4

21 1 3
                                    

Aku baru sahaja hendak memakai topi keledar, kemudian aku ternampak mamat tadi lalu di hadapan aku menuju ke tempat parkir kereta. Aku teringat vision yang aku nampak tadi. Wait.. Did I just....??

Ok. Belum pasti lagi. Aku pun buat tak endah dengan dia dan vision yang muncul dalam kepala aku tadi. Aku menghidupkan enjin motosikalku lalu menunggangnya menuju ke jalan besar.

Beberapa minit menunggang, aku tak nampak pun kelibat lelaki tersebut. Mujurlah... Aku tak nak kemalangan berlaku depan mata aku!!!

Aku tersenyum sikit. Aku ingat aku boleh tgk masa depan tadi. Rupa-rupanya, hanya khayalan semata-mata.

Hanya beberapa saat kemudian, kereta mamat itu meluncur laju di sebelah aku. Aku terpana. Lampu isyarat merah di hadapan membuatkan aku berhenti seketika. Aku memandang kereta putih di sebelah kanan aku selang 3 buah kereta. Exactly like what I saw! Dan lepas ni dia akan kemalangan akibat daripada lori simen yang meluncur dari tepi bukit. Yeah.. Kitorg bukan kat bandar lagi.

Lampu bertukar hijau dan apa yang aku nampak betul² jadi kenyataan. Kereta mamat tu bergerak dulu ke hadapan mendahului kereta² lain dan selepas itu kena langgar dengan lori simen yang diparkir di lereng bukit. Bam!!!

Mata aku terbuntang. Aku tak sangka ia betul² berlaku. Aku terpana dan tak tahu nak buat apa. Kereta-kereta lain tidak bergerak memandangkan lori tersebut menghalang jalan. Kesesekan lalu lintas telah berlaku. Bunyi siren ambulan sayup-sayup aku dengar dari jauh.

Mamat tu dikeluarkan perlahan dari perut kereta. Aku tersedar daripada lamunan aku. Aku meninggalkan motosikalku lalu mendekati mamat tu.

What am I doing?

"Cik. Cik ni siapa?" tanya doktor or nurse perempuan aku tak tahu apa nak panggil. Tapi dia nampak macam nak halang aku dari ikut sama.

"Saya tunang dia." Aku tipu. Perempuan tu mengangguk tanda faham lalu membenarkan aku naik ambulan.

Damn! Mak aku akan mengamuk besar lepas ni. Sebab aku tinggal motosikalku kat tepi jalan. Mujur aku sempat kunci. Tapi kalau org nak curi tu, macam² cara diorg cuba. Kan?

Aku terdiam memerhatikan mamat kat depan aku yang sedang terbaring tak bermaya ni. Doktor-doktor tersebut sibuk memasang alat pada badannya. To be honest, aku ada fobia dengan hospital dan tiub² yang dipadang pada badan mamat ni membuatkan aku rasa nak muntah.

Tapi aku tak tahu kenapa, tubuh aku bertindak balas mengikuti ambulan ni. Aku rasa... Bertanggungjawab maybe? Or lebih kepada rasa bersalah?

Tiba-tiba, poket mamat ni bercahaya diikuti dgn rington lagu DNA. Ceh! ARMY rupanya. Aku menyeluk poketnya lalu mengambil iphone miliknya. Tertera nama Bonda.

"Hello, Raiqal! Raiqal kat mana? Sudah-sudahlah tu merajuk. Baliklah..." Suara si ibu merayu.

Oh.. Raiqal nama dia?

"Emm.. Raiqal accident la mak cik. Ni saya tengah ada dalam ambulan nak ke hospital," jawab aku dengan suara yang lembut.

"Apa?!!! Raiqal accident!!!" Kemudian, talian terputus. Aku rasa mak dia pengsan sebab macam dengar bunyi fon jatuh.

Tak lama lepas tu fon Raiqal kembali berdering. "Hello, saya adik Raiqal. Boleh saya tahu hospital mana yang abang saya akan dibawa?"

Suara perempuan. Adik dia kot. Dah dia membahasakan Raiqal sebagai abang.

"HTAA."

"Ok. Thanks. Please take care of my brother before we came. Kitorg kat KL sekarang," kata adiknya sebelum mematikan talian. Sempat aku balas 'ok' tadi.

Takde life Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang