1

30 1 0
                                    

Hujan renyai membasahi tanah. Hari ini sangat sejuk. Aku mengeluh seketika. Kemudian, aku memandang ke luar tingkap yang tertutup rapat. Aku baru lepas habis tengok anime di laptop aku. Kuroko no basket! Semua seasons aku habiskan dalam masa tiga hari!

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dengan malas, aku mencapai tuala aku lalu mandi selama 30 minit. Buat apa lama sangat? Menyanyi lagu BTS la.. Hehe.. Adik²ku semua pergi sekolah. Maklumlah, aku baru lepas habis sekolah. Sebab tu duduk rumah aje. Mak aku kena teman mak cik aku. Tak tahu la buat apa. Ayah aku pula kerja. Menukang di rumah jiran sebelah. Yes! Aku bebas memekik, melolong macam orang gila.

Selesai mandi aku buka fon. Kawan baik aku, Mai, ws aku tanya khabar. Aku balas dengan mengatakan, 'aku rindu kau gila! Balik sini cepat! Kita lepat kat ECM macam dulu²!'. Dia hantar emoji gelak. Kami bermesej selama setengah jam. Kemudian, dia kena off sebab nak buat assignment. Yeah... Budak Asasi memang busy.

Aku baring atas katil. Merenung siling. Haih.. Bosannya.

*****

Keesokan harinya, aku minta izin mak aku untuk keluar berjalan-jalan memandangkan cuaca panas terik hari ni dan aku bagi. Oh yeah!!! Aku pergi warung Cik Bedah, makan ABC. Yum yum! ABC Cik Bedah la yang paling sedap di dunia. Tak macam ABC di warung Pak Selamat. Bila makan je sakit perut. Selamatlah sangat!

Selesai makan, aku pergi ke kaunter pembayaran untuk bayar makanan. Yeah... Warung ni maju sikit. Tak macam warung² lain.

Aku menunjukkan bil yang aku terima semasa aku membuat pesanan tadi. Tiba-tiba, ada seorang lelaki memintas aku.

"Nah. Ni bil. Ni duit. Keep the change," kata lelaki itu sebelum menghilang daripada pandangan. Aku tak sempat tengok muka dia. Tapi aku akan ingat suara dia. Berani dia pintas aku!!!

Anak saudara Cik Bedah terpana sekejap. Aku cepat-cepat menyedarkan dia lalu membayar. Kemudian aku balik rumah.

Takde life Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang