8🌠

73 6 0
                                    

Naura duduk memandang suasana kafeteria tu. Memerhati karenah pelajar-pelajar.

Bibirnya mengukir senyuman apabila dia ternampak Hanim yang sedang berjalan kearahnya sambil tersenyum.

"Assalamualaikum" Hanim mengambil tempat di hadapan Naura.

"Waalaikumussalam" jawab Naura seraya tersenyum.

"Weh tadi aku nampak kau naik kereta Sir Waiz. Korang ada apa-apa ke? Pelik jee" Terjongket kening Hanim sambil tersenyum agak sinis memandang Naura.

Naura terpempan dengan kata-kata Hanim tapi hanya dibalas dengan senyuman sahaja.

"Apa kau ni fikir macam tu dekat kita orang. Kami takdek apa-apalah. " Tenang dan bersahaja Naura membalas soalan Naura.

"Minggu lepas aku datang lewat masa yang kau sakit tu. Pakngah aku ada hal so dia tak dapat hantar, makngah aku pulak kereta dia rosak. Kau pon tahu kan? Aku manalah pandai bawak kereta. So aku tempahlah Grab, tapi tulah. Nasib tak menyebelahi aku agaknya. Kereta datang lambat, lepastu traffic jam pulak. "

Naura mencapai gelas air yang dibelinya tadi. Disisip air milo panas itu berhati-hati. Hanim hanya memerhati gerak geri Naura.

"Aku datang lambat 20minutes macam tulah jugak. Malu aku time tu. "Sambung Naura. Naura memandang pokok bunga yang ada di depan kafeteria. Tanpa disuruh, terimbas kembali kejadian sewaktu Waiz menegurnya dikhalayak ramai.

"Lepastu lepas kelas, dia jumpa aku. Dia decided nak hantar dan jemput aku ke kolej dan balik ke rumah. So aku pon setuju jelah. Makngah aku pon setuju. Tu je takdek apa yang pelik pon actually. Korang je overthinking hehe" Naura tersengih. Haihh nasib kaulah Naura. Kan semua orang dah buruk sangka dekat kau, bisik hati Naura.

"Ohh macam tu. Baik no Waiz tu. Lain macam je. Entah-entah dia suka kau tak?" Sangka Hanim.

"Ish apa kau ni merepek je" pintas Naura. Agak malu apabila Hanim berkata begitu.

"Dahlah jom masuk bilik kuliah. Lagi berapa minit je lagi ni" Naura dan Hanim bersama-sama meninggalkan kafeteria itu.

¤¤¤

Kelihatan Waiz masuk ke dalam dewan kuliah bersama-sama seseorang. Naura memerhati gerak-geri Waiz. Sesekali matanya tertancap kepada jejaka yang berjalan di sebelah Waiz.

"Student baru ke tu?"bisik hati Naura.

Semua pelajar dalam dewan kuliah berbisik sesama mereka. Naura memandang Hanim disebelahnya, tersenyum Naura.

Mata Hanim bulat, mukanya seakan-akan sedang beriak terkejut. Mungkin  sedang terpaku dengan ketampanan lelaki itu?

"Eh jap. Macam pernah jumpa je laki tu?" Naura menguman. Mata makin mengecil memerhati raut wajah jejaka itu. Mencuba itu memproses untuk mendapatkan maklumat.

"Good morning, today we have new student." Waiz memulakan kata seraya tersenyum dihadapan sambil matanya memandang ke semua pelajar-pelajarnya yang ada di dalam dewan kuliah ini. Matanya tertancap kearah Naura, semakin lebar senyumannya terhadap Naura. Naura tertunduk, maluu. Kemudian lantas pandangan Waiz kembali terarah kepada pelajar di sebelahnya.

"Zahin, please introduce yourself." Kata Waiz, perlahan.

Zahin berjalan ke hadapan. Dipandang makhluk-makhluk dihadapannya. Seperti Waiz, terarah kearah Naura.

Cinta Yang Kembali Where stories live. Discover now