Wanita berambut perang itu menghirup minuman Nescafe yang disediakan oleh seorang pegawai lalu meletakkan cawannya ke atas meja. Dia kemudiannya menyelak rambut ke belakang, mendedahkan bahagian leher yang jinjang. Dia tersenyum lebar, menampakkan barisan gigi yang putih.
"So you're doing this for your Daddy?"
Mateen mengangguk sebagai jawapan bagi soalan teman baiknya, Natasha Ozeir. Dia tidak menyangka berita keberangkatannya ke Kuala Lumpur tersebar luas dan sampai ke pengetahuan Natasha. Lekas wanita itu membatalkan mesyuarat dan terus ke Bukit Aman untuk berjumpa dengan Mateen.
"This is so not Mateen Bolkiah." ujar Natasha.
"Yea yea yea. You can laugh." balas Mateen.
"No, actually. To be honest, since the first time I heard that you will join the navy, I have that weird instinct. Something is wrong. And yes, I'm right." jawabnya.
Mateen membetulkan posisi lalu bersuara, "Look. I love my dad and I love Sofia too. My dad sacrificed his life for everyone and I respect him so much. I can see how Azim hurts his heart and their relationship are ruined. I tak nak masam muka dengan Daddy pula. I love him."
"So how you gonna make your dad proud of you?" tanya cucu bekas Ketua Menteri Sabah itu.
Mateen menjuih bibir, "Make sure that the mission will be accomplished."
"No, Mateen."Wanita awal 30-an itu merapati Mateen.
Dia menyambung, "Change your attitude. That will make him proud."
"Come on, Tasha. I'm not a troublemaker though." rengus Mateen perlahan.
"Haha yes, you're not konon. If you're not a troublemaker, you takkan ada depan I sekarang. Okay?" balas Natasha.Mateen menjeling ke tepi, ego lelakinya tercalar sedikit. Tahulah dia bersalah, tidak perlu beritahu lagi dan lagi.
Dengan usapan lembut pada lengan Mateen, Natasha menjelaskan, "Be a better Mateen Bolkiah. You don't have to change yourself, darling. Mateen is still Mateen but but you have to be a new Mateen with better attitude. You should know what's good and what's not. Behave, stay humble and no more sulking. Then, you'll get his trust back."
Bukan Daddy tidak sayang. Kerana sayang dan kasihlah, Daddy mengaturkan semua ini. Mateen tahu di mana khilafnya namun semua desakan ini terasa terlalu sukar sehinggakan dia sendiri mula terbit rasa insaf. Dengan polis gila itu lagi, seriau. Sudahlah malam semalam sebelum tidur, Adelina berbedak sejuk. Mateen yang baru keluar dari bilik air hampir diserang sakit jantung. Pagi tadi, nasi biru dihidang pula. Tidak pernah Mateen lihat nasi begitu namun biasa saja Adelina menjamahnya. Dia pula hanya menghirup kopi dan menjamah pisang sebagai sarapan. Sedih.
"Ehem..ehem..."
🇲🇾
"Ehem..ehem..."
Aku bercekak pinggang sambil bersandar pada daun pintu bilik perbincangan itu. Wanita yang sedari tadi ralit berbual dengan Mateen, menoleh ke arahku. Begitu juga mamat hati tisu itu.
Aku bersuara, "Kalau nak sembang minum kopi, elok lepak mamak aje. Sini sempit, air cond pun rosak."
Wanita itu tersenyum kecil lalu mencapai beg tangan Birkin jingga miliknya. Dia sempat berbisik dengan Mateen sebelum bangkit dari kerusi. Mateen sama-sama bangun lalu membetulkan kemeja-T yang tersarung. Aku perhatikan saja gelagat dua orang elit ini. Bincang apalah dari tadi, muka berkerut-kerut. Nak kata bercinta, tidak bertepuk tampar pun.
"Good luck, Inspektor Lina. Wishing you all the best." ujar wanita berambut karat itu.
Aku mengangguk, "Hmm. Pintu keluar dekat depan, sebelah kiri."
"Oh. Okay."Dia memandang Mateen yang berdiri di sebelahnya, "Call me if you need anything."
"Sure." balas Mateen.Mereka berpelukan. Di hadapan aku.
YOU ARE READING
Bayang Mateen
Hayran Kurgu"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tengg...