Picture above: Kyle smith and Iman amani.
Kyle smith terus berjalan dengan mundar-mandirnya sambil melirikkan sekilas, pandangan matanya ke arah tingkat atas. Riak, wajahnya di saat ini kelihatan agak tegang sekali. Mana tidaknya sudah hampir, satu jam dia menantikan Iman amani bersiap. Jangan, kan bayang batang hidungnya pun tidak di lihat langsung oleh dirinya daripada tadi. Semakin menyirap pula, darahnya. Seingat Kyle smith dia telah mengingatkan Iman amani supaya bersiap lebih awal. Bukan apa dia risau bakal, terlewat menghadiri majlis perjumpaan ketua Mafia yang kebetulan diadakan di kediaman mewah milik, Mr. R tersebut.
Huh!...Keluhan berat terlepas keluar daripada mulut Kyle smith sambil melabuhkan semula punggungnya di atas sofa. Sampai naik lenguh pula, kedua belah kakinya itu. Damn! Mana pula, minah ni? Dah, berjam aku tunggu dia! Tak, kan dia tak siap lagi? Tanya hati kecil Kyle smith sendiri sambil menahan perasaan marah yang sedang memuncak di dalam dirinya diketika, ini. Sabar, lah sikit Kyle! Bukannya kau tak biasa nak menunggu! Kan, perangai Veronica pun sama macam Iman amani, tu! Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba saja dia teringatkan Veronica. Bayangan wajah wanita itu terus berlegar-legar di dalam ruangan mata jugak fikirannya di saat, ini.
"Veronica!"...Lafaz Kyle smith secara tiba-tiba. Raut wajah jugak, suaranya berubah menjadi emosional sedikit. Sehingga ke saat ini dia masih teringatkan dengan wanita itu. Oi, Kyle! Kau nak ingat, kan pasal Veronica ni dah kenapa? Kau, kan dah kahwin dengan Iman amani! Dah, lah baik kau lupakan saja semua kenangan indah kau dengan Veronica, tu! Lagi pun Veronica, kan dah tak ada! Monolog Kyle smith di dalam hatinya yang sedang bergundah-gulana itu. Sedang asyik, melayan kenangan indahnya bersama Veronica tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lantas, bangkit terus punggungnya daripada sofa, tersebut.
Kakinya segera diatur laju ke arah tangga lantas, naik menuju ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidurnya itu!.. Mujur, dia teringatkan pasal perjumpaan mafia, tu. Kalau tidak memang mengamuk, lah Mr. R ke atas dirinya sebab gagal menghadirkan diri di dalam perjumpaan penting tersebut. Ai! Masih tak siap, lagi! Isskk! Dia ni, memang suka nak menyusahkan aku! Ada saja benda menyakitkan hati yang dia nak buat! Kau tunggu Iman amani! Jap, lagi kau kenalah dengan punishment aku! Desis hati kecil Kyle smith sendiri.
Sejurus sahaja, telapak kaki Kyle smith menjejaki pintu bilik tidurnya itu dia segera menarik tombol pintu lalu, meluru masuk dengan segeranya. Pintu bilik itu pula terus di tutup dengan kasar, olehnya. Dia sengaja berbuat demikian, sebab terlalu marah dan geram dengan sikap Iman amani yang memang suka menyakitkan hatinya itu.
"Iman amani apasal, kau lambat sangat ni? Aku dah tunggu kau satu jam dekat tingkat bawah, tu! Kau me!"...
Tiba-tiba percakapan Kyle smith terbantut seketika, dibuatnya. Terkedu seketika, dia apabila melihat ke arah penampilan vogue Iman amani yang di waktu ini sedang menghadap ke arah cermin siap berputar-putar dengan kedua belah matanya tertutup begitu rapat sekali. Dress yang tersarung di tubuh isterinya itu terus diperhatikan dengan tatapan penuh terkesimanya. Cantiknya, dia! Puji Kyle smith diluar kesedaran dirinya itu. Hilang terus semua perasaan amarahnya yang beraja di dalam hatinya sebentar, tadi.☆☆
Iman amani terus menatap dengan pandangan tidak berkelipnya selepas mengenakan dress berwarna hitam yang telah di sarungkan ke batang tubuhnya pada ketika, ini. Emm...not bad jugak taste suami aku, ni! Cantik pula, bila aku dah pakai, dress ni! Puji Iman amani sendiri sambil mengelus dengan lembut dress yang diperbuat daripada kain sutera yang dimix sedikit, dengan kain lace tersebut. Gabungan itu kelihatan, begitu sempurna sekali. Dia yang pada mulanya agak keberatan untuk mengenakan dress itu akhirnya, terpaksa jugak memakainya.
Ya, lah! Transparent, sangat siot! Ada, kah patut aku yang pakai tudung kena pakai dress macam ni, pula! Dah gila agaknya tuan Kyla smith, ni! Desis hati kecil Iman amani sendiri sambil mengenakan baju lapis berlengan panjang mencecah hingga ke hujung pangkal sikunya itu. Manakala, seluar jeans legging pula disarungkan ke bahagian bawah tubuhnya ingin menutup serta, menampilkan kelainan sedikit pada tatacara pengayaa kebiasaan dress itu digayakan sebelum, ini.
Iman amani memang seorang yang pelik, sedikit. Dalam semua benda yang dilakukan olehnya mestilah ada kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Termasuklah di dalam mengenakan sesuatu pakaian. Dia memang seorang yang agak teliti dan akan cuba bereksperimen dengan berbagai bentuk genre, fashion. Contohnya macam sekarang dia dengan begitu berani mengayakan dress yang transparent disuaipadan, kan pula dengan baju berlengan panjang serta jeans legging bagi mengelakkan bahagian, tubuhnya tidak terdedah kepada penglihatan nakal serta, liar mata para tetamu apabila berada di dalam majlis yang bakal dihadiri bersama Kyle smith, suami segeranya itu.
Setelah, memastikan dress tersebut terletak cantik di atas tubuhnya Iman amani mulai, merias pula raut wajahnya dengan sedikit make-up serta, mengoles lipstick mate Maybeline Inke berwarna merah terang ke arah bibir mugilnya, itu. Wala! Everything almost done, now! Bisik hati kecil Iman amani sendiri sambil menatap ke arah cermin dan meletakkan pula sedikit, bedak compak ke wajah serta bahagian, lehernya itu.
Selesai, merias wajahnya Iman amani mengenakan segera tudung berwarna hitam yang agak senada dengan warna dress yang sedang tersarung di tubuh badannya itu. Selang beberapa minit kemudian, dia pun selesai merias wajahnya di hadapan cermin, tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
Prisonera Amor
RomansNovel ini mengisahkan tentang seorang gadis tomboy bernama Ray aka Raisya. Seorang anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim Kurnia Kasih. Berkerja sebagai, mekanik kereta menjadikan dirinya agak kasar dan lasak. pada mulanya, kehidupan Ray b...