7

10 2 0
                                    

"Kenapa dia ni ada sekali? Dah sembuh ke? Lagi satu, kenapa suddenly ajak pergi London?" tanya aku selepas menutup pintu kereta milik Riana. Takkan dia dah sembuh kan? Tadi pun masih kena pakai tongkat. Pastu dah la baru je hantar diorg pergi. Tetiba je datang balik ajak pergi London. Tak ke pelik?

Riana diam seketika. "Grandma dgn grandpa nak jumpa."

"Huh?!" Aku buat muka pelik aku. Sumpah hodoh.

"Bonda cerita kat grandparents kitorg pasal Airin. Jadi, diorg nak jumpa. Sebelum Airin busy, baik kitorg bawa sekarang." Raiqal menjawab dari belakang.

"Oh.. Saya tak tahu pula korg ni ada darah mat salleh." Serius aku tak tahu. Patutlah rambut diorg perang semacam je. Ingat warna ke apa. Macam orang zaman sekarang suka buat. Diorg suka warna rambut kasi perang.

Lama duduk dalam kapal terbang. Akhirnya, aku tertidur. Entahlah dah berapa jam kapal terbang ni meluncur di udara menembusi awan, akhirnya, tiba jua di destinasi.

Aku menguap sambil tutup mulut lalu turun daripada perut kapal terbang tersebut. Selepas itu, ada pemandu datang menjemput kami dengan kereta yang agak mewah, err.. Sorry tak tahu jenama kereta; lalu kami dibawa ke vila.

"Grandparents korg tinggal kat vila ni? Besarnya! Tak bosan ke?" aku mempersoalkan.

"Tak bosan kot. Vila ni ada ramai maids." Raiqal menjawab.

Aku mencari maids yang dikatakan. Diorg semua memakai uniform yang sama. Semua perempuan warna pink. Lelaki pula warna purple.

Kitorg disambut dengan sangat mesra oleh maids di vila tersebut. Disebabkan kitorg berempat tak bawa barang, jadi maids tak perlu susah² bawa barang kitorg.

"Jom. Saya tunjukkan apa yang ada dalam vila ni." Riana mengheret aku meninggalkan maids dan Raiqal yang sedang berehat di ruang depan.

Selepas dua jam tour, akhirnya, Riana menunjukkan bilik tidur dia.

"Haa.. Ni bilik tidur saya. Kita kongsi bilik tidur ye? Ke awak nak tidur kat bilik tetamu?" tanya Riana.

"Eh! Takpe! Kongsi lagi bagus!" Aku segera menolak. Takutlah sorg² kat rumah sebesar ni. Buatnya ada hantu ke apa.. Tak ke naya?

Aku terus terlelap sejurus selepas aku meletakkan kepala di atas bantal. Penat kot. Walaupun aku dah tidur dalam kapal terbang, tapi itulah.. Tak best kalau tak boleh baring.

*****

Aku dikejutkan dengan bunyi jam loceng milik Riana. Dah Subuh rupanya. Aku terus masuk ke dalam bilik air lalu mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk, aku membentangkan pula sejadah.

Alamak! Aku dilanda masalah besar! Mana arah kiblat!?!

Aku memandang Riana. Riana masih lagi tidur nyenyak persis Princess Aurora yang terkena sumpahan. Aku tak sampai hati nak kejut dia.

Tapi kena kejut juga! Sorry Riana!

"Riana! Riana!" Aku menggoncang bahunya dengan perlahan.

Riana merungut. "Mmmm... Apa?"

"Kiblat arah mana?" tanya aku.

Tak semena-mena, Riana bangkit dari tidurnya. Habis muka aku ditampar Riana. Haa.. Itulah.. Duduk dekat sangat tu kenapa?

"Dah Subuh ke?" soal Riana. Aku hanya mengangguk sambil menggosok pipi pau aku. Ehhh!! Jangan salah faham!!! Aku tak gemuk, k! Pipi aku je pau sikit. Bukan aku tak nak diet.. Cuma.. Diet tak swag arrr... We need to eat like Jungkook!

"Sorry... Sakit ke? Nak saya ubatkan?" tanya Riana.

"Eh! Tak payah! Ni.. Mana arah kiblat ni? Puas aku tunggu jawapan kau!" Aku memeluk tubuh. Tanpa sedar, aku menggunakan 'aku-kau' dengan Riana. Riana pula nampaknya masih mamai. Mungkin dia tak sedar.

Riana turun dari katil. Dia mengambil sejadah lalu membentangkannya ke arah kiblat. Aku terus menunaikan solat subuh sementara Riana pula mengambil wuduk dalam bilik air di dalam bilik tidur Riana itu.

Usai solat Subuh, aku segera mandi lalu memakai baju yang telah disediakan. Riana cakap, baju aku dalam almari warna pink. Dalam bilik Riana ada tiga almari. Warna purple ada dua manakala satu lagi almari, warna pink. Yang itulah kot almari baju aku.

Aku membuka pintu almari tersebut dan wow! Aku terpana. Lawa kot baju-baju dalam ni. Siap ada bau kedai lagi! Aku rasa serba salah pula nak pakai tapi disebabkan aku tak bawa pakaian aku sendiri, jadi terpaksalah aku pakai juga dress long sleeves berwarna biru itu. Dress tu yang paling tidak menonjol bagi aku. Sebab itu aku capai dress tu.

Sempat aku capai seluar jeans dan shawl biru gelap sebelum menutup pintu almari. Jadah apa pakai dress dengan seluar jeans? Lantaklah! Asalkan aku bahagia.

Ketika aku melilit shawl, Riana sudah siap berpakaian. Simple je dia pakai. Dress berlengan pendek dengan rambut diikat tinggi. Aku pula terkial-kial kat sini nak belit shawl. Al maklumlah, diorg lupa nak sediakan jarum dan kerongsang. So, aku kena berjimat dengan jarum dan kerongsang yang aku ada. Tch! Baru ingat nak lilit lawa².

"Grandma dengan Grandpa dah tunggu kat bawah. Kita sarapan sama-sama," kata Riana sebelum meninggalkan aku yang mengenakan pin terakhir pada tudung bahagian kepala.

"Ok," jawabku. Semalam tak sempat nak jumpa dengan grandparents Raiqal dan Riana sebab diorg ada hal mustahak yang harus segera diuruskan.

Aku memulas tombol pintu lalu melangkah keluar dari bilik. Riana dan Raiqal sudah menunggu di luar. "Aik? Tak turun lagi?"

"Belumlah... Tunggu Tuan Puteri yang satu ni." Raiqal menjongket sebelah keningnya. Menyampah aku tengok.

"Dah kenapa? Ada masalah otot muka ke apa?" Terang-terang aku perli. Kalau dia tak faham, aku tak tahu nak cakap apa.

"Mana ada..."

Mata aku turun ke kaki Raiqal.

"Eh? Dah tak pakai tongkat?" soal aku.

"Yup! Semalam saya pergi hospital kat sini. Doktor kata saya dah tak perlu pakai tongkat tapi saya masih tak boleh berjalan macam biasalah." Raiqal menerangkan. Aku mengangguk sahaja sementara Riana menjadi pemerhati.

"Hmm.. Lepas sarapan, kita gi Taman Tema. Boleh?" ajak Raiqal.

"Mestilah boleh. Dah tu apa benefits pakai baju lawa-lawa tapi tak keluar rumah? Jadah apa?" rungut aku.

Raiqal dan Riana memandang sesama sendiri. "Tak bagitahu ke?" soal Raiqal.

"Lupa." Riana tersengih malu.

"Bagitahu apa?" tanya aku pula. Ada apa-apa ke?

"Grandma dan grandpa kitorg ada royal blood. Sebab itulah dalam rumah pun kena pakai lawa-lawa." Raiqal menjelaskan.

"Oh..." Keturunan diraja. Patutlah..

"Lagi satu."

"Apa?"

"Grandma dengan grandpa tak reti cakap bahasa Melayu tau. So, awak kena speaking sikit nanti. Boleh ke?" Raiqal dengan keningnya lagi. Rasa macam nak cabut pula kening dia tu!

Wait. What? Speaking? My gadd!!! Aku dah la dapat B je dalam SPM aku. Huhuhu...

Aku berdehem. "Mestilah boleh. Kenapa pula tak bolehnya?"

Acah.

"Oh.. Boleh ya? We will see about that. Turun ke sini ya Tuan Puteri." Raiqal menghalakan kedua-dua tangannya ke arah tangga persis seorang putera.

Takde life Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang