Jungna's POV
Harini genap seminggu Taerin tak sedarkan diri. Dan seminggu jugakla aku tak pegi sekolah. Aku mintak tolong Jihoon supaya salin nota untuk aku memandangkan exam pon dah tak lama. Setiap hari lepas sekolah, Jihoon akan datang melawat and belikan aku makanan. Parent Taerin pon datang 2 hari lepas. Diorang sediyh betul. Tapi yang sedihnya diorang dah nak kena pegi New York harini sebab ada urusan kerja. Yelah , CEO syarikat besar, mestilah busy kan ? And diorang amanatkan aku supaya jaga Taerin.
Taerin pon tak menunjukkan perkembangan langsung. Kaku jer dia kat situ. Doktor pon kata dah takleh buat apa dah, hanya tunggu Taerin untuk sedar dengan sendirinya. Doktor nasihatkan supaya selalu cakap ngan dia, benda ni penting untuk panggil jiwa dia kembali dalam diri dia.
Ada jugak Jihoon ajak aku pegi sekolah sekali tapi aku tak sanggup nak tinggalkan Taerin sorang-sorang .
Kalau dia sedar time aku kat sekolah camna ?Parent aku pon okayjer asalkan result aku mesti kena cun punya time exam nanti. Yangtu aku tak sure lagi tapi aku harap result aku okay jer, aku pon ada lah baca sikit nota yang Jihoon salin untuk aku.
Aku berjalan keluar daripada hospital, konon nak amek udara segar kat taman hospital nih .
Aku duduk kat bangku yang tersedia kat situ. Dan puff, air mata yang aku tahan selama nih jatuh jugak. Heh, aku ingatkan aku kuat untuk semua benda nih tapi entahla. Aku rasa sedih gila. Aku rasa macam hilang sesuatu. Taerin. Selalunya time time gini, aku selalu lepak ngan Taerin kat kafe berdekatan rumah kami berdua. Sekarang ? Dia kaku kat atas katil tuh. Setiap hari aku berharap yang dia akan sedar tapi dia tak sedar jugak. Kekadang aku rasa cam putus asa tapi aku tahu yang Taerin kuat untuk semua nih.
Aku dah buat keputusan. Kalau esok Taerin tak sedar jugak, lusa aku akan pegi sekolah. Exam pon lagi seminggu jer, aku takleh patahkan harapan omma ngan appa. Diorang nak sangat aku dapat result elok.
Aku mengesat air mata aku. Sekarang dah pukul 2, kejap lagi mesti Jihoon sampai.
Aku berjalan keluar daripada lif. Setibanya aku kat depan wad Taerin, aku tengok ada namja yang ada dalam wad tuh.
"Ehh Jihoon dah sampai rupanya" kata hati aku.
Aku membuka pintu wad Taerin. Ehh, bukan Jihoon tapi...
"Jimin ? Apa awak buat kat sini ?" tanya aku pelik.
"Em saya ada something nak bagi kat awak. Saya tunggu kat depan sekolah awak tapi kawan awak yang rambut blonde tuh cakap yang awak tak datang sekolah and dia suruh cari awak kat hospital nih" terang Jimin.
Okay sekarang ni aku rasa nak luku jer kepala si bahalul tuh. Suka suki mak bapak dia jer pegi bagitau yang aku kat sini. Dahla bagitau kat orang yang dia tak kenal pulaktuh. Hish
"Em apadia eh ?"
"Nahh, saya pegi dulu kayh ?" Jimin blah lepas bagi kotak warna maroon nih kat aku. Aku pon jadi blur kat situ. Apakah ?
Aku cepat cepat bukak lepas aku blur selama 2 minit. Mulut aku ternganga lepas aku bukak kotak yang tak berapa kecik sangat tuh.
Dalam tuh ada cincin bentuk bunga. Cantik gilaa, kena dengan taste aku.
And aku baru perasan yang ada satu kertas yang dilipat lipat kat tepi cincin tuh .
Hai Jungna ❤
Mesti awak terkejut kan ? Hehe saya just nak cakap yang saya suka awak dan saya bagi awak cincin nih untuk menandakan saya dah chup awak dulu ( kalau awak sudi la ) and if awak pakai cincin nih , itu tandanya awak terima saya dan jika sebaliknya , awak boleh bagi balik cincin nih ( nanti pass kat Jimin ) if awak tanggalkan cincin nih, itu maknanya saya tak ada tempat dalam hati awak . Saya harap awak sudi pakai cincin nih untuk selamanya .From ;
Kang Daniel si Instafamous Berjaya ❤Tangan aku terketar ketar pegang kertas tuh. Like seyesly ? Kang Daniel lamar aku ?
Sejak Taerin sakit, aku dah tak pikir pasal Kang Daniel nih sebab keadaan Taerin yang tak berapa baik nih.
Aku tahu yang dia macam kenal aku tapi bila aku dapat tau yang dia suka aku, aku macam tak pecaya lah sebab aku tak pernah jumpak dia langsung . Camna dia boleh suka aku ? Omaigad
Hepi ? Yup, memang aku hepi. Hepi gila. Sape yang tak hepi kan ?
Tengah aku dok hepi hepi tuh tetiba dengar satu malaun jerit jerit nama aku.
"JUNGNAAAA !" laung Jihoon selepas masok ke dalam wad Taerin. Hish, naseb baik Taerin duduk dalam bilik VIP so dia tinggal sensorang. Taklah pesakit lain kena serangan jantung.
"Hish, kau diam sikit boleyh tak ? Bising ahh" kata aku
"Alaaaa , kau piyed ke ? Lain macam jer nada kau tuh." Si Jihoon ni memang mintak pelempang aku nih . Dah la buat salah pastu tak ngaku.
"Kau bagitau sape pasal aku ada kat hospital nih ?" tanya aku dengan nada serius. Eheh, aku acah jer nih. Marah tu memangla ada tapi takdela sampai nak mengamuk bagai.
"Eh em em aku bagitau sorang mamat nih . Wae ? Dia orang jahat ke ?" tanya Jihoon dengan muka inesen dia .
"Oo, baru sekarang kau nak pikir dia orang jahat ke tak ? Naseb baik dia tak tapi kalau betul dia orang jahat camna ? Hish "
"Alaa, aku tengok muka dia suci jer . Dengan pipi mochi dia, mestilah aku bagitau kau kat mana. Lagipun dia kata hal urgent" kata Jihoon dengan nada perlahan sambil menunduk . Alahh, ni yang aku tak kuat nih . Dia dah mula tunjuk aegyo dia
Jihoon menunduk sambil pintal pintal dia punya hujung baju dengan mulut muncung. Aishh, sis tak kuat lah dik ."Ishh, yangtu pon nak majok. Aku tak marah pon lah. Aku saja jer tadi" kata aku sambil tarik kepala dia kat bawah ketiak aku.
"Hehehe, ingatkan kau marah aku bebetol. Eh btw mamat tu buat apa cari kau ?" tanya Jihoon ngan muka curious tahap babun .
"Cer kau tengok dalam kotak tuh"
Jihoon membaca surat tuh ngan penuh fokus. Time subjek fizik kau tak camni pulak ehh ?
"OMO ! SEYESLY JUNGNA ? KANG DANIEL ? LAMAR KAU ?" jerit Jihoon. Tudiatudia bergegor hospital nih dik oi.
"Yup, and aku rasa aku nak terima dia. Aku dapat rasa keikhlasan dia dalam surat tuh. Kau tahukan betapa besar aku crush kat dia kan ?" Aku menjongketkan kening aku
Jihoon hanya membalas senyuman aku dengan senyuman nipis. Dah kenapa budak sorang nih ?
"Emm kesian Lucas , ada lagi ke chance untuk dia ?" Pikir Jihoon .
Just when i think that it is impossible to continue to love you, you prove me wrong
Vomments 💕
YOU ARE READING
♡Instafam ; Kang Daniel♡
Fanfiction"OYEMGEE ! DIA FOLLOWBACK AKUUUUU !" - Kim Jungna "she's cute..." - Kang Daniel Start ; 171217