dimuka Naura . Syukur terhadap ilahi tidak henti dari bibirnya .
" Cikgu Fatin , saya nak berterima kasih kat cikgu. Sebab cikgu ajar saya dari saya form1 . Terima kasih cikgu . Kalau bukan sebab cikgu , tak mungkin saya dapat result yang macam ni "
" Hihi takdelah . Semua ni sebab usaha kamu . Cikgu nampak dari kamu form1 . Walaupun masa PT3 , result kamu tidaklah segempak ini . Tapi kami cikgu satu sekolah semua bangga dengan kamu . Tahniah Naura . Tahniah ! " ucap Cikgu Fatin sambil memeluk Naura .
Naura kelam kabut berlari ke arah Puan Fatini . " ibuu ibuuu . Nauraa dapatt !! Naura dapat straight A ibuu !!" beritahu Naura kepada ibunya . Puan Fatini mengucapkan syukur dan berpeluk dengan anak perempuannya .
¤¤¤
Beep! Assalamualaikumm !!
Naura tersedar dari lamunannya . Segera dia mencapai cardigan dan tudung lalu keluar dari rumah . Kelihatan abang postmen sedang menunggu dia untuk memberikan sepucuk surat .
YOU ARE READING
Cinta Yang Kembali
Ficção GeralWaiz Zahidi ♡ Naura Husna " kalau dah jodoh memang takkan kemana . Jika dah memang takdir Allah, cepat atau lambat tetap akan bersama " Hubungan jarak jauh yang terjalin di antara Waiz Zahidi dan Naura Husna atau " Ira " melalui aplikasi WeChat terp...