Hari demi hari berlalu, akhirnya, aku akan bergelar seorang siswi universiti. Yay! Aku dapat sambung belajar di sebuah universiti di Melaka. Jadi, hari ini aku akan mendaftar sebagai seorang pelajar. Tak sabarnya!
Pagi² lagi aku bangun untuk bersiap. Family aku semua tgh tidur lagi. Maklumlah, penat. Dari Pahang ke Melaka. Jauh wehhhhh! Semalam sampai kat rumah sewa pun dah pukul 12 tgh malam. Mmg penat la jawabnya. Aku je yg rajin bangun pukul 4 pagi. Excited punya pasal. Dah la dalam kereta 6 jam tu aku tak tidur langsung. Mmg habis la aku lepas ni kepenatan dan mengantuk.
Hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Aku mendapat kolej yang jauh dari fakulti. Bagus! Bagus sangat!!!
Terkial-kial aku dan keluarga pada mulanya, ketika kitorg nak mencari kolej. Selepas tanya orang, baru jumpa. Betullah kata orang, malu bertanya sesat jalan.
Jumpa aje kolej aka hostel aku, aku terus membawa naik barang-barang aku lalu susun di dalam almari berkunci.
Selepas itu, aku menyalam kedua-dua ibu bapa aku. Mulalah sesi air mata membasahi pipi. Maklumlah, pertama kali berjauhan dengan keluarga. Sebulan setengah pula tu! Walaupun cuma interim.
Aku dan roommates aku saling berkenalan setelah keluarga kami beredar. Sebilik empat orang. Katil double decker. Aku ambil bahagian atas manakala bawah aku Tiya. Fina dan Adira di sebelah kami bahagian atas dan bawah.
Keesokan harinya, mulalah sesi orientasi.
Baju kurung sudah kupakai. Warna biru, dijahit sendiri oleh mak aku. Hobi mak aku ialah menjahit. Sebab itulah aku yang ada paling banyak baju kurung dalam bilik ni. Hampir 10 pasang baju kurung.
"Siswi! Pantas, siswi!"
Tu dia.. Senior dah menjerit dari tingkat bawah.
"Weh! Cepat la siap!" Adira dah siap pakai kasut.
Aku pun cepat-cepat coret lip balm lalu menyarungkan kasut. Begitu juga dengan Tiya dan Fina.
Kami semua beratur di tempat parkir kereta di hadapan kolej. Beratur macam apa je.. Terabur habis!
"Beratur tu eloklah sikit! Korang budak tadika ke nak kena susun?!!" Senior dah memekik macam kitorang ni berdiri 10km jauh dari dia.
Barulah masing-masing terkial-kial nak beratur ikut barisan. Lepas tu, bising pula.
"Beratur pakai mulut ke?!"
Waduh! Senior ni.. Sabarlah.. Pecah suara tu nanti, tak pasal-pasal kena makan strepsils. Kami ni budak baru nak belajar. Mana boleh tengking-tengking. Karang ada yang viral nanti, baru tahu!
Tak main la mengadu parents. Kita budak U, main viral. Haha...
Selepas puas kakak-kakak senior membebel pasal attitude, akhirnya kami bertolak ke Dewan Utama.
Berdasarkan apa yang dibebel tadi, kita kena...
1) Senyum sentiasa
2) Bagi salam atau selamat pagi/petang/malam
3) Sentiasa ucap terima kasih kepada yang membantu
4) Hormat orang tak kira tua muda
5) Jaga bahasaYang kelima tu... Serius weh.. Aku culture shocked sekejap bila masuk sini. Diorang memang suka curse (mencarut). Perkataan bod*h itu boleh diibaratkan 'I love you' dalam bahasa kasar.. Sis budak baik.. Sis tak curse. Heee..
Baik sangat.
Tiba aje di Dewan Utama, kami diberikan masa untuk bersarapan. Sarapan juga telah disediakan di luar dewan. Kami makan dengan cepat dan pantas memandangkan ruang makan tersebut sangat terhad. Pelajar ada 2300++ kot. Jadi, 500 siswa terawal akan makan dahulu lalu diikuti dengan 500 siswa seterusnya.
Jadi, slogan 'pantas siswa, pantas!' mmg sentiasa digunakan sepanjang tiga hari aku orientasi di sini.
Hari ketiga orientasi ialah hari yang aku tunggu-tunggukan. Kenapa? Sebab dah tiga hari aku tidur lewat, bangun awal wehhhhh!!! 😭 Huu.. Nak nangis aku. Dah macam kem apa dah. Tidur 2 jam ke sehari.
Lepas ni boleh tidur puas-puas!
"Weh... Aku nak pergi tandas jap," kataku kepada kawan satu kolej aku. Aku tak duduk sebelah roommates aku ketika itu.
"Ok!" kata Etty.
"Jagakan beg tau!" pinta aku. Aku nampak dia mengangguk sebelum aku pusingkan badan aku menuju ke pintu keluar.
Aku membasuh tangan selepas melunaskan hajat.
Aku terdengar suara mengatakan majlis hendak bermula. Aku segera berlari keluar.
Namun aku terlambat....
"Haa! Yang tu kenapa lambat?" tegur lelaki senior di atas pentas dengan mikrofon yang sememangnya boleh buat semua org menggigil.
"Ttt... Tak. Saya dari tandas," jawab aku.
"Siapa benarkan kau pergi tandas?" soalnya dengan suara yang kasar.
Aik? Pergi tandas pun tak boleh? Ingat dah masuk universiti ni bebas la sikit. Tak perlu permission bagai. Lagipun aku pergi tandas sebelum majlis mula kot.
Aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa.
"Dah la tu, Zahid. Jangan buli dia. Dah janji nak jaga junior dengan baik kan?" Kakak senior di sebelah cuba back up aku. Akan tetapi dia terdiam bila senior yang bernama Zahid itu memandangnya dengan mata yang tajam persis helang ingin sambar ular.
Zahid memandang aku semula.
"Ha! Siapa izinkan kau pergi tandas?" dia soal balik.
"Aku." Seorang kakak senior menjawab. Aku mendengar Zahid merengus sebelum dia meneruskan majlis.
Kakak senior itu terus suruh aku duduk. Aku cepat-cepat lari lalu duduk di tempat duduk aku. Sempat aku curi-curi tengok tag nama yang dipakai oleh kakak senior tersebut. Jannah. Thanks kak Jannah!
"Weh! Cuak gila doe aku tadi!" kata Etty.
"Kau je cuak? Aku tak? Rasa cam nak mati dah tadi," jawabku dengan suara yang perlahan.
____________________
End of this chapter~~~
Thanks for reading.
Hit the star button please 😘💕. Thanks!

ANDA SEDANG MEMBACA
Takde life
RawakPasal seorang manusia yang membosankan. Lemme bagi amaran. Ada sedikit fantasi. K tu je.