Aku ketawa terbahak-bahak melihat Raiqal yang menggigil ketakutan selepas keluar dari rumah hantu. Hampeh punya lelaki! Ingat berani la sangat! Belum lagi jumpa hantu betul tu. Kalau jumpa hantu real, aku rasa dia yang pengsan dulu.
Raiqal menjeling aku seperti petir memancar. "Apa jeling²? Ingat saya takut? Cucuk mata tu kang!" ugut aku.
Raiqal pasrah dengan perangai aku. Hahahahaha.. Padan muka.
"Emm... Awak. Nak ais krim, boleh?" pinta aku. Walaupun kat sini sejuk gila, tapi bila aku ternampak budak dalam umur lingkungan 5 tahun makan ais krim, terliur pula.
"Dah puas gelakkan orang, minta ais krim pula." Raiqal memerli tapi dia bangun juga untuk belikan aku aiskrim.
"Hehe.. Sorry." Aku bangun mengekori Raiqal. "Nak perisa coklat tau," tambah aku. Raiqal hanya diam menurut.
Kami bertiga pulang ke rumah setelah puas berseronok. Riana terus menuju ke bilik air di dalam biliknya untuk mandi kerana bajunya terkena muntah.
Aku meneroka di ruang tamu. Ada sebuah piano klasik di situ. Aku menekan satu key(?) piano tersebut. Sejujurnya, aku tak pandai main piano.
"Reti ke main piano?" tanya Raiqal yang muncul entah dari mana.
Aku menggeleng.
"Nak saya ajar?"
"Nak!" Aku teruja sebab memang dah lama aku teringin nak main piano.
Raiqal mula mengajar aku dan tak sampai sehari, aku dah mampu mengingati not-not piano.
"Wah! Cepatnya awak belajar. Jenis cepat tangkap juga kan girlfriend saya ni?" Raiqal memuji. Hmm.. Aku tahu aku bijak. Kk.. Perasan gila kan aku ni?
Aku hanya tersenyum. Beberapa hari kemudian, aku dah boleh main piano. Hurayyy!!! 🎊
Jadi, setiap petang, kalau Raiqal and the family nak cari aku, memang diorg akan cari aku kat ruang piano. Haha...
Sedang aku memainkan lagu i need u, Raiqal datang menerpa.
"Esok dah nak balik. Bolehlah start packing hari ni," kata Raiqal.
Aku berkerut muka. "Esok? Cepatnya!"
"Yelah, esok. Awak nak stay sini berapa lama? Tak ingat family kat rumah dah ke?" Dia memerli sambil tersenyum sinis.
"Eh, eh! Suka hati je tuduh saya macam tu." Aku berpeluk tubuh. Geram.
Raiqal gelak seketika. "Mana ada tuduh. Dah dah.. Pergi packing. Esok pagi pukul 5 kita bertolak ke Airport."
Mata aku terbeliak. "Pukul 5???!!!! Kenapa awal sangat?!!"
"Sebab tu je tiket yg ada. Dah dah. Jangan banyak soal. Pergi packing!" Tu dia.. Keluar dah ketegasan Raiqal. Siap cekak pinggang lagi.
"Yelah..., " kata aku.
"Assalamualaikum!" Aku memberi salam setelah tiba di rumah.
"Waalaikumussalam. Haa.. Baru balik?" soal mak aku.
"Ya... Baru balik." Aku memasuki rumah sambil mengangkat barang² yang aku beli di sana. Raiqal dan Riana mengikuti aku di belakang.
Macam biasa, mak aku akan sediakan minuman untuk tetamu. Cewahh.. Boyfriend aku tu tetamu. Pfft. Aku masih tak percaya dia boyfriend aku. Tetiba je..
Selepas itu, kami berbual pasal apa yang berlaku ketika di London. Habis semua aku cerita kat keluarga aku. Kesian Raiqal bila aku tgk muka dia berona merah bila aku cerita perihal dia sewaktu dia kecil.
Bila dah nak dekat Maghrib, Raiqal dan Riana meminta diri ingin pulang.
"Makcik, saya balik dulu ye."
"Ehh?!! Nak balik dah? Yelah.. Jaga diri elok²," kata mak aku.
"Haa sebelum tu, saya nak bagi sesuatu kat awak," kata Raiqal kepada aku.
"Huh? Nak bagi apa pula ni?" soal aku.
"Jap." Dia terus turun ke kereta lalu mengambil sesuatu dari dalam bonet. Agak besar. Eh? Dia nak bagi aku TV ke? Serius la?
"Nah." Raiqal menghulurkan kotak tersebut kepada aku.
"Apa ni?"
"Portable piano. Nanti awak boleh bawa bila dah sambung balajar," katanya sambil tersenyum.
"Eh??? Serius la???" Aku teruja gila!
"Kalau tak nak, takpe." Dia acah² nak ambil balik piano tu daripada aku.
"Ehhh!!!! No! Dah bagi, mana boleh ambil balik. Buruk siku!" Aku segera melarikan piano itu ke dalam bilik. Aku terdengar mereka semua gelakkan aku kat ruang tamu.
Selepas sesi bersalaman, akhirnya Raiqal dan Riana betul² pulang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takde life
AléatoirePasal seorang manusia yang membosankan. Lemme bagi amaran. Ada sedikit fantasi. K tu je.
