Jungna's POV
Hari Isnin
Aduh terasa cepatnya dah hari isnin, baru semalam aku tengah syok melayan perasaan dinotice crush, harini dah nak kena gi sekolah. *sigh* Selepas bersiap plus breakfast aku mula mengayuh basikal biru kesayangan aku ni, hadeh asal harini rasa macam sekolah tu jauh siket eh dari minggu lepas ? Ke berat aku dah naik ? 😌
Selepas 6 minit berbasikal, aku pon dah sampai kat perkarangan kandang lemb-- opPs tyP0-sekolah. Aku pon parking basikal aku dengan sopan dan tiba-tiba bontotku yang comel lagikan cute ditampar oleh seseorang.
" ehh sial betul la ! " aku berkata sambil pusing ke belakang untuk tengok sapa yang mintak penampar neraka berbara dari aku ni.
"chill lah Jungna. Aku jer pon. Taerin."
Ouh Taerin rupanya, ingat mamat mana nak amek kesempatan kat aku tadi. Ha Taerin nih kawan aku since zaman hidung berhingus biru lagi ha. Lagipon dulu dia ni selalu sangat menyibuk kat rumah aku sampaikan susu omma aku pon dia rembat . Jadi kitorang ni actually adik beradik susuan la.
"Lah kau ke ? Ingat setan mana tampar bontot aku tadi" aku mengusap bontot aku yang pedih ni. Ni mesti sebab bontot aku ni montok sangatni, tetiba rasa macam nak fefeeling nicki minaj.
"Kau kata aku setan ? Habes kau tu apa ? Bapak iblis ? Ha btw kau apa cita ? Aku dengar si Laicikang tuh reply kau punya komen"
"HAAH DIA REPLY WEYH , AKU HAPPY GILAAAA" aku menggoncangkan badan Taerin, aku pon mula terawang awangan bila pikir balik pasal benda tu.
"Eh stop stop bole bergegar otak kalau kau buat camni selalu. Dah sekarang baik kita gi kelas daripada tercongok kat dataran nih"
"yelah yelah" kitorang pon berjalan menuju ke kelas masing masing sambil aku masih berangan pasal Kang Daniel.
Kelas 5 B-2
Oke jadik ni lah kelas aku. Aku nih bongok sikit so duduk kelas no 2 jer mampu sob sob sob, sape senasib ngan aku ? Angkat bulu ketiak siket.
Lainlah Taerin, perangai setan cenggitu pon otak dia gred A+ so dia duduk kelas no 1 iaitu 5 A-1. Tapi tak jauh pon kelas dia, bertentangan ngan kelas aku je so kadang kadang kami terpaksa melakukan komunikasi jarak jauh.
Baru jer aku nak melabuhkan bontot comel aku, tetiba terdengar ada orang jerit nama aku.
"JUNGNA !!!"
"Hah ?! Kau nak apa Jihoon-ah ? Jerit jerit nama aku pulak. Takde keja lain ?"
"alaaaa, janganlah marah titew~" kata Jihoon dengan comelnya sambil wink kat aku.
"yang kau terkenyit-kenyit mata tuh dah kenapa ? Sakit mata ehhh ? Suara pon terkepit jer aku dengar, dah kenapa engko nih ?"
"hurmmmm, senanya ada orang bagi kau surat....."
Jihoon memberikan surat kepada aku dengan membuat muka saspen."HAH ?! Ada orang bagi surat ? UNTUK AKU ?" jerit aku sambil merampas surat tu dari tangan Jihoon. Pestaim dapat surat ha saited siket.
ZUPPP ! Semua orang pandang aku ngan Jihoon yang ada kat belakang kelas.
"eh , pehal pandang pandang ? Tau la aku gojes pon" aku mengflipkan rambut aku
"PERASAN !!" jerit satu kelas kat aku lalu dorang pon buat keja sendiri.
Uish, diorang ni memang dah rancang nak kata kat aku ni perasan la gamaknye eh. Serentak je semua orang cakap.
"btw sape yang bagi surat ni kat aku weyh ?"
YOU ARE READING
♡Instafam ; Kang Daniel♡
Fanfic"OYEMGEE ! DIA FOLLOWBACK AKUUUUU !" - Kim Jungna "she's cute..." - Kang Daniel Start ; 171217