"Tuan jangan risau. Kitaorang akan uruskan Det dengan orang-orang dia ni. Insya-Allah tak ada apa-apa."
Mateen bermundar-mandir di ruang rehat tingkat atas rumah Adelina. Pintu bilik wanita itu diperhatikan sejak pagi tadi namun tidak pernah terkuak sedikit pun. Melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 2 petang, lelaki itu bimbang dengan keadaan Lina. Peristiwa malam semalam benar-benar meninggalkan kesan kepada Lina, ditambah pula dengan Mak yang merinding marah kerana pakaiannya yang cukup mencolok mata.
Mateen membalas, "If you guys need anything, just call me. Tak payah call Puan Lina. Okey?"
"Baik, Tuan. Tapi...Puan okey tak? Dia macam mana?" tanya Sarjan Faizal, risau.
"Dia ada dekat rumah ni. Cuma tak keluar bilik. It's okay, tahulah saya handle puan awak tu." jawab Mateen sambil bercekak pinggang.
Sarjan Faizal kedengaran sedikit lega, "Baguslah macam tu. Okey, tuan. Nanti kalau ada apa-apa, saya update. Terima kasih, tuan. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."Mateen mematikan panggilan telefon. Dia merenung sebentar log panggilan pada skrin, terlalu lama nama 'Daddy' tidak terpampang di situ. Lebih sebulan dia menetap di Kuala Lumpur namun tiada sedikit pun keberanian untuk dia menghubungi paduka ayahanda. Jauh dalam sudut hatinya, dia malu. Malu untuk mengadap ayahanda yang terlalu banyak berkorban untuknya. Namun rasa segan itu bersulam dengan sekelumit rasa marah. Ayahandanya juga yang mencampak dia ke kota orang ini. Tapi yalah, salah dia juga.
"Tuan.."
Mateen yang berkemeja-T corak celoreng digital, menoleh ke arah tangga. Kak Yati sedang tersenyum nipis, menatang dulang berisi semangkuk bubur dan sedikit lauk bersama segelas air.
"Rasanya Lina tak makan lagi, tuan. Saya khawatir Lina itu sakit." jelas Kak Yati, lembut saja bahasanya.
Mateen berdehem kecil sebelum menyambut dulang itu, "Tak apa. Saya bawakan untuk dia. Thanks, Kak Yati."
"Ya. Tapi tuan, pasal malam semalam. Mak Lina nampak marah betul." ujar pembantu rumah itu.
Lelaki tampan bermata helang itu menghela nafas berat, "Saya dah cuba jelaskan semuanya dengan Aunty Rohani. Lina kerja malam semalam. Bukannya suka-suka. Tapi itulah, bukan senang Aunty nak terima. Lina pun, entahlah."
"Tulah, tuan. Biar saya pujuk Mak Lina tu, tuan pujuk Lina. Kalau tak, sampai kapan harus begini." cadangnya.
"Saya cuba."Mendengar jawapan Mateen, Kak Yati meminta izin untuk kembali ke tingkat bawah. Mateen juga tidak menunggu waktu, dia mendekati pintu bilik Lina. Tombol pintu dipulas dengan bibir mengatur kalimah basmalah yang suci. Perlahan-lahan daun pintu itu terbuka. Dengan sebelah tangan menatang dulang, Mateen melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama itu.
Kelam. Gelap.
Kerisauan memenuhi segenap jiwa lelaki itu. Dia bimbang andai Lina bertindak di luar kawalan. Dia baru saja berkenalan dengan wanita itu dan hubungan mereka bukanlah baik mana. Hendak berlaku lebih pun dia tidak ada daya. Hanya atas dasar ihsan dan kasihan, Mateen mahu menjaga Lina dengan apa yang termampu.
"Lina...?" panggil Mateen.
Dek terlalu kelam, dengan sejuknya pendingin hawa, Mateen Bolkiah menghidupkan lampu pada meja di sebelah katil. Dengan sedikit cahaya itu, dia meletakkan dulang di atas meja kemudian memerhatikan satu figura yang berselimut tebal melitupi tubuh. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sisi katil, berkerut dahi melihat Lina yang mungkin sedang lena. Tidak sampai hati pula dia mahu mengejut tetapi Lina belum menjamah makanan sejak pagi tadi. Andai wanita itu jatuh sakit, payah pula nanti.
"Lina, bangunlah." pujuk Mateen sambil menepuk perlahan.
Tiada reaksi.
"Adelina..." pujuk lagi.
Seketika kemudian, Lina merengus perlahan. Mateen menarik nafas lega, takut pula wanita itu tidak sedarkan diri.
"Kau nak apa?" tanya Lina, masih berselubung.
"Kak Yati ada masakkan bubur untuk you ni. Makan sikit." pinta Mateen, lembut suaranya memanggil.
Wanita berambut panjang itu membalas, "Aku tak ada selera."
"Jangan macam ni, Lina. You tak makan-makan lagi. Nanti kalau sakit macam mana? Risau Mak you nanti." jelas si rakan sekerja lagi.
YOU ARE READING
Bayang Mateen
Fanfiction"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tengg...