4🌠

100 12 3
                                    

Naura mengambil tempat di bahagian belakang bersebelahan dengan Hanim . Mereka duduk dan meneruskan lagi perbualan mereka . Sedang mereka berbual . Seorang lelaki memasuki kelas tersebut . Naura serta kawan-kawannya yang lain senyap dan memandang ke hadapan . Eh tu kan Waiz ? Apa dia buat dekat depan tu ?

Waiz melangkah masuk ke dalam kelas tersebut . Dia sedar semua mata sedang tertumpu terhadap dirinya . Dia meletakkan barangnya kemudian berjalan kehadapan .

" Good Morning guys . From now on, I'm your lecture " Ucap Waiz Zahidi sambil tersenyum dan matanya terarah ke Naura . Dia pelajar aku ? Muka dia nak dekat sama dengan Ira . Tanduk dua serupa kot . Ira mana ada pakai spek .

Mulut Naura semakin lama semakin membentuk huruf 'O' . Sungguh terperanjat akan berita ini .

Waiz ? Waizzz pensyarah aku !!

" Let me introduce myself first . My name is Waiz Zahidi . Just call me 'Sir Waiz' . Nama saya senang , 2 perkataan je . So saya harap kamu semua tidak salah tulis nama saya masa hantar assignment nanti" Kata Waiz dan matanya tidak lepas dari memandang Naura yang sedang mencatit nota tentang dirinya .

" I'm 24 years old . Umur kita nak dekat sama right ? Kamu semua baru lepasan SPM kan ? So just anggap je saya kawan awak yang perlu dihormat . Dan pastikan assignment saya dihantar pada masa yang ditetapkan . On time ! Saya nak kita santai-santai je okay ?" Sambung Waiz .

"And .... Memandangkan hari ini hari pertama, saya tidak akan start mengajar . It just an ice-breaking between us . Sekarang saya bagi peluang untuk awak awak tanya saya . Like Q&A gitu . Kemudian saya nak setiap orang berdiri dan perkenalkan diri masing-masing . Okay ?Then start !" Kata Waiz sambil memandang kesemua pelajar yang ada dihadapannya .

" Sir, are you single or married ?"

" Still single guys " tersengih Waiz menjawab soalan itu . Haihh masih muda untuk fikir pasal kahwin ..

"Sir asal mana ?"

" Selangor, Sabak Bernam . "

Dan bermacam lagi soalan yang ditujukan oleh pelajar-pelajar . Naura hanya diam tidak berkutik . Dia masih terkilan . Adakah dia sedang bermimpi ?

" Okay guys rasanya dah banyak dah soalan yang saya jawab . So sekarang saya nak awak semua bangun dan perkenalkan diri masing-masing " kata Waiz sambil menyandar di meja .

Pelajar di hujung barisan pertama bangun dan memperkenalkan diri . Oleh kerana Naura duduk di paling belakang dan paling hujung ataupun dikenali sebagai 'terakhir' hanya diam dan mendengar .

Tidak sedar sudah sampai gilirannya . Hanim memegang tangan Naura dan menyuruh Naura perkenalkan dirinya .

Sekarang ada 30 pasang mata termasuk Waiz sedang memerhati dia . Dengan lafaz bismillah dia mula memperkenalkan diri .
" Ass .. salamualaikum and Hii . Nama saya Naura Husna . Korang semua boleh panggil saya Naura . Saya berasal dari Kota Tinggi, Johor . Tetapi saya sekarang tinggal dengan makngah saya . Hmm itu je kot hehe terima kasih " Senyum Naura kepada semua kawan-kawannya sampai menampakkan lesung pipitnya .


Tercengang Waiz apabila terdengar dari mulut Naura bahawa Naura tinggal di Kota Tinggi dan berasal dari negeri Johor . Ini kerana Ira juga dari Kota Tinggi dan merupakan penduduk Negeri Johor . Dan lagi satu, lesung pipit yang ada di pipi Naura . Amat sebijik seperti Ira . Secara tiba-tiba Waiz teringat akan perbualan pertama mereka di WeChat .


Flashback-

Waiz.Zhdi
Assalamualaikum 😊

Ira
Waalaikumussalam wbt

Waiz.Zhdi
Intro please..

Ira
Sure 😄
Ira 15 Johor

Waiz.Zhdi
Oh wow . We got same age . Emm Johor area mana ?

Ira
Ohh yeke ? Kota Tinggi . Mind to introback ?

Waiz.Zhdi
Semestunya boleh .
Waiz 15 Sabak Bernam .

Ira
Hah ? Sabak Bernam kat mana tu ?

Waiz.Zhdi
Selangor 😊 Nice to know you

EndFlashback

" Sir ?" Panggil seorang pelajar wanita cina yang dikenali sebagai Mei Ling .

Waiz tersedar dari lamunannya, terus berdiri tegak dan memandang pelajar-pelajarnya . Dia memandang Naura, untuk kali kedua, mereka bertentangan mata . Naura sedar akan pandangan tersebut, cepat sahaja dia melarikan pandangannya . Dia tahu ke aku ni Ira ? Aku harap sangat tak . Aku belum bersedia . Ya Allah tolong akuu .

Waiz memandang jam di tangannya . Tak sangka ice-breaking pon lama haihh . Cepat betol masa berlalu .

"So guys, sampai sini jelah kelas kita hari ni . See you next class , class dismiss" tutur Waiz . Seorang demi seorang pelajar keluar daripada kelas .

Apabila Naura berjalan menuju ke pintu kelas, Waiz memanggil Naura .

" Naura ?" Naura menoleh .

" Nama awak Naura kan ?" Naura hanya menjatuhkan kepalanya .

" Awak ada kakak ke ?"

" Ad .. adaa " Naura memandang kasut . Dia tahu apa yang sebenarnya Waiz ingin tahu . Dia pasti bahawa Waiz ingin menanyakan tentang ' Ira'.

" Nama dia ?"

" Ira Hatasya " bulat mata Waiz tetapi ditahan dirinya . Sabar Waiz, Sabarrr...

" Boleh tak awak beri nombor dia dekat saya ?"

" Sir, next class saya bagi . Saya ada hal sekarang . Maaf . " Kata Naura , tenang .

" Oh it's okay . Kamu boleh keluar sekarang" balas Waiz . Naura memandang pandang Waiz, ditunjukkan senyuman lesung pipitnya lalu keluar dari kelas .

Dia mesti ingat Ira tu kakak aku . Haihh . Bisik hati Naura . Naura mendongak memandang Hanim yang memanggilnya dan mereka sama-sama pulang ke rumah masing-masing .

" Ya allah, terima kasih ya Allah . Mudahkanlah urusanku untuk bertemu dengan Ira ya Allah" bisik Waiz dan hanya memandang tubuh Naura pergi meninggalkan kawasan Universiti itu .
Dia mengambil begnya kemudian tinggalkan kelas itu juga .

-------------------------------------------------------------

Dengan tiba-tiba idea baru muncul dalam otak . Actually untuk chapter ni dah lari dari plot . Tapi takpe . Hehe . Saya try sikit-sikit ubah plot untuk chapter selanjutnya .

Don't forget to press the star♡

Cinta Yang Kembali Where stories live. Discover now