Tiga benda? Apa benda? Kenapa dia bagi aku? Kenapa aku tiba-tiba terpilih? Aku yang takde life ni? Heh!
Aku memusingkan badan ke sebelah kanan. Memikirkan perkara tersebut membuatkan aku sakit kepala. Walaupun cuma mimpi, tapi entah kenapa aku rasa pelik dengan mimpi tu. Rasa macam betul. Is it really happened?
Haih.. Daripada aku pecah kepala fikir, baik aku ambil angin.
Aku bangun daripada katil empuk kesayanganku lalu mengambil kunci motosikal yang tersangkut pada tempat letak kunci yang ada pada pintu dapur lalu menghidupkan enjin motosikal. Mak aku takde. Jadi aku hantar ws je. Kata aku nak keluar ambil angin sekejap.
Mula-mula aku bersiar-siar satu kampung. Yeah.. Aku tahu berdosa berjalan tanpa arah tuju ni. Jadi, aku bawa pergi jauh sikit. Bandar. Yeah. Tanpa lesen. Bagus kan aku ni? Mohon jangan contohi. Tapi sekurang-kurangnya aku pakai topi keledar. Doa-doa jelah polis tak buat road block. Kalau buat, mampus aku kena ceramah sampai mati oleh mak ayah aku.
Sekarang aku nak pergi tgk wayang. Bosan. ECM! Here we go! Aku tiba di mall itu setengah jam kemudian. Aku naik ke tingkat atas yang ada panggung wayang lalu beratur untuk membeli tiket.
"Sorang jeke?" tanya satu suara. Suara tu!!!
Aku memandang mukanya. Ok. Boleh tahan handsome la.. Tapi tak handsome macam abangtan aku of course!
Aku segera ke kaunter untuk membeli tiket memandangkan giliran aku telah pun tiba. Pertanyaan dia, aku abaikan macam tu je.
Selepas itu, aku pergi ke KFC untuk makan. Lambat lagi kot movie. Pukul 12.05. Sekarang baru pukul 11. Ada satu jam 5 minit lagi. Aku lapar!
Aku memesan ayam dan duduk di tempat yang biasa aku duduk masa aku lepak dgn rakan setusyen aku dulu. Yeah.. Mai, Bell, Aima, Yumie, Lisa, Luq, Wan, Riz dan Fira serta beberapa lagi rakan yang aku tak rapat sangat.
Haih.. Rindu betul diorg. Aku, Luq, dan Fira je yang masih belum sambung belajar. Fira dan Luq bekerja. Jadi, aku tak bolehlah nak lepak sangat dengan diorg. Yang lain ada yang asasi, matriks dan poli. Aku rindu nak lepak dengan diorg.
Aku mencubit KFC tersebut lalu memasukkan ke dalam mulut. Sedang aku mengunyah, ada seseorang meletakkan dulang dia atas meja yang aku sedang 'bertakhta' ni. Aku memandang manusia durjana tersebut.
Ehhhh!!! Dia lagi?!! "This is my table."
"Oh yeah? But there is no name on this table. So, saya boleh bebas makan kat sini, right?" katanya sambil memasukkan kentang ke dalam mulutnya.
Cis! Susah nak mengaku. Tapi dia betul. Lagipun meja lain semua dah penuh. Meja aku je yang ada banyak ruang. "Whatever."
Lepas tu, kitorg makan dengan senyap."So, movie apa yang awak nak tgk?"
Aku mencerlung. "Bukan urusan anda."
"Wuisyy... 'anda'. Interesting." Dia mengangkat dulangnya lalu meletakkan di tempat dulang. Kemudian dia menghilang. Lol.
***
Aku melilau mencari tempat duduk. Sempat beli popcorn tadi. Aku suka pilih seat yang dua tepi tu. Aku panggil dia couple seat je. Entahlah apa nama dia. Haha... Dulu aku selalu tgk wayang dengan Mai. Sekarang, aku sorg. Aku harap sangat takde org ambil seat sebelah aku. Tapi melangnya...
"Haih... Dia ni lagi." Aku mengeluh.
"Hei, anda! Kita berjumpa lagi! Ni seat anda ke? Duduk, duduk."
"Perli nampak." Aku memutarkan bebola mata aku. Kemudian duduk. Takkan nak rembat seat org lain kan. Haih.. Boleh pula sama dgn mamat ni. Dah la lintas aku masa aku nak buat pembayaran. Pastu kacau aku makan. Pastu....
Haih..
***
Setelah habis menonton wayang, aku keluar ke tandas. Lama gila movie tu. 3 jam kot. Tapi aku tak faham kenapa orang dalam tu menangis. Ok. Memanglah sedih sebab heroin dia meninggal. Tapi tak payahlah menangis sampai tak ingat dunia. Cerita je.. Relax la. Perempuan tu hidup lagi kot sekarang. Di dunia nyata ni.
Setelah selesai membuang, aku ke tempat letak motosikal. Kepala aku tiba-tiba jadi pening.
Aku ternampak mamat tadi memandu kereta di hadapan aku. Aku tak hiraukan dia. Aku menghidupkan motosikalku lalu pulang ke rumah. Nampaknya kitorg menggunakan jalan yang sama. Lagi. Entah kanapa... Mata aku asyik memandang kereta yang dipandunya. Lampu isyarat bertukar hijau. Tanda boleh jalan. Mamat itu pun mula pandu keretanya. Kemudian, bam!!!
Pening aku hilang. Apa tu?
YOU ARE READING
Takde life
DiversosPasal seorang manusia yang membosankan. Lemme bagi amaran. Ada sedikit fantasi. K tu je.