Terasa lama aku tidak meluangkan masa di rumah selepas keluar dari wad. Mungkin silap aku juga yang degil mahu terus bekerja selepas dibenarkan untuk keluar. Yalah, kerja bertimbun, tidak sanggup aku untuk membiarkan anak buah bersusah-payah di pejabat sedangkan aku sedap berbaring di rumah. Hari cuti sebegini, aku cuba untuk berehat sebaik mungkin. Yalah, aku bukan sihat seratus peratus pun. Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital sekadar dijadikan perhiasan saja. Maaflah, mana sempat. Pagi-pagi sudah kelam kabut dengan itu ini.
Terdengar derapan kaki pantas dari tangga rumah. Aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu, terus menoleh. Mateen berbaju kemeja-T hitam menapak ruang tamu. Aku kembali memberi tumpuan kepada drama yang disiarkan.
"Buat apa tu?" ucap Mateen membuka bicara. Dia berdiri sambil tangannya mendarat di sofa.
"Cuci baju." jawabku nada berseloroh.
Dia ketawa, " I tanya baik-baik, kan?"
"Aku gurau ajelah. Duduklah." balasku dengan tawa kecil.Tanpa membalas, lelaki bertubuh sasa itu melabuhkan punggung di sampingku. Hanya kami berdua di ruang tamu itu. Mak sedang tidur di dalam bilik. Pembantu rumah aku pula ke rumah jiran. Jiran mana satu pun aku tidak tahu. Kami berdua dalam keheningan, hanya suara televisyen kedengaran.
"Laparlah." ujar Mateen setelah beberapa minit berdiam diri.
Eh? Rasanya baru tadi dia bersarapan. Nasi lemak. Pulut panggang. Roti sosej. Dengan nasi lemak aku pun dia rembat.
Aku memandangnya, "Kau bela saka ke?"
Dia menggaru kepala yang tidak gatal, "I tak makan dinner semalam. Tu yang lapar tu."
"Kak Yati tak balik lagilah. Tunggulah kejap lagi, dia masak makan tengah hari." balasku.Abdul Mateen merapati aku, lantas membuat aku kaget. Bantal sofa segera aku capai. Apahal dia ni?
"Apa kata kita masak?" ajaknya. Keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain.
Membutang mataku, "Kita masak?! Kita?!"
"Yes. Takkan Mak yang masak." responnya sarkastik.
"Tapi aku tak reti masak." alasanku. Jujur.
"I askar, Lina. I know how to cook."Wah wah wah. Nak berlagak depan akulah?
Aku beralih, mengadapnya, "Jadi kau nak masak pakai kayu apilah ni? Masak apa? Sardin? Roti pita?"
Terbahak-bahak dia ketawa. Comel pula.
"Again, Lina. I askar. Bukan pengakap." balasnya.
Aku mencebik, "Manalah I tahu..."Eh.
Mateen mengerling matanya ke arahku dengan senyuman herot, "I heard that."
Ah, malunya!
Aku yang sudah mula berpeluh dahi, terus mengalih topik sambil mengorak langkah ke arah dapur, "Jomlah. Kata nak masak."
Mateen hanya menggeleng kepala sambil tergelak kecil. Seronok agaknya lihat aku begini. Lina oh Lina, engkau ini kalau dilamun cinta memang jadi bodoh, ya? Tahulah hati itu berbunga-bunga, soroklah sikit!
Dengan malu yang masih terlihat di wajah, aku cepat-cepat ambil saja barang-barang dan perkakasan untuk memasak. Periuk kecil dibawa keluar dari kabinet lalu diletakkan atas dapur. Tapi...nak masak apa?
Mateen bersandar di daun pintu dapur sambil berpeluk tubuh, hanya memerhatikan gerak geri aku.
"Kau tercegat dekat situ, apa pun tak dapat. Sinilah! Nak masak apa ni?" ujarku separa garang.
"Maggi pun okay." balasnya pendek.
Aku buat muka toya, "Agak-agaklah kau ni."
"Betullah. Maggi special. Come on, apa ada dalam fridge? We can make it fancy." ujarnya dengan muka selamba. Dia mendekati lalu membuka pintu peti sejuk. Matanya melilau melihat isi peti sejuk yang penuh itu. Udang yang sudah dibersihkan bersama sosej keju dikeluarkan dari bahagian sejuk beku. Lelaki itu kemudiannya membuka bahagian bawah, mencapai bawang besar dan bawang putih. Dua biji telur tidak dilupakan.
"You tengok I masak eh." Kata Mateen kepadaku dengan senyuman.
YOU ARE READING
Bayang Mateen
Fanfic"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tengg...