Keesokan harinya, Riana dan Raiqal berpindah ke rumah baharu mereka. Aku tolong apa yang patut.
Setelah mereka hilang daripada pandangan aku, aku masuk ke dalam bilik aku semula. Aku nak kemas baju² aku. Lipat elok-elok dan susun macam mana aku susun novel. Satu-satunya benda yang aku reti susun. Buku lain jangan harap aku nak layan macam Queen! Hanya novel, okay?! Sedang aku melipat pakaian, perbualan semalam terngiang-ngiang di ingatan aku.
Semalam aku tanya kepada Riana, kenapa Raiqal ada kat sini? Yelah.. Diorg kan duk KL. Riana pun menjelaskan bahawa Raiqal sebenarnya marajuk dengan mak diorg, Untie Zainab, sebab nak jodohkan dia. Dia tak nak kahwin muda. Umur dia baru 23 kan. Jadi, dia lari la...
Aku tiba-tiba tergelak. Lawaklah! Merajuk dengan mak sampai lari ke Kuantan. Lepas tu, lepak kat ECM semata-mata nak tengok wayang. Tak ke lawak? Padahal kat KL ada wayang. Hahahahaha...
"Amboi, kak! Terkena happy virus ke?" Adikku, Adil, mengakhiri flashback aku.
Aku ketawa kuat sangat ke? Hahaha.. Lantaklah.
"Yelah kot." Aku masih dalam sisa tawa. Adil dah tergeleng-geleng kepala. Dia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih ketawa macam orang gila.
10 minit aku lipat baju tapi masih tak siap-siap. Aku geram lalu aku ambil penyangkut dan sangkut semua baju. Easy breezy.
Seminggu lagi aku dah nak masuk U. Persiapan semua telah dibeli. Tinggal nak kemas je. Aku lebih suka kemas sehari sebelum bertolak. Hahaha.. Tapi kali ni aku kemas dua hari sebelum bertolak kot. Takut² terlupa beli barang. Aku paling stress kalau barang takde. Rasa nak mengamuk je.
Selesai menyangkut, aku text Mai.
Aku: Hoi, manusia.
Mai: Ya, hamba Allah. Kenapa?
#Deep
Aku: Takde apa.. Saje kacau. Bosan doe
Mai: Nanti masuk U kau tahulah macam mana.
Aku: Hahaha.. Tu yang aku malas.
Yes... Aku malas gila nak study. Tapi kalau nak ada kerjaya yang bagus, kenalah study kan? Nak nak aku. Aku nak jadi interpreter. Tu impian terbesar aku setakat ni. Yelah.. Mana tahu boleh jadi interpreter untuk BTS ke... Kan? Hahaha.. Perasan jap.
Mai: Oklah. Aku off dulu.. Ada assignments ni.
Aku: Hmm.. Yelah.. Bye. Love you.
Mai: Bye. Love you too.
Huwarghhh!!! Mai busy!!! Apa pasal life aku ni bosan sangat?!! Apa aku nak buat lepas ni??
Aku dah terbaring atas katil.
"Heisyy! Tak boleh jadi ni! Kena cari kerja juga nak buat!" Aku bangun dengan semangatnya.
Lastly, aku baring semula dan tidur.
***
Dua jam kemudian, aku dikejutkan dengan bunyi nada dering not today oleh bts. Tahulah aku ada orang call.
Aku meletakkan fon aku di telinga sambil bertanya dengan suara yang serak dan mata yang masih terpejam, "Hello, siapa ni?"
"Hei! Ni Rianalah!" jerit Riana. Aku melihat nama yang tertera pada skrin telefon aku. Betullah Riana.
"Hmmm.. Nak apa?"
"Nak ajak pergi London. Boleh?"
Aku terbuntang mata. London? Aku terus turun dari katil lalu tanya mak aku sebelum nak aku masuk kerja syif petang. "Mak. Riana ajak pergi London. Boleh?"
Mak aku terdiam sejenak. "Hmm.. Nak buat apa?"
"Weh, Riana? Mak saya tanya, nak buat apa?" aku tanya Riana memandangkan dia belum end call.
"Saje melancong sebelum kita sambung belajar. Bagi fon kat mak awak. Biar saya pujuk."
Aku buat apa yang disuruh.
"Waalaikumussalam," kata mak aku kepada Riana.
"Oh.. Tahu.. Nak buat apa? Oh.. Macam tu... Semua dah ada?"
Aku tergaru-garu kepala mendengar mak aku bercakap. Apa yang dah ada?
"Oh.. Ok.. Kalau macam tu, mak cik izinkan," kata mak aku lagi. Aku bersorak keriangan dalam hati.
Aku mengambil kembali telefon kesayangan aku lalu tanya Riana, "So, bila nak pergi?"
"Sekarang. Tak payah kemas. Tak payah bawa apa². Semua passport, baju dah ada. Bawa diri je. Saya datang 20 minit lagi."
"Tapi..." Riana sudah memutuskan talian.
Tak guna.
Namun begitu, aku tetap bawa sesuatu. Handbag aku. Tempat aku menyimpan segala barang perempuan.
Seperti yang dikatakan, 20 minit kemudian Riana tiba dengan Raiqal di sebelah. Dah kenapa mamat ni ada sekali?

ANDA SEDANG MEMBACA
Takde life
De TodoPasal seorang manusia yang membosankan. Lemme bagi amaran. Ada sedikit fantasi. K tu je.